Thursday, May 15, 2014

Bekerja sendiri vs Makan Gaji

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah masih berkesempatan menulis dan berkongsi serba sedikit dengan anda walaupun mengalami beberapa bentuk ujian dan cabaran. Komputer tidak sihat, masalah talian internet terhad dan sebagainya. Biasalah itu bagi orang yang baru nak berjinak-jinak nak bekerja di rumah, 2 perkara tersebut memang merupakan nadi utama. kalau salah satunya bermasalah, maka akan tergannggu gugat juga urusan nanti.

Kali ini saya nak mengulas sedikit tentang perbezaan bekerja di rumah/meniaga dan kerja makan gaji. Kenapa saya nak mengulas ni sebab saya rasa menarik nak membincangkan 2 perkara panas yang sedang hangat dibicarakan di laman FB saya. Dahulunya saya juga agak rimas dengan kenyataan-kenyataan peniaga-peniaga di laman FB ini. Ialah asyik promosikan produk jualan mereka sahaja. Macamlah produk mereka itu yang terbaik sekali. Entah-entah mereka sendiri pun tak pernah guna produk tersebut. Tapi itu dulu, sewaktu saya kerja makan gaji sahaja. Tetapi apabila saya sendiri berkecimpung dalam dunia perniagaan kecil ini, persepsi saya mula berubah. 



Kenapa saya katakan begitu?

1. Bila bekerja sendiri ni lebih banyak masa dapat diluangkan dengan keluarga.
2. Ada pilihan untuk tak bersesak-sesak ke tempat kerja.
3. Ada pilihan untuk menjadikan rumah sebagai pejabat. Lebih selesa. Pakaian pun ikut suka. Macam saya ni memang tak minat nak pakai pakaian pejabat. jadi kalau ada peluang nak bekerja dengan pakai kain pelikat dan -T shirt memang menarik sangat.
4. Ganjaran itu adalah 100% untuk kita.
5. segala keputusan dan tindakan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak perlu menghadapi prosedur dan birokrasi di pejabat.
6. Masa bekerja adalah fleksibel.
7. Bebas melakukan kerja di mana-mana yang kita suka dan tak semestinya terperap di dalam kubikel tempat kerja.

Namun dalam banyak-banyak keseronokan itu ada juga kelemahan bekerja sendiri ni seperti:

1. Displin kena tinggi, kalau tak displin mungkin langsung tiada pendapatan.
2. Pendapatan tidak tetap dan berantung kepada hasil jualan setiap bulan.
3. Segala kemudahan insuran, kad medikal , caruman KWSP dan lain-lain kemudahan harus disediakan sendiri kerana andalah majikan dan juga pekerja.
4. Kena selalu memotivasikan diri dan tidak boleh malas-malas kerana mungkin akan menyebabkan perniagaan rugi.Kalau tidak bermotivasi, susah untuk menggerakkan perniagaan.
5. Kena mempunyai aturan dan perancangan yang sangat bagus. Kalau makan gaji , hanya perlu ikut sahaja apa yang pihak atasan arahkan dan tetapkan.
6. Untuk bermula sangat susah, kadang kala 2 hingga 3 tahun pertama masih lagi bergelut untuk hanya menstabilkan perniagaan. Berbeza dengan kerja makan gaji kerana syarikat memang sudah dikenali.
7. Sukar untuk membuat pinjaman dengan pihak Bank.
8. Tiada istilah cuti.
9. Kalau tak pandai menguruskan akaun, akhirnya akan rugi walaupun keuntungan tinggi.


Sekarang jom lihat apa pula kebaikan kerja makan gaji:

1. Setiap bulan dapat pendapatan tetap.
2. Ada bonus
3. Ada caruman KWSP, perlindungan insuran, kad medikal dan lain-lain kelebihan.
4. Ada cuti.
5. Kerja 8 jam sehari
6. Sudah mempunyai tugasan tertentu untuk disiapkan (kebanyakan orang)
7. Mudah membuat pinjaman bank
8. Kerja yang terjamin

Kelemahannya pula:

1. Kalau di bandar besar, kebiasaannya terpaksa menghadapi kesesakan lalulintas untuk ke tempat kerja
2. Cuti bergantung kepada kebenaran majikan.
3. Kurang masa bersama keluarga (tapi boleh diluangkan di hujung minggu)
4. Walaupun kerja 8 jam sehari tapi mungkin terpaksa bekerja lebih masa tanpa bayaran untuk menyiapkan tugas
5. Pendapatan tetap dan kenaikan yang tidak banyak setiap tahun
6. Boleh menjadi stres kalau mendapat majikan yang tidak sesuai dan persekitaran kerja yang kurang selesa.

Ini adalah di antara kelebihan dan kelemahan kerja makan gaji dan bekerja sendiri yang dapat saya senaraikan. Macam sekarang ni saya makan gaji dan sudah mula mengorak langkah untuk bekerja sendiri. Jadi saya amat memahami kelemahan dan kelebihan kedua-dua perkara ini. Masing-masing ada pilihan masing-masing. Tidak salah pun untuk kerja makan gaji ataupun bekerja sendiri. 

Tak perlu sampai berperang besar untuk menegakkan pilihan masing-masing. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihannya sendiri. Yang makan gaji kenalah cuba faham orang yang bekerja sendiri dan begitu juga sebaliknya. Masing-masing hendak mencari rezki yang halal. Jadi apa pun pilihan yang anda buat buatlah dengan berhemah. Kerjalah dengan jujur untuk mendapat keberkatan. Jangan malu dengan pekerjaan anda, yang penting biarlah pekerjaan anda itu halal.

janganlah menggunakan kelemahan orang lain sebagai kekuatan diri sendiri. Tak perlu juga mencaci pilihan orang lain walaupun kita rasa pilihan kita lebih bagus. Nasihatilah atau tegurlah mereka dengan baik dan berhemah. InsyaAllah pekerjaan kita sama ada makan gaji ataupun bekerja sendiri akan mendapat lebih keberkatan.

Tak percaya tak apa, buat sahaja. InsyaAllah hasilnya pasti tiba.


Wednesday, May 14, 2014

Playdoh buatan rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga. Seronok juga kalau cuti-cuti ni boleh bawa anak-anak.beriadah ke taman tasik, taman permainan dan sebagainya.

Tapi memandangkan hujan kerap turun sekarang, kena banyak melakukan aktiviti di dalam rumah. Tapi budak-budak ni cepat jemu dan bosan melakukan perkara rutin dan berulang-ulang. Jadi ibu bapa kenalah lebih kreatif untuk mencipta aktiviti bermain dengan anak-anak di rumah.

Alhamdulillah saya beruntung dapat isteri yang kreatif, macam-macam permainan dia reka dengan anak-anak. Jadi lebih mudah untuk saya, hanya perlu melayan dan bermain bersama anak-anak. Terbaharu, anak sulung kami asyik meminta untuk dibelikan set permainan playdoh. Risau juga nak belukan sebab anak-anak kecil lagi, takut mereka makan sahaja dan jadi tak selamat untuk mereka. Nasib baiklah isteri ni pandai merekacipta. Suatu hari ni isteri saya pun buatkan playdoh ciptaan rumah untuk anak-anak saya. Saya pun tak pasti sangat bahan-bahannya, yang saya ingat dia kata tepung,minyak masak, garam, krim tartar dan pewarna. Kalau nak tahu cara nak buat,nanti saya tanyakan. Beliau pun tak menceritakan secara terperinci kepada saya. Kata beliau, gaul-gaul, panaskan atas api, letak pewarna dan siap. :) Menariknya playdoh buatan rumah ini selamat. Jadi kalau anak-anak ni makan pun InsyaAllah tiada masalah.

Jom tengok sikit macam mana rupa bentuknya playdoh buatan isteri saya ni.







Seronok tengok anak-anak seronok bermain dan menzahirkan kreativiti mereka masing-masing. Set pembuatan playdoh tu pula ihsan mak ngah & pak ngah mereka. Untung juga jadi anak yang dekat-dekat nak akhir ni. Banyak barang kepunyaan anak-anak saudara yang boleh diguna pakai semula.





Sebenarnya tak semestinya mengeluarkan belanja besar dan membelikan permainan yang mahal untuk menggembirakan anak-anak. Hanya perlu lebih kreatif dan kerapkan meluangkan masa sahaja bersama mereka. Anak-anak ini mereka nak kita ada sahaja dengan mereka.

Tak percaya tak apa,buat sahaja. InsyaAllah pasti ada hasilnya.

Monday, May 12, 2014

Kelahiran dan berpantang

Teringat sewaktu kelahiran anak sulung saya, Ahmad Aasim pada tahun 2010 dahulu. Sewaktu itu saya bertugas di Pasir Gudang, Johor. Isteri pula sewaktu itu masih menetap bersama ibu bapanya di Bukit Mertajam , Pulau Pinang. Fasa terakhir kehamilan, memang kerap kena bawa isteri membuat pemeriksaan dengan doktor. Lagi dua minggu sebelum tarikh kelahiran Aasim, isteri memang sudah ada temujanji dengan doktor. Jadi saya pun memang sudah membuat perancangan untuk menemani isteri membuat temujanji.

Memandangkan tempoh masa dua minggu lagi sebelum tarikh kelahiran itu masih lama, saya hanya balik sehelai sepinggang sahaja ke rumah mertua. Bawa pakaian yang cukup untuk sehari dua sahaja. Pulanglah saya dengan menaiki kapal terbang ke Pulau Pinang. Malah kalau tak silap saya, isteri saya yang menjemput saya di Lapangan terbang.

Keesokannya kami pun pergilah ke hospital bagi tujuan pemeriksaan. Sampai giliran isteri, saya diminta tunggu diluar bilik pemeriksaan. Kemudian sesudah selesai, doktor memanggil saya dan memberitahu bahawa telah terdapat bukaan dan isteri akan disiapkan untuk melahirkan anak pada hari itu juga. Tiga kali doktor mengulang perkara yang sama kepada saya. Kali ketiga dan 5 minit kemudiannya baru saya sedar. Terkejut rupanya kerana tak menyangka yang isteri akan melahirkan anak pada hari itu.

Putera sulung kami, Ahmad Aasim

Memang terkedu panjang saya. Sudahlah sebarang persiapan pun tidak tersedia. Barang -barang untuk isteri pun langsung tidak dibawa. Malah tidak disiapkan lagi pun di dalam beg. Setelah bertenang, perkara pertama yang saya buat ialah menelefon ibu mertua saya dan memberitahu perkara tersebut. Kemudiannya terus membuat urusan yang perlu dengan pihak hospital bagi tujuan kemasukan wad dan sebagainya. Setelah itu saya terus menemani isteri sehinggalah kelahiran Aasim. Sungguh gembira setelah menyambut kelahiran Aasim dan dapat mengazankan dan mengiqamahkan sendiri.

Setelah selesai semuanya, barulah saya pergi menyiapkan barang-barang isteri dan anak. Selepas kelahiran Aasim tu memang beringat dan sudah menyediakan barang-barang yang perlu dengan lebih awal. Macam isteri, dia beruntung kerana dapat peluang berpantang di rumah ibunya sendiri. Jadi lebih mudah kerana ada orang yang menjaga sewaktu berpantang. Namun tak semua orang dapat peluang yang sama. Ada juga yang terpaksa berpantang sendiri di rumah kerana beberapa faktor tertentu.

Di sini, saya nak kongsikan dua buku yang mungkin boleh membantu ada dalam proses kelahiran dan berpantang, baik cara tradisional ataupun moden.




Ebook ini insyaAllah akan dapat membantu anda memahami dan bersedia dengan lebih baik untuk bersedia untuk proses kelahiran dan juga berpantang.

Jadi kalau nak beli bolehlah hubungi saya: 


SMS/Whatsapp : 017-4816770
Facebook : www.facebook.com/ahmadshahrin.manuar

Kalau anda baca buku ini, saya yakin anda tak akan kelam kabut dan kaget seperti saya sewaktu menyambut kelahiran anak pertama.

Di entri ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan Norli dan Zaidi iaitu adik ipar saya yang baru sahaja menyambut cahaya mata pertama mereka beberapa hari yang lepas. Selamat mendapat keberkatan melalui kelahiran anak pertama mereka ini. 

Anak ini juga merupakan satu ujian. Ujian untuk kita lebih bersabar, ebih matang dan lebih bersyukur dengan nikmat Allah. Pengurusan masa kena lebih mantap bila dah dapat anak-anak ini. Para suami pun kenalah lebih banyak turun padang membantu isteri menuruskan hal ehwal rumah tangga. Isteri yang dalam pantang ni masih lemah malahan emosi mereka pun kurang stabil disebakan ketidakseimbangan hormon. Jadi hormatilah mereka, dan banyakkan bersabar. Semoga dengan kehadiran anak-anak di dalam hidup dapat menyerikan lagi kehidupan dan lebih mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t.

Tak percaya tak apa, buat sahaja. InsyaAllah hasilnya pasti tiba.

Sunday, May 11, 2014

RM 1,000,000 Untuk Berhenti Kerja

" Kalau tak ada sejuta, jangan beranganlah nak berhenti kerja ". " Hutang kau dah habis ke?" . " apa yang kau nak buat bila kau berhenti?". " Dah elok-elok makan gaji di pejabat, kau nak berhenti pula. Fikirlah betul-betul, kau tu dah kahwin ada anak lagi". Saya yakin itu adalah di antara soalan yang dihujankan dan ditujukan kepada anda apabila menyuarakan hasrat untuk berhenti kerja. 
Saya sendiri mengalami perkara yang serupa apabila saya menyuarakan hasrat tersebut.

Memang tidak dinafikan, pertanyaan itu datang kerana mereka yang bertanya itu  risau akan keadaan keluarga dan kewangan kita. Tapi betulkah bahawa kerja makan gaji di pejabat itu selamat? Betulkah kena ada RM 1,000,000 dalam akaun untuk menampung kehidupan selepas berhenti kerja. Kalau kerja gaji itu selamat, mengapa masih ada ramai pekerja yang diberhentikan kerja walaupun bekerja di syarikat besar yang mempunyai status kewangan yang kukuh? Kalau RM 1,000,000 itu sudah cukup menampung kehidupan selepas berhenti mengapa masih ramai orang yang jatuh muflis walaupun mempunyai aset dan simpanan yang banyak berjuta-juta? Kita kenalah fikirkan kenapa dan mengapa ya. Yang penting ingatlah rezeki itu datangya dari Allah s.w.t.





Di sini saya nak kongsikan sedikit hasil penulisan sifu Puan Masayu Ahmad mengenai bagaimana membuat keputusan bekerja dari rumah.

Teks: Masayu Ahmad
Entri di blog masayuahmad.blogspot.com bertarikh 6 Mei 2014

Dalam kes tertentu, persediaan 3 tahun awal untuk 3 tahun pertama berhenti kerja sangat penting. berikut senarai sebab, kalian sudah bersedia.


10 sebab sudah boleh buat keputusan bekerja dari rumah


1. Anda sudah ada sumber pendapatan pasif dan aktif secara tetap.


2. Boleh bekerja di bawah tekanan dan bersedia menghadapi apa sahaja risiko.


3. Mendapat sokongan sepenuhnya dari suami atau isteri untuk menghadapi masa di atas di bawah.


4. Mudah dan tajam tindakan apabila mendapat peluang baru.


5. Bijak mengatur strategi untuk kelangsungan bertahan.


6. Boleh dan pandai meletakkan diri pada masa sibuk, tidak sibuk dan super sibuk.


7. Kemahiran, rancang dan rancang semula jenis kerja atau bisnes.


8. Sudah sebati dengan cara kerja sendiri dan tidak perlu bergantung harap kepada orang lain.


9. Tidak ada istilah putus asa.


10. Seronok, apabila berada dalam keadaan sukar mendaki dan terus berusaha, apabila sudah sukses suka berkongsi kejayaan dan pengalaman dengan orang lain.


Apa beza suri rumah dan suri bekerja dari rumah.


Suri rumah sepenuh masa


Suri rumah sepenuh masa memberi tumpuan utama kepada keluarga semata-mata. Anak-anak, suami dan urusan rumah tangga. Jadi tiga keutamaan ini adalah tugasan yang menjadi keutamaan. Tidak melakukan apa-apa atau sebarang sumbangan kewangan kepada keluarga.

Suri bekerja dari rumah

Suri yang bekerja dari rumah adalah mereka yang menghasilkan pendapatan sama ada bekerja, mengusahakan bisnes, secara sambilan atau sepenuh masa. Peranan suri ini sama sama sibuknya dengan suri yang bekerja di luar rumah. Tugas yang dipikul adalah berganda dan memerlukan pengurusan masa yang baik.

Tanggapan masyarakat terhadap suri rumah

Bagi sesetengah pandangan, merasakan suri rumah adalah mereka yang tidak berpendidikan, terkongkong dan tidak memberi apa-apa sumbangan kepada masyarakat. Dunia hanyalah persekitaran keluarga dan anak-anak sahaja.

Tepis pandangan ini secara positif

Saya sudah mengenali dan menemui ramai suri rumah yang berpendidikan dan meletakkan jawatan sema-mata menumpukan kepada keluarga. Suri rumah kini semakin bijak, terbuka dan mempunyai pandangan yang lebih baik dalam menentukan hala tuju keluarga.

Apa yang saya kongsikan ini bukanlah sebab nak suruh anda semua berhenti kerja pula. Ini sebagai sedikit panduan dan pembakar semangat bagi mereka yang seangkatan dengan saya. Kalau suri rumah pun sering mendapat tanggapan negatif pabila mahu bekerja dari rumah, apatah lagi saya sebagai lelaki 'macho' yang mahu bekerja dari rumah.

Kebanyakan orang menganggap bila sudah berhenti kerja, hanya duduk di rumah sahaja. Tapi natijahnya pengertian SAHD (stay at home dad) dan WAHD (work at home dad).  Seperti WAHM, WAHD walaupun duduk di rumah, selain dari mengurus hal ehwal rumah tangga, mereka ini sebenarnya bekerja. Tidak kiralah meniaga makanan, menulis buku, pelukis pelan dan sebagainya. 

Seperti yang Puan Masayu beritahu, persiapan 3 tahun sebelum menjadi WAHD/WAHM itu adalah amat penting. Namun bagi saya, 18 bulan adalah matlamat yang ditetapkan  untuk menjadi WAHD sepenuh masa. Jadi perlulah berusaha untuk mendirikan dengan matlamat tersebut.

Yang paling penting dapatkan persetujuan pasangan anda terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan. Jangan terburu-buru mengambil tindakan. Mohonlah restu ibu bapa anda dan minta mereka doakan kejayaan anda. Kalau ibu bapa anda tidak bersetuju, terangkan secara baik kepada mereka. Kebanyakan orang jenis visual, jadi anda perlulah menunjukkan bukti pendapatan melalui kerja anda dari rumah . Insya Allah lama-kelamaan mereka akan dapat menrimanya.

Sentiasalah bersikap positif dan terangakan dan jawablah dengan berhemah segala persoalan. Ingatlah, Allah tidak akan membebani hambaNYA dengan ujian yang mereka tidak mampu menempuhnya. Selagi tak dapat hasil, selagi itulah kita kena terus meminta pada Allah dan terus berusaha. Siapa yang ada anak pasti memahaminya. Kena meminta seperti anak kecil meminta. MAcam bila nak susu, selagi tak dapat mereka akan menangis sehingga susu disuapkan ke mulut mereka bukan? Begitu juga bila mereka mahukan permainan. Kadang-kadang sehingga berguling-guling kerana terlalu bersungguh-sungguh mahukan permainan tersebut dan mereka hanya akan diam hanya bila dapat permainan tersebut.

Jadi begitu jugalah dengan kita. Kenalah meminta pada Allah dengan bersungguh-sungguh di samping usaha yang berterusan. Kalau kita tak dapat tu maknanya usaha dan doa kita itu masih belum cukuplah tu.

Tak percaya tak apa, buat sahaja. Insya Allah, hasilnya pasti tiba.

Thursday, May 8, 2014

Ibu bergaji RM 30000 sebulan

"Apa? Gaji RM 30,000 sebulan? Kalau nak minta gaji pun biarlah berpadanan dengan kerja dan pengalaman. Lulusan ijazah baru macam awak ni mana mungkin dapat RM 30,000, RM 3,000 pun belum tentu". Berdasarkan dialog ini anda rasa mustahil tak untuk lulusan ijazah yang baru hendak mula bekerja meminta gaji sebanyak itu? Pastinya mustahil bukan.

Tapi kali ini saya nak kongsikan satu perkerjaan yang minima gajinya ialah RM 30,000 sebulan. Kalau anda lulusan ijazah baru pun boleh dapat gaji RM 30,000 ini. Malah anda yang tidak mempunyai kelulusan ijazah juga mampu memperolehinya. Yang pasti ini bukanlah suatu bentuk penipuan atau skim cepat kaya. Sumber gaji untuk pekerjaan ini adalah hasil kajian pihak salary.com.

Jadi kalau anda nak tahu, saya nak bagitahu. Pekerjaannya ialah menjadi seorang ibu. Bukan ibu ayam ya, ini ibu betul-betul. Mengikut kajian pihak salary.com pada tahun 2013, gaji sepatutnya untuk seorang ibu ialah  RM 370,881. Banyak kan? Kenapa pula boleh banyak macam tu? Kalau anda rasakan tugas ibu itu mudah anda mungkin silap.

Berdasarkan artikel 'here's a pat on the back' tulisan Lydia Teh terbitan akhbar The Sun bertarikh  6 May 2014, menurut kajian, rata-rata seorang ibu (suri rumah) menghabiskan masa sebanyak 14.4 jam seminggu sebagai pembantu rumah. Malah 14 jam untuk memasak, 13.3 jam sebagai pengasuh/pengajar dan 10.8 jam sebagai pengurus rumah. Manakala 8.9 jam sebagai operator komputer, 8 jam sebagai pemandu teksi, 7.8 jam sebagai tukang cuci, 7.3 jam sebagai psikologis, 6.2 jam sebagai operator dobi dan 3.3 jam sebagai CEO (Ketua Pegawai Eksekutif).


                                     CEO & GM keluargaku

Cuba anda hitung, dalam seminggu cuma ada 168 jam. Daripada 168 jam itu, 94 jam dihabiskan untuk melakukan kerja-kerja rumah dan sebagainya. Tinggal 74 jam sahaja masa untuk dirinya sendiri dan jikalau ditolak masa tidur, maka tinggallah 32 jam sahaja masa untuk diri mereka sendiri. Itupun tidak termasuk beberapa perkara lain. 

Besar sebenarnya tanggungjawab ibu ini. Tapi tanggungjawab yang besar ini dengan tenang sahaja mereka ini melakukannya dengan ikhlas. Jadi para suami dan bapa-bapa di luar sana tu, janganlah ingat isteri anda yang duduk di rumah atau kerja di rumah tu hanya duduk berehat dan tidak melakukan apa-apa. Saya dah berkesempatan mencuba mengambil alih tugasan isteri dalam mentadbir rumah tangga dan menjaga anak-anak selama beberapa hari semasa isteri tiada di rumah. Hasilnya memang memenatkan dan tak berhenti-henti. Ada sahaja urusan dan kerja yang harus diselesaikan.

Kalau tak percaya juga anda kena baca buku ini pula.


Jadi hormatilah ibu bapa tidak kira apa pekerjaan mereka. Kalau anda rasa anda hebat, sebenarnya ibu bapa anda yang lagi hebat kerana merekalah yang membentuk anda menjadi insan hebat pada hari ini. Kata pepatah, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Sayangilah ibu bapa, hormatilah mereka dan selalulah mendoakan kebahagian dan kesejahteraan mereka. Kalau nak lebih lagi, jadilah anak yang soleh dan solehah supaya doa kita boleh dikirim kepada mereka apabila mereka sudah tiada nanti.

Sayangi dan fahami suami dan isteri yang bekerja di rumah atau pun menjadi suri rumah atau sura rumah (housedad) sepenuh masa. Kerana masa dan tanggungjawabnya juga adalah terhad dan sukar seperti anda yang bekerja di pejabat. Perkahwinan satu perkongsian, jadi sama-samalah berkongsi tugasan untuk meringankan beban pasangan masing-masing. Ingatlah tugas menjaga mendidik dan mentarbiah anak-anak seharusnya kerja bersama ibu bapa. Bukannya harus diletakkan pada bahu ibu atau bapa sahaja. Keluarga ini satu pasukan dan bukannya satu individu sahaja. 

Tak percaya tak apa, buat sahaja. InsyaAllah hasilnya akan tiba.


Wednesday, May 7, 2014

Ibu vs Ayah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anak-anak walaupun mempunyai ibu & bapa yang sama namun mempunyai karakter yang berbeza. Tapi bila selera makan, kebiasaannya anak-anak saya ni mempunyai minat dan selera yang sama. Kalau yang sulung nak makan nasi, kebiasaannya adik-adik beliau pun akan turut hendak nasi juga. Di peringkat sekarang, apa sahaja yang abang mereka buat, si kembar akan ikut sahaja. Jadi lebih mudah untuk memberi mereka makan. 


Namun bagi saya, saya kurang sabar dan pandai dalam bab memberi makan terhadap anak-anak. Isteri yang biasanya meluangkan lebih masa untuk menyiapkan dan menyuap anak-anak makan. Malah kadang-kadang isteri berkejar-kejaran dengan anak-anak di sekeliling rumah hanya untuk menyuap mereka makan. Berbeza dengan saya yang hanya menanti anak-anak datang kepada saya untuk disuapkan makanan.

Saya juga kurang gemar makan sayur dan tidak ambil berat sangat jikalau anak-anak tidak mahu makan sayur. Berbeza dengan isteri yang selalu menekankan kepentingan makan sayur. Pelbagai idea yang dicubanya suapaya kami sekeluarga akan makan sayur. Nasib baiklah ada isteri yang selalu bimbangkan keperluan nutrisi anak-anak. Kalau hendak harapkan ayahnya memang susah sedikit. Malah anak kedua kami, Hassan kerap mengalami masalah sembelit, jadi memang perlu untuk makan sayur bagi membantu melancarkan sistem percernaan dan perkumbuhan.

Antara teknik yang isteri saya lakukan ialah menyediakan makanan yang berwarna-warni bagi menatrik perhatian anak-anak. Jadi beliau akan mengambil kesempatan untuk meletakkan sayur-sayuran ke dalam makanan .
Di bawah adalah resepi yang kerap beliau gunakan untuk memastikan saya dan anak-anak makan sayur.
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Dah makan dah? Harini Arfah nak share dengan semua resepi Spaghetti Bolognaise bersayur yang bila Arfah masak sering mendapat pujian dari mereka yang makan tu. Resepi ini juga sangat sangat digemari oleh anak-anak Arfah dan merupakan cara yang mudah untuk masukkan sayur-sayuran kedalam diet anak-anak. Selamat mencuba~


Spaghetti Bolognaise Bersayur
Bahan-Bahan:
1 peket spaghetti kering
1 biji Bawang besar
2 ulas bawang putih
300 gram daging cincang
3 biji lada benggala / bell pepper (merah, hijau dan kuning)
3 biji tomato
1 pack/bekas cendawan
3/4 botol kecil Sos tomato
1 sudu besar tomato paste/puree
Rempah2 (oregano, Thyme, Basil, Rosemary)
Sedikit cili kering serbuk (mengikut cita rasa sendiri)
Garam dan lada hitam secukup rasa
Sedikit gula


Cara-cara:
1. Potong bawang besar menjadi dadu kecil dan potong bawang putih menjadi halus seperti dalam gambar di bawah.

2.  Tumis bawang besar dalam minyak dahulu sehingga menjadi lembut dan keluar bau wangi. Kemudian baru masukkan bawang putih. (Saya tumis bawang besar dahulu sebab bawang besar ambil masa lebih lama untuk masak..kalau masukkan bawang putih dulu nanti bawang putih itu akan hangit sebelum bawang besar sempat masak sepenuhnya)

3. Pastikan daging cincang atau minced meat yang anda gunakan tidak frozen tau. Kalau frozen, keluarkan dan biarkan daging itu defrost dahulu dan mencapai suhu bilik sebelum memasak. Kalau tak ada daging cincang (minced meat)...anda boleh beli daging yang seketul tu dan cincang aje sendiri.  

4. Apabila kedua2 bawng putih dan bawang besar dah wangi kaw2 dan sedikit keperangan, masukkan pula daging cincang tadi. 

5. Masak sambil mengacau selalu daging dan bawang tadi sampai daging itu 2/3 masak dan berubah warna menjadi koko pucat seperti dibawah ini.

6. Sementara menunggu daging masak, pastikan lada benggala atau bell pepper anda dah dipotong dadu seperti dalam gambar dibawah. Saya suka gunakan 3 jenis bell pepper ini (merah, kuning dan hijau) sebab bila masak akan nampak menarik dengan pelbagai warna. Kalau tak ada 3 warna pun tak apa...mana2 pun ok aje. 

7. Apabila daging tu dah masak, tuangkankan bell papper di atas daging tu tapi jangan terus kacau dulu. Terus tutupkan periuk lepas masukkan sayur tu. Saya suka biarkan sayuran itu stim diatas daging tu dulu.

8. Hiris cendawan butang macam ni.

 9. Lepas 2 minit masukkan cendawan pula atas longgokan bell pepper tadi. Tutup tudung periuk kembali dan stimkan cendawan pula.

 10. Lepas 2 minit lagi masukkan tomato yang telah dipotong dadu macam ni.

11. Lepas masukkan tomato tu pun saya suka biarkan ia stim dalam seminit dulu sebelum mengacau semua bahan2 dalam periuk tu.

12. Once semua sayur dan daging dah sebati, masukkan pula rempah ratus bolognaise. Anda boleh beli sebotol rempah yang dah siap dicampur. Tapi time cari tadi tak jumpa pula..mungkin dah kehabisan stok. Jadi saya beli Rosemary, Thyme, Oregano dan Chilli Flakes. Selalunya saya masukkan juga Basil leaves tapi tak ada pula tadi. Chilli flakes tu orang putih selalunya tak letak pun. Tapi biasalah...tekak melayu ni kalau tak pedas memang rasa macam tak sedap...jadi saya letakkan sekali utk kasi ummphhh~
 

 13. Masukkan semua rempah ratus tadi bersama-sama sesudu besar tomato paste, 3/4 botol kecil sos tomato, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Saya juga masukkan lebih kurang satu sudu gula kedalam ni. Fungsi gula itu ialah untuk potong rasa masam tomato paste dan tomato paste yang kita guna. Jangan sampai terasa manis pula kerana memang tak sesuai kottt sos bolognaise ni rasa manis.

14. Gaulkan semua bahan-bahan dalam periuk tadi sehingga sebati. Tadaaa~~ Dah siap sos bolognaise anda.


15. Rebuskan spaghetti anda dalam air yang diletakkan garam dan minyak. Garam untuk menambah rasa dan minyak untuk elakkan spaghetti itu melekat sesama sendiri. Pastikan anda kerap kacau semasa memasak spaghetti untuk elakkan dia melekat menjadi berketul-ketul. Masak spaghetti ni sampai dia jadi lembut tapi tidak lembik. Ikut arahan di bungkusan spaghetti tu yer...tapi bila masak angkat sehelai dan cuba potong dengan jari...kalau masih rasa keras...sambung masak. kalau dah lembut tu dah boleh toskan.

 16. Letakkan spaghetti di dalam pinggan dan tuangkan sosnya diatas. Kalau nak, anda boleh taburkan keju parut diatas atau letakkan sekeping cheese cheesedale tu. Tapi pastikan spaghetti dan sos tu masih panas bila letakkan cheese. Baru ianya cair dan meleleh. Terbaikkk~~


Anak-anak Arfah semua memang suka sangat makan spaghetti ni. Kalau time2 derang tak berapa nak ada selera untuk makan, Arfah akan masakkan spaghetti ni. Insya Allah derang akan pulun. Ini juga salah satu cara untuk beri anak-anak makan sayur. Kalau nak boleh juga tambah sayuran seperti bayam, carrot atau kubis untuk tambah kandungan sayuran dalam menu ni.

Ini muka senyum anak ke-tiga saya sambil makan spaghetti. Habis comot mulut, tangan dan pakaian dia. Hehehe. Tak apa lah..kotoran itu boleh dicuci. Tapi, kebahagiaan dan kesihatan anak-anak itu tidak ternilai. 

Arfah harap semoga anda boleh mencuba resipi ini dengan berjaya. Yang baik-baik itu dari Allah manakala segala cacat cela itu ialah daripada Arfah sendiri. 

Lots of Love,
Arfah Umar

Itulah kasih ibu, berhempas pulas memastikan anak makan makanan yang sihat. Sanggup bersusah payah. Berbeza pula kasihnya ayah. Ayah ni sanggup juga bersusah payah. Kalau tak percaya ini buktinya, saya juga selalu masakkan spaghetti untuk anak-anak bila ibu mereka ini ada urusan di luar dan saya kena menjaga mereka di rumah. 

Displaying 2014-05-05 23.58.12.jpg

Anak yang sulung sedang makan spaghetti sambil marah adik-adiknya yang sedang membuat bising pada jam 1 pagi. Oleh sebab isteri dah kepenatan seharian menjaga mereka, saya pun tolong masakkan untuk anak-anak. Jadi para bapa-bapa yang terpaksa menjaga anak-anak di rumah tanpa ditemani isteri, mungkin boleh cuba resepi spagheti saya ini. Ibu-ibu pun boleh cuba juga. Langsung tak sama dengan resepi isteri. 

Bahan-bahannya:

1. Spaghetti atau angel hair (apa sahaja yang ada di rumah)
2. Sos Rahsia


Cara-caranya:

1. Panaskan spaghetti sampai boleh dimakan (tidak terlalu keras dan terlalu lembik)

2. Panaskan sos rahsia


Setelah dipanaskan, gaul dengan rata bersama spaghetti tadi dan boleh dihidangkan kepada anak anda :).

Sos ini harganya tak sampai RM 5 dan boleh digunakan sehingga 4 hidangan. Siapa kata ayah tak boleh memasak untuk anak-anak.

Selamat mencuba mana-mana resepi spaghetti yang anda gemari. Walau apapun pastikan kita cuba memberikan yang terbaik pada kita. Murah atau mahal terpulang pada kemampuan masing-masing.

TAk percaya tak apa, buat sahaja, insyaAllah hasilnya pasti tiba.

Tuesday, May 6, 2014

Psoriasis - Setiap Penyakit Ada Penawarnya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. kesinambungan entri saya yang terdahulu mengenai ulasan produk Vivix, saya nak kongsikan sedikit coretan yang saya tulis di blog www.arfahumar.com InsyaAllah semoga menjadi alternatif penyelesaian bagi mereka yang mengalami masalah sama seperti saya.

Teks: Ahmad Shahrin Bin Mohamad Anuar (Entri di www.arfahumar.com pada 15/2/2014)

Salam Sejahtera.

Bertemu kita lagi di blog arfahumar.com. Dah rasa lain macam? Betul la tu. Saya bukan Arfah, Saya suami kepada Arfah, Ahmad.

Isteri saya ni tak tahu pun saya duk sibuk kacau blog dia ni. Tunggu sampai dia post entry baru dia nantilah. Saya nak cerita tentang masalah saya.

Saya ni menderita penyakit psoriasis ( sebutannya ‘suh-rah-sus’). Apakah psoriasis ni?

Psoriasis ni merupakan penyakit kulit jangka panjang yang kronik. Penyakit ni terjadi sebab pembentukan semula sel kulit yang terlalu cepat. Kesannya ada macam kuping tebal, kelabu dan tompokan merah di kulit. Selalunya terjadi di bahagian belakang telinga .

Saya nak tunjukkan gambar-gambar penderita psiorasis ini macam saya. Yang pastinya gambar itu bukan gambar saya. Siapa-siapa yang agak tidak tahan dengan imej yang saya nak tunjukkan ini lebih baik jangan lihat ya. Maaf ya.



Kebiasaannya sel kulit tumbuh perlahan dan bersalin dengan sel baru setiap 4 minggu. Sel kulit baru akan menggantikan sel kulit lama yang telah mati. Tapi untuk pesakit psoriasis, sel kulit baru bersemangat nak gantikan sel kulit lama yang masih aktif dalam masa beberapa hari sahaja sedangkan tempoh normal sepatutnya beberapa minggu. Jadi terhasil kepingan tebal yang disebut plak. 

Kebiasaannya ianya terjadi pada kalangan orang dewasa sahaja. Walau bagaimanapun terdapat juga kes psoriasis yang terjadi pada kanak-kanak dan remaja. Memang memalukan dan menjerihkan penderita penyakit ini, kerana ramai yang sangka golongan kami kurang menjaga kebersihan diri. Kelemumur, kudis dan sebagainya yang dilihat oleh orang umum. Tambahan pula saya sudah kurang gemar memakai baju bewarna gelap kerana sel –sel kulit dari kepala akan jatuh ke atas baju.

Faktor penyebab psoriasis?
Sebelum tu apa kata kita sebut je penyakit ini sebagai penyakit P .. susah tu nak sebut. Tergeliat lidah. Pakar-pakar telah membuat kajian dan percaya bahawa penyakit ini penyakit keturunan. Penyakit ini terjadi disebabkan sikap proaktif sel kulit dan usaha yang terlebih dari system imun yang menyebabkan pembetukan plak. Ni masalah dia bila bukan doctor yang terangkan. Tak kisahlah janji anda semua faham.

Macam saya sendiri, saya rasa tahap penyakit P saya ni dah kronik. Kulit- kulit di kaki saya dah sampai tahap melecur. Sakit jugaklah. Yang lebih menarik kalau saya stress memang mencanak-canak lah saya punya penyakit P ni. 

Tanda-tanda penyakit P ini?
Macam-macam tanda penyakit ini. Boleh jadi ruam yang sedikit, boleh jadi macam kulit melepuh dan macam kudis, luka-luka dan gatal. Semua kegatalan-kegatalan kecil ni boleh bercamtum menjadi satu tompokan besar macam dekat belakang badan, kaki dan sebagainya. Adakalanya penyakit P ini hilang dengan sendirinya , lepas tu tiba-tiba dating balik dengan banyaknya walaupun tanpa rawatan.

Apakah rawatan untuk Penyakit P?
Kena makan dan sapu ubat berterusan. Macam kes saya setiap bulan kena keluarkan belanja dalam kira-kira 400-500 ringgit untuk konsultasi dan bayaran ubat. Nasib baik insurans syarikat yang menanggung. Macam saya saya dah penat sebab kenyang makan ubat. JAdi bila teruk saya makan , kalau tak teruk dan saya boleh tahan saya tak makan. 

Bayangkan la kalau sehari 3 kali kena sapu dan gunakan syampu dan losyen dengan 2 3 produk berbeza. Makan ubat 3 kali sehari dengan 4 ubat berbeza, memang kenyang makan ubat . Badan pun dah bau macam ubat. Bila makan ubat meang penyakit P ini reda. Tapi ada satu kes saya kena kesan sampingan sebab ubat tu. Bila makan memang penyakit P hilang, tapi saya pun jadi lesu dan tak bermaya sehingga asyik nak tidur dan tak boleh nak bekerja dan bawa kereta.

Sejak tu saya berhentikan ubat makan dan bila perlu sahaja baru saya ambil. Sejak tahun lepas isteri saya ni sertai Shaklee. Pada awalnya saya sokong-sokong biasa-biasa jelah. Seronok tengok dia seronok jual barang Shaklee dekat pelanggan. Dia suruh saya cuba produk VIVIX dari Shaklee. Saya malas sebab mahal. Satu dalam RM 400 kut. Sekarang ni dah lebih kurang 6 bulan dia buat bisnes Shaklee ni, dia pun dah boleh beli VIVIX sendiri, Saya tumpang ‘pau’ je VIVIX dia. Sebab benda tu macam air, senang nak telan, sehari pun sesudu jer. Dia lagilah siap buat ‘mask’ muka lagi. Huhu. Tapi Alhamdulillah lepas cuba makan VIVIX Shaklee tu hari-hari dah sangat kurang dah penyakit P saya ni.

Yang saya seronok sebab tak payah nak makan ubat macam makan nasi dah. Jadi siapa-siapa lagi yang mengalami masalah sama macam saya ni bolehla cuba jugak. Kalau yang ada penyakit lain pun boleh sebab VIVIX ni banyak khasiatnya. Kalau anda kena makan banyak ubat cuba dulu berhenti dan focus pada VIVIX Shaklee ni. Sehari sekali makan je.

Jadi dengan sewenang-wenangnya saya mengundur diri. Kalau ‘free’ nanti saya curi-curi tulis lagi dekat blog isteri saya ni. =p

InsyaAllah ada penyelesaiannya. Setiap ujian Allah itu pasti ada hikmahnya. Bersabarlah, berusaha dan terus berdoa untuk mengatasinya. 

Tak percaya tak apa, buat sahaja, InsyaAllah hasilnya pasti tiba.


Anda juga mungkin meminati