Monday, January 19, 2015

Template blog/website buatan sendiri

Alhamdulillah, dapat juga menyiapkan laman warna warni studio. Memang sedikit lambat untuk menyediakan laman tersebut. Semua template untuk laman tersebut saya buat sendiri. 



Dalam tahun 2015 ini memang nak fokus kepada perniagaan online melalui warna warni studio.

Nak tahu apa yang warna warni studio ni buat?

Kami menawarkan khidmat design untuk kemudahan anda. Daripada design Ebook cover sehinggalah ke khidmat mencetak business card. Kami cuba menawarkan harga yang kompetitif untuk para pelanggan kami. Kami juga merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan SSM (002392363-H). Kami berusaha untuk memberikan khidmat dan servis yang terbaik untuk anda. Dalam masa yang sama, kami juga cuba menaik taraf dan memperbaiki mutu perkhidmatan kami setiap hari. Selamat berurusan dengan kami di Warna Warni Studio.

Jadi kalau anda nak dapatkan perkhidmatan design bolehlah terus berurusan dengan warna warni studio melalui lamannya www.warnawarnisc.com

Tahun 2015 ini mungkin ramai yang nak buka perniagaan baru dan buat ebook dan macam-macam lagi. Jadi memang sesuailah untuk mendapatkan khidmat warna warni studio.

" Servis lima bintang, harga kaki lima"
 

Tuesday, January 13, 2015

Resolusi Tahun 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Rasanya masih belum terlambat bagi saya mengucapkan selamat tahun baru kepada para pembaca semua.


2014 telah berlalu. Banyak kisah duka yang melanda negara kita seperti kehilangan MH 370 dan nahas pesawat MAS dan AIr Asia. Terbaru mungkin ada di antara kita, sahabat-sahabat atau saudara mara kita yang masih lagi berjuang dengan bencana banjir.



Saya sentiasa mendoakan agar anda semua selamat dan tabah menghadapi apa yang melanda.



KIni sudah hampir dua minggu kita di tahun 2015. Sudah ada azam atau resolusi tahun 2015? Kalau ada bagus.Tulis dalam buku nota atau simpan dalam komputer. Kalau belum, saya sarankan anda cuba buat satu dahulu.



Macam yang saya pergi ikuti program NLP saudara Ateh NLP, sekurang-kurangnya cuba letakkan 9 target yang anda hendak capai pada tahun ini. Ini akan melancarkan lagi perancangan kita untuk mencapai target kita. Ohh. kalau nak tahu apa itu NLP, boleh rujuk posting saya mengenai NLP ini di sini..



Apabila dah jelas target, baru senang kita nak berusaha mencapai target kita betul?

Ini contoh resolusi 2014 yang saya buat.


Alhamdulillah banyak juga yang saya dah mampu capai. Yang ada saya masih tak mampu capai pada 2014, saya akan cuba selesaikan pada 2015 ini.



Untuk 2015 ini, mungkin ada yang merancang nak memulakan perniagaan. Mungkin anda nak tahu apakah perniagaan yang boleh diceburi untuk tahun 2015 ini. Jadi saya nak kongsikan serba sedikit apakah perniagaan yang mungkin akan jadi viral pada tahun 2015 ini.




Kemungkinan trend bisnes tahun ni?




Pakaian/Aksesori Wanita
Kesihatan/Kecantikan
Kewangan
Produk Digital
Affiliate



Itu antara yang saya lihat ada potensi besar & kalau anda perasan bisnes di internet sangat bagus aliran tunainya. Pelanggan bayar dulu secara tunai & baru produk dihantar.




Jadi mungkin anda boleh mencuba dengan perniagaan tersebut dahulu.



Sebagai resolusi 2015 ini, saya juga sudah mula menghasilkan blog template dan juga minisite sendiri. Kalau anda perasan, blog ini juga sudah bertukar dan saya telah hasilkan design templatenya sendiri. 

Sejajar dengan sasaran saya untuk fokus pada perniagaan (yang bernaung di bawah nama Warna Warni Studio) design header, bunting, ebook cover dan cetakan banner saya, jadi memang saya berazam untuk membuat semuanya sendiri selagi termampu. Selamat Tahun Baru 2015 dan semoga anda semua terus maju dan berjaya.


Anda juga mungkin meminati