Showing posts with label catatan pengalaman. Show all posts
Showing posts with label catatan pengalaman. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Resolusi Tahun 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Rasanya masih belum terlambat bagi saya mengucapkan selamat tahun baru kepada para pembaca semua.


2014 telah berlalu. Banyak kisah duka yang melanda negara kita seperti kehilangan MH 370 dan nahas pesawat MAS dan AIr Asia. Terbaru mungkin ada di antara kita, sahabat-sahabat atau saudara mara kita yang masih lagi berjuang dengan bencana banjir.



Saya sentiasa mendoakan agar anda semua selamat dan tabah menghadapi apa yang melanda.



KIni sudah hampir dua minggu kita di tahun 2015. Sudah ada azam atau resolusi tahun 2015? Kalau ada bagus.Tulis dalam buku nota atau simpan dalam komputer. Kalau belum, saya sarankan anda cuba buat satu dahulu.



Macam yang saya pergi ikuti program NLP saudara Ateh NLP, sekurang-kurangnya cuba letakkan 9 target yang anda hendak capai pada tahun ini. Ini akan melancarkan lagi perancangan kita untuk mencapai target kita. Ohh. kalau nak tahu apa itu NLP, boleh rujuk posting saya mengenai NLP ini di sini..



Apabila dah jelas target, baru senang kita nak berusaha mencapai target kita betul?

Ini contoh resolusi 2014 yang saya buat.


Alhamdulillah banyak juga yang saya dah mampu capai. Yang ada saya masih tak mampu capai pada 2014, saya akan cuba selesaikan pada 2015 ini.



Untuk 2015 ini, mungkin ada yang merancang nak memulakan perniagaan. Mungkin anda nak tahu apakah perniagaan yang boleh diceburi untuk tahun 2015 ini. Jadi saya nak kongsikan serba sedikit apakah perniagaan yang mungkin akan jadi viral pada tahun 2015 ini.




Kemungkinan trend bisnes tahun ni?




Pakaian/Aksesori Wanita
Kesihatan/Kecantikan
Kewangan
Produk Digital
Affiliate



Itu antara yang saya lihat ada potensi besar & kalau anda perasan bisnes di internet sangat bagus aliran tunainya. Pelanggan bayar dulu secara tunai & baru produk dihantar.




Jadi mungkin anda boleh mencuba dengan perniagaan tersebut dahulu.



Sebagai resolusi 2015 ini, saya juga sudah mula menghasilkan blog template dan juga minisite sendiri. Kalau anda perasan, blog ini juga sudah bertukar dan saya telah hasilkan design templatenya sendiri. 

Sejajar dengan sasaran saya untuk fokus pada perniagaan (yang bernaung di bawah nama Warna Warni Studio) design header, bunting, ebook cover dan cetakan banner saya, jadi memang saya berazam untuk membuat semuanya sendiri selagi termampu. Selamat Tahun Baru 2015 dan semoga anda semua terus maju dan berjaya.


Wednesday, August 27, 2014

Produk percuma - berguna atau tidak?

Seronok apabila idea datang mencurah-curah. Alhamdulillah, idea pun merupakan satu bentuk rezeki. Jangan kita lupakan dan menyangka rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit ataupun kebendaan sahaja.

InsyaAllah kalau tiada aral melintang, bulan Oktober ini saya nak melancarkan beberapa produk yang diharapkan dapat membantu anda semua. Sebelum ini saya dah ceritakan mengenai produk Blogspot untuk Newbie. Kali ini saya nak ceritakan tentang pula tentang macam mana nak mula niaga dengan menggunakan produk percuma dan produk yang murah.


Produk percuma - berguna atau tidak?


Tidak perlu berbelanja besar untuk mulakan perniagaan anda. Yang penting kita bijak menggunakan produk percuma untuk pelbagai tujuan perniagaan kita sama ada untuk berblog, promosi, pengiklanan dan sebagainya.

Betulkah pakai produk percuma ni boleh buat macam-macam?

Tak percaya jom lihat apa yang anda boleh buat dengan produk percuma.


Percaya tak yang semua itu saya buat hanya dengan menggunakan perisian microsoft powerpoint yang rata-rata hampir semua pengguna komputer memiliki perisian ini. Gambar superhero itu pun saya buang latar belakang asalnya menggunakan perisian yang sama. Malah video itu pun dihasilkan menggunakan perisian power point sahaja. Ini merupakan percubaan pertama saya untuk membuat animasi menggunakan power point. Dengan latihan berterusan saya pasti kita semua dapat menghasilkan sesuatu yang tampak lebih professional.



Gambar ini juga saya hasilkan menggunakan perisian power point. Maaf kerana ini cubaan pertama, hasilnya amat tidak memberangsangkan. 

Tapi asasnya produk percuma dapat menghasilkan sesuatu yang unik jika kita bijak memanfaatkannya.

Selamat mencuba. Siapa nak tahu lebih lanjut tentang produk yang saya akan lancarkan nanti sila hubungi saya di FB: www.facebook.com/ahmadshahrin.manuar.


InsyaAllah nanti saya akan kongsikan lagi apakah perisian percuma yang menjadi pilihan saya

Teknik bisnes online - Ebook percuma


Pada pengunjung blog Diari WAHD yang budiman, sebelum ini saya ada berkongsi beberapa teknik berguna untuk bisnes online anda di dalam entri blog saya. Untuk kemudahan semua, saya telah mengumpulkan entri saya yang terdahulu dan juga memberi tambahan baru dan mengkompilasikannya sebagai sebuah ebook.


Yang lebih menariknya, macam biasa anda boleh mendapatkan ebook ini secara percuma. Mudah sahaja caranya, anda pergi sahaja ke teknik bisnes online dan ikuti sahaja langkah mudah untuk mendapatkannya.

Semoga tips yang dikongsikan dapat membantu anda.

Ikhlas,
Ahmad Shahrin
Diari WAHD

Thursday, August 21, 2014

Teknik Bisnes Online - Kepentingan blog dan media sosial

Memasarkan perniagaan di internet ni kadang-kadang boleh melesukan dan membuatkan kita rasa kurang bermaya. Ini kerana terlalu ramai orang di luar sana yang turut bersaing dan memasarkan produk yang sama. Malah kadang-kadang menggunakan teknik pemasaran yang sama juga.
Saya amat faham perasaan anda semua. Tetapi untuk yang beragama Islam, saya nak kongsikan, selalulah baca doa ini: Sebesar manapun masalah dan halangan yang aku hadapi, tidak ada yang lagi besar melainkan kekuasanMu Ya Allah. Nabi Muhammad pun ada berpesan, sebaik-baik nak berdoa, kita solat sunat 2 rakaat dulu dan kemudiannya berdoa, InsyaAllah akan dimakbulkan.
Pemasaran di internet ini sepatutnya lebih mudah. Yang penting kita kena tahu nak letak fokus kita di tempat yang betul dan mengusahakan sesuatu kempen kita sehingga habis. Kalau betul gayanya, mungkin anda yang tak minat dengan pemasaran internet ataupun perniagaan internet ini akan menyukainya pula nanti.
Takut Internet (Internetaphobia): Mengapa?
Baru-baru ini di dada-dada akhbar tempatan, banyak terpampang kisah orang yang menjadi mangsa penipuan di internet. Di laman-laman sosial pula banyak kisah pembeli yang ditipu oleh 'peniaga' yang menjual produk yang tidak wujud. Kewujudan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti inilah yang menyebabkan kredibiliti peniaga internet jatuh merudum.
Segala yang baru memang agak menakutkan untuk dicuba. Macam dahulu sewaktu sistem perbankan internet diperkenalkan, memang ramai yang memandang sinis dan risau tentang keselamatan perbankan internet. Malah sehingga kini masih ada lagi orang yang lebih gemar menggunakan sistem perbankan biasa kerana risau wang mereka akan lenyap begitu sahaja apabila menggunakan perbankan internet.
Tetapi sebenarnya banyak kebaikan  pemasaran internet ini. Banyak yang anda boleh lakukan sendiri secara percuma dan  dapat menjimatkan masa anda.
Perkara Asas
Seperti mana bayi yang baru belajar berjalan, kita juga perlu bertatih dahulu di dalam bidang perniagaan dan pemasaran internet ini. Tak perlu terus terburu-buru ingin berlari. Adakah anda telah mempunyai blog atau laman web sendiri? Jika ada tahniah diucapkan.. Jika tidak silalah dapatkan satu. Saya menyarankan untuk menggunakan medium percuma seperti blogger untuk permulaan.
Secara ringkas, buatlah blog anda menjadi mesra pengguna. Elakkan memasukkan lagu-lagu tema dan perhiasan yang boleh menjadikan blog anda lambat untuk diakses dan kurang efektif. Yang penting sebagai orang baru, pastikan blog anda kemas dan elegan. Isi kandungan blog itu yang anda harus titik beratkan.

Blog. Bagaimana dan kenapa?

Saya merasakan bahawa blog juga sebenarnya adalah suatu bentuk laman media sosial. Asalnya ia merupakan tempat di mana individu menggunakan blog sebagai tempat perkongsian gambar dan kisah hidup mereka kepada kawan-kawan dan juga pada tontonan umum. Tetapi sekarang ini kebanyakan blog menjadi medium perniagaan berjaya dan seharusnya pada siapa yang masih belum ada untuk memilikinya.

Sebenarnya sangat mudah untuk memiliki sebuah blog, anda hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk menyiapkan blog pertama anda. Yang miungkin menjadi sedikit masalah ialah mengenai isi kandungan blog tersebut. kandungan yang berinformasi ataupun penyelesaian masalah mungkin akan menarik minat pembaca. Mungkin ini merupakan perkara baru kepada ramai orang di luar sana. Menjual dan memasarkan barang anda di blog tidaklah semudah menulis" saya ada produk kesihatan untuk dijual, sila beli". Tetapi kandungan blog seharusnya berkait dengan produk anda. Anda mungkin boleh membuat entri pnyelesaian masalah. Anda mulakan dengan masalah dan kemudiannya sebagai cadanagan untuk menyelesaikan masalah, anda boleh memperkenalkan produk anda.
Cara paling mudah ialah menggunakan contoh atau 'case study' masalah sebenar. Mungkin anda boleh kongsikan pengalaman anda ataupun pengalaman orang yang anda kenal sebagai permulaan. Orang akan lebih tertarik daripada hanya membaca mengenai produk anda sahaja. Sebagai contoh, cuma pergi ke laman web minuman tenaga Red Bull. Perkara yang anda akan lihat ialah tidak ada satu pun gambar minuman tenaga Red Bull di laman utama tersebut. Sebaliknya laman web itu memfokuskan video dan kandungan yang melibatkan aktiviti yang memrlukan tenaga seperti bersukan. Kenapa? kerana ia membuatkan laman web mereka lebih menarik untuk dikunjungi semula. Anda nak datang ke laman web yang hanya ada gambar minuman tenaga sahajakah?Tidak bukan?
Media Sosial
Media sosial bukan hanya untuk kegunaan peribadi, tetapi sebaliknya alat yang sangat membantu mengembangkan perniagaan anda di zaman ini.
Di sini saya senaraikan laman media sosial yang dapat membantu mempromosikan perniagaan anda.
  • Facebook – Facebook ialah laman yang paling kerap diguna pakai. Buat status mengenai perniagaan anda. tidak perlu terlau kerap mungkin dua kali sehari. Selebihnya muatkan status motivasi dan berinteraksi bersama kawan-kawan anda.
  • Instagram – Instagram sangat visual. Jadi perniagaan baju dan makanan manfaatkan instagram dengan entri terkini setiap hari.
  • Google + – Kebaikan menggunakan blogger ialah anda boleh menghubungkannya terus ke Google+. Kemaskini status dan entri blog sekerap mungkin. cadangan satu entri setiap hari.
  • YouTube – Laman video. bagus untuk mempromosikan produk anda. Tahu tak yang Youtube merupakan laman web carian kedua paing popular selepas google? Muat naiklah video sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Nak belajar cara nak buat Video? PM saya di FB:

Setelah anda dah pilih media sosial anda yang anda ingin gunakan, daftarlah sebagai ahli media sosial tersebut. Buat blog dan buat entri secara istikhamah dan berterusan. Buat kajian mengenai entri anda. PAstikan anda juga aktif di media sosial. Yang penting kena pantas jawab soalan pembaca dan pastikan onformasi anda itu tidak salah.
Selagi anda boleh menyusun aktiviti anda di internet, perniagaan dan pemasaran internet boleh dilakukan tanpa perlu membebankan anda. Ingat manfaatkan produk murah dan percuma dengan sebaik mungkin. Sekiranya perlu membeli, belilah produk yang menerangkan secara terperinci langkah-langkah yang anda perlu buat. Pastikan juga produk itu mempunyai khidmat sokongan selepas jualan. 
Selamat maju jaya.

Iklas,
Ahmad Shahrin

Pss: saya ada ak lancarkan satu produk yang dapat membantu orang baru yang tiada asas langsung dalam blog.


Ada dua versi, satu ebook dan satu versi video. Versi Ebook RM 25 dan Versi Video RM 50.
Saya nak buat promosi sebelum pelancaran. Siapa yang pre order sebelum pelancaran saya nak beri diskaun.

Ebook RM 15 sahaja. Manakala versi Video RM 45 sahaja + percuma Ebook.

Siapa nak boleh PM saya di FB:www.facebook.com.ahmadshahrin.manuar





Teknik Bisnes Online - Teknik meningkatkan trafik dan menarik trafik ke laman web dan blog (Tips no 3)

Kita sambung lagi siri teknis bisnes online dalam menadapatkan dan meningkatkan trafik ke blog atau laman web. Untuk tips menarik trafik yang ketiga ini saya nak berkongsikan tentang SEO iaitu search engine optimization atau dalam bahasa melayunya optimizasi enjin carian.

Apakah SEO ini? Secara ringkasnya, SEO ini merupakan suatu proses memilih kata kunci yang terbaik berkaitan dengan laman web atau blog anda. Ianya penting untuk menaikkan kedudukan blog anda di dalam enjin carian. Kenapakah SEO ini penting? Ianya akan membuatkan kedudukan blog anda di muka hadapan enjin carian apabila seseorang memasukkan kata kunci di laman web carian. SEO asas mengandungi sedikit pemngubahsuain kandungan perkataan di dalam kandungan artikel blog anda dan juga 'meta tags'. Kaedah SEO asas juga termasuk dengan proses pembinaan 'link' ataupun 'link building'.


Antara laman enjin carian yang popular ialah seperti google,yahoo,MSN search, Bing dan AOL.

Laman web carian seperti ini merahsiakan kaedah dan cara mereka menyenaraikan kedudukan sesuatu blog melalui kata kunci tertentu. Mereka menggunakan sejenis algoritma dalam menyusun kedudukan blog atau sesuatu perkara di enjin carian mereka.

Algoritma enjin carian ini sangat berbeza. Laman web yang berada di kedudukan pertama suatu enjin carian mungkin akan berada di kedudukan yang ke seratus pada suatu enjin carian yang lain. Laman web yang baru tidak semestinya'dihantar' ke laman web enjin carian untuk disenaraikan. Satu link yang ringkas do di laman web yang sudah berpengaruh mungkin akan memmbuatkan laman web enjin carian untuk melawat laman baru tersebut dan menyebarkan kandungan web tersebut. Tapi ianya mungkin akan memakan masa beberapa minggu ataupun beberapa bulan..

Satu perkara yang algoritma enjin carian cari ialah kekerapan dan lokasi kata kunci di dalam sesebuah laman web. Algoritma enjin carian itu kemudiannya akan akan membuat analisa bagaimana laman web itu terhubung dengan laman web lain di internet. Dengan mengenal pasti bagaimana laman web itu berhubung, enjin carian dapat memastikan apakah laman web tersebut jika kat kuncinya adalah sama di laman web asal tadi.

Sebenarnya ini memanga agak mengelirukan sedikit, terutamanya orang yang masih baru dengan SEO ini macam saya sendiri. Tetapi itulah sebabnya kita haru mengambil masa untuk mempelajari teknik SEO ini. Jangan risau, bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa. InsyaAllah nanti kita akan biasa dengan SEO ini.

Tetapi kalau anda kurang yakin dan tidak ada masa untuk melakukan kajian dan penyelidikan kata kunci, anda boleh sahaja mengupah individu ataupun syarikat tertentu untuk melkaukan SEO untuk anda. Anda harus memastikan anda mempunyai modal yang cukup kerana kebiasaannya upahnya agak tinggi sedikit.

Kalau macam saya, saya sarankan kita cuba dahulu sendiri. Sasaran terbaik kita ialah untuk memulakan perniagaan dengan modal seminima yang mungkn dan kita manfaatkan produk 'open source' iaitu produk percuma yang kita boleh dapati di internet dengan sebaik mungkin.

Selamat mencuba.

Ikhlas,
Ahmad Shahrin

Wednesday, June 25, 2014

Kisah Pak Cik Penjual Dadih

Alkisahnya zaman saya belajar di universiti dahulu saya ni suka berniaga buat mencari duit poket untuk perbelanjaan. Sewaktu tahun akhir saya dengan seorang sahabat telah mengusahakan perniagaan menjual dadih. Kami ambil daripada seorang pembekal yang tinggal berhampiran di kawasan universiti kami.

KIsah ini bukanlah pasal perniagaan kami, tetapi mengenai pembekal dadih kami ini. Pak cik ini pada saya merupakan idola niaga saya yang membuatkan saya begitu berminat dengan dunia perniagaan kerana sifatnya yang sungguh bagus. Pada awalnya saya hanya mengenali beliau sewaktu solat Jumaat, kerana beliau akan menjual dadih di masjid universiti kami selepas selesai solatJumaat.


Apabila saya memberitahu niat untuk menjual dadih, beiiau dengan pantas menyokong niat kami lantas keesokannya terus membekalkan dadih kepada kami tanpa banyak soal. Katanya bagus bila pelaar nak belajar meniaga, malah perniagaan ini suatu bidang yang digalakkan oleh Rasulullah. Jadi untuk dua semester itu, begitulah rutin kami , menunggu pak cik dadih menghantar bekalan dan setelah habis , pak cik dadih itu akan mengambil wang hasil jualan.

Sebenarnya saya tak rasa berbaloi pak cik dadih tu menolong kami, kerana dengan tambahan kami sebagai penjual menyebabkan margin keuntungan pak cik itu berkurangan. Itu tidak termasuk lagi dengan duit minyak pak cik dadih itu yang kena berjumpa kami 2 kali setiap minggu. Memang sebenarnya pak cik dadih itu ikhlas mahu menolong saya dan rakan sahaja.

Yang saya rasa terharu dan membuatkan saya amat menghormati pak cik dadih itu ialah dia selalu mengingatkan kepada kami yang seeloknya setahun kerja 11 bulan cukuplah. Sebulan itu lagi tumpukan pada ibadah dan dekatkan diri dengan Allah. Yakni bulan Puasalah tu.

Jadi sebagai peringatan terhadap diri sendiri juga, gigih mencari rezeki macam manapun janganlah mengabaikan kewajipan kita kepada Allah.

Pengalaman meniaga masa tu  memang menyeronokkan. Tambahan pula langsung tak perlu keluar modal. Jika anda juga berminat nak berniaga tanpa perlukan keluarkan modal dan tiada produk sendiri, hanya perlu membayar yuran pendaftaran bolehlah lihat video di bawah:


Untuk mendaftar dan memilih pakej yang berkenan di hati, bolehlah menghubungi saya:

emel: ahmadshahrin.binmohamadanuar@gmail.com
sms/whatsapps: 017-4816770
facebook: www.facebook.com/ahmadshahrin.manuar

Tuesday, June 3, 2014

Muhasabah 3 Bulan Menyertai Akademi Bekerja Di Rumah

Sedar tak sedar, sudah 3 bulan blog Diari WAHD ini beroperasi. Alhmadulillah walaupun masih baru, tetapi sudah mula menampakkan sambutan. Berkat menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), banyak yang telah saya pelajari. Malah yang paling menggembirakan saya ialah betapa mudahnya menarik trafik ke blog hasil bantuan trafik dari jaringan blog di ABDR sendiri. 

Hasilnya dalam masa 3 bulan ini saya telah berjaya mengumpul lebih 3000 pengunjung ke blog Diari WAHD.



Walaupun tidak konsisten, tapi pada saya cukup memuaskan. Yang lebih menariknya, rakan-rakan di ABDR selalu mempromosikan pautan blog tanpa diminta. Malah banyak trafik yang datang hasil hebahan para ahli ABDR. Sungguh baguh ukhwah dalam jaringan ABDR ini. Lebih menggembirakan sentiasa ada tips baru setiap hari bagi memantapkan lagi teknik penulisan blog dan bermacam-macam lagi.


Lebih 700 blog di dalam rangkaian jaringan ABDR ini sekarang. Khidmat dan sokongan bantuan berterusan dari tenaga pengajar ABDR menguatkan lagi semangat dalam bidang ini. Secara jujurnya saya amat berpuas hati dengan apa yang saya perolehi dari ABDR ini sepanjang 3 bulan pertama ini. Saya sangat menyarankan kepada anda yang mempunyai masalah dalam bidang blog, tidak tahu menulis, tidak ada idea menulis, nak berniaga tapi tak tahu cara nak mula untuk menyertai ABDR. Bukan sekadar untuk komisen tetapi untuk membantu anda dan memandu anda dalam apa yang ingin anda lakukan. 

Selamat menyertai ABDR.




Tuesday, May 20, 2014

Ditarbiah Oleh Anak Sendiri

Balik sahaja rumah, anak sulung keluarkan soalan menusuk kalbu " Kenapa Abi balik rumah Aasim? Abi tak kerja ke? ". Pedih juga hati ni bila terkena soalan begitu dari si anak. Itulah padahnya bila selalu sangat pulang lewat ke rumah. Apabila sampai awal sedikit, anak pula yang terkejut.

Alhamdulillah, anak sulung saya Aasim dah semakin memahami tugas Abi dia. Kalau dulu sewaktu saya nak pergi kerja, mesti meraung-raung nak ikut Abi dia. Kini tugas meraung itu diambil-alih pula oleh si bongsu, adik Husin. Pantang nampak Abi dia buka pintu, pasti meraung-raung dan meronta-ronta nak ikut. 

Kadang-kadang sayu juga bila anak sulung tu kerap benar meminta Abi dia supaya tidak pergi kerja agar dapat duduk bermain bersama dengan beliau. Sepanjang 4 tahun usia beliau, memang agak kurang masa bersama dengan beliau kerana faktor tugas yang memerlukan saya berada jauh dari rumah. Tapi kehidupan zaman sekarang ni, tambahan di bandar besar pula, tidak banyak pilihan yang ada. Kenalah akur dengan tugasan yang diberikan.

Anak-anak ni makin besar makin bijak dan makin dalam maksud percakapannya. Pernah suatu hari minggu ni saya berbual-bual dengan Aasim sewaktu bermain dengan dia. Saya tanya " Aasim suka Abi kerja dekat rumah atau kerja di pejabat? ". Secara jujur, Aasim menjawab " Aasim suka Abi bermain dengan Aasim di rumah". Tersentak juga saya dengan jawapan beliau.

Itulah kadang-kadang tak sangka anak-anak kecil ini banyak juga mengajar kita tentang apa yang berharga sebenarnya.  Ingatkan dah jadi ketua keluarga ni, kita sahajalah yang nak kena selalu mentarbiah anak-anak dan isteri. Tetapi rupa-rupanya anak-anak pula yang macam lagi banyak mentarbiah Abi dia.

Begitu banyak yang kita boleh belajar daripada anak-anak ni sebenarnya. Satu contoh saya nak kongsikan dekat sini. InsyaAllah semua pun boleh ikut, tak kisahlah kerja sendiri ataupun makan gaji. 

Siapa yang ada anak atau anak saudara atau adik pasti selalu nampak dan perhatikan perkara ini. Perasan tak kalau anak-anak ini inginkan sesuatu tetapi tak dapat, apa yang mereka akan lakukan?

Pastinya akan menangis dan meraung-raung bukan? itu biasalah lumrah bagi anak-anak kecil ini sedih tak dapat apa yang ereka inginkan. Tetapi perasan tak apa yang mereka buat selepas menangis itu? Mereka akan terus minta, minta,minta dan meminta sampai dapat juga bukan? Ataupun setidak-tidaknya mereka akan berhenti meminta sehinggalah mendapat sesuatu gantian yang lain bagi apa yang mereka inginkan. 

Di sini kita boleh lihat bahawa anak-anak ini tak mudah putus asa. Jadi sifat inilah yang harus kita contohi. Kalau masih ada masalah dalam kehidupan, perniagaan, pekerjaan dan sebagainya, yang penting jangan putus asa dan terus berusaha. Kena menangis jugakah? Mestilah. Tapi menangis dan memintalah dari yang mampu dan ada. Siapa yang mampu dan dapat mengabulkan permintaan kita? pastinya hanya Allah s.w.t. Teruskan usaha, berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah. InsyaAllah dapatlah yang terbaik untuk kita. Jangan sesekali mudah putus asa kerana sifat ini tidak disukai oleh Allah.

Tak percaya tak apa, buat sahaja. InsyaAllah hasilnya pasti tiba.


Friday, May 16, 2014

Selamat hari guru

Nabi Adam diajar oleh Malaikat Jibril untuk membuat roti daripada gandum. Nabi Muhammad juga diajar untuk membaca oleh malaikat Jibril bermula dengan turunnya wahyu yang pertama ke atas baginda. Daripada sini lagi kita boleh nampak kepentingan pendidikan dan guru di dalam kehidupan kita.

Tidak kisahlah guru formal ataupun yang tidak formal. Mereka inilah yang sedikit sebanyak yang mencorakkan sebahagian besar kehidupan kita. Kita imbas kembai masa lampau kita. Sewaktu kecil, ibu bapa kitalah yang mengajar kita bercakap, mengenal huruf dan membaca sebelum kita ke tadika lagi. Macam saya, emak saya mengajar mengenal huruf hanya daripada roda hiasan dan papan tanda sahaja sehingga akhirnya saya boleh mengeja dan membaca. Malah ibu bapa saya masih lagi menjadi cikgu saya dalam semua aspek kehidupan dan juga aspek keagamaan. Ibu bapa kitalah yang terus menerus mentarbiah dan mendidik kita sehingga ke akhir ayat.

Kembali ke zaman lampau, masa kecil kita. Pendidikan awal kita dapat di tadika dan sekolah rendah. Bersusah payah guru-guru mengajar dan mendidik kita. Bersabar dengan segala kerenah dan tingkah laku kita hanya demi memastikan kita menjadi insan terpelajar dan berjaya. Betapa suatu ketika dulu tugas guru itu begitu dihargai. Dahulu di bangku persekolahan sekolah rendah, apabila ditanya pastinya sebahagian besarnya menjawab cita-cita mereka mahu menjadi seorang guru. Bangganya anak-anak didik ini dengan tugas seorang guru.

Melangkah ke alam remaja, kita duduk di bangku sekolah menengah. Di sini di samping mengajar guru turut menkankan aspek sahsiah supaya kita ini disiapkan untuk alam pelajaran yang seterusnya. Bersengakang mata dan bergembeling tenaga mereka mengadakan pelbagai kelas latihan dan tuisyen secara percuma hanya mahu memastikan kita berjaya. Bagi mereka biarlah mereka kekal sebagai guru jikalau tugas itu mampu melahirkan pemimpin negara dan tokoh-tokoh profesional di masa kan datang. Namun sedihnya ada juga yang tidak mahu ditolong lantas tergamak ponteng dan biadap dengan guru.

Seterusnya hamoir menjadi orang dewasa, kita meangkah pula ke alam gading. Pensyarah pula mengambil alih tugas mengajar dan mempersiapkan kita untuk menempuh alam pekerjaan. Namun ramiai yang tidak endahkan pengorbanan mereka. Malah ramai yang melawan kerana merasakan mereka yang terhebat. Ramai yang tidak pergi kelas dan sebagainya. Kalaulah mereka ini sedar dan faham pengorbanan guru-guru ini.

Pentingkan peranan guru ini dalam kehidupan mereka. Tak ternilai dengan pujian, wang ringgit dan harta benda. Dulu saya juga tidak berapa ambil peduli pada guru. Cukup sekadar hormat apabila mereka ada.

Tapi setelah membesar dan hidup di dalam keluarga pendidik ini, saya makin nampak dan faham keperitan dan kepayahan mereka. Ibu dan ayah mertua seorang guru. Kakak dan abang ipar juga seorang guru. Memang terharu melihatkan kesungguhan mereka mendidik dan sikap mereka ang tak pernah putus asa untuk terus memajukan anak murid.

Jadi hormatilah dan sayangilah guru kita. Besar pengorbanan mereka sebenarnya. Tanpa bantuan mereka , mungkin anda tidak dapat berjaya seperti anda sekarang. 
hormatilah guru, insyaAllah ilmu kita akan diberkati. 


Selamat hari guru kepada semua warga pendidik. semoga jasa kalian akan dibalas oleh Allah s.w.t

Monday, May 12, 2014

Kelahiran dan berpantang

Teringat sewaktu kelahiran anak sulung saya, Ahmad Aasim pada tahun 2010 dahulu. Sewaktu itu saya bertugas di Pasir Gudang, Johor. Isteri pula sewaktu itu masih menetap bersama ibu bapanya di Bukit Mertajam , Pulau Pinang. Fasa terakhir kehamilan, memang kerap kena bawa isteri membuat pemeriksaan dengan doktor. Lagi dua minggu sebelum tarikh kelahiran Aasim, isteri memang sudah ada temujanji dengan doktor. Jadi saya pun memang sudah membuat perancangan untuk menemani isteri membuat temujanji.

Memandangkan tempoh masa dua minggu lagi sebelum tarikh kelahiran itu masih lama, saya hanya balik sehelai sepinggang sahaja ke rumah mertua. Bawa pakaian yang cukup untuk sehari dua sahaja. Pulanglah saya dengan menaiki kapal terbang ke Pulau Pinang. Malah kalau tak silap saya, isteri saya yang menjemput saya di Lapangan terbang.

Keesokannya kami pun pergilah ke hospital bagi tujuan pemeriksaan. Sampai giliran isteri, saya diminta tunggu diluar bilik pemeriksaan. Kemudian sesudah selesai, doktor memanggil saya dan memberitahu bahawa telah terdapat bukaan dan isteri akan disiapkan untuk melahirkan anak pada hari itu juga. Tiga kali doktor mengulang perkara yang sama kepada saya. Kali ketiga dan 5 minit kemudiannya baru saya sedar. Terkejut rupanya kerana tak menyangka yang isteri akan melahirkan anak pada hari itu.

Putera sulung kami, Ahmad Aasim

Memang terkedu panjang saya. Sudahlah sebarang persiapan pun tidak tersedia. Barang -barang untuk isteri pun langsung tidak dibawa. Malah tidak disiapkan lagi pun di dalam beg. Setelah bertenang, perkara pertama yang saya buat ialah menelefon ibu mertua saya dan memberitahu perkara tersebut. Kemudiannya terus membuat urusan yang perlu dengan pihak hospital bagi tujuan kemasukan wad dan sebagainya. Setelah itu saya terus menemani isteri sehinggalah kelahiran Aasim. Sungguh gembira setelah menyambut kelahiran Aasim dan dapat mengazankan dan mengiqamahkan sendiri.

Setelah selesai semuanya, barulah saya pergi menyiapkan barang-barang isteri dan anak. Selepas kelahiran Aasim tu memang beringat dan sudah menyediakan barang-barang yang perlu dengan lebih awal. Macam isteri, dia beruntung kerana dapat peluang berpantang di rumah ibunya sendiri. Jadi lebih mudah kerana ada orang yang menjaga sewaktu berpantang. Namun tak semua orang dapat peluang yang sama. Ada juga yang terpaksa berpantang sendiri di rumah kerana beberapa faktor tertentu.

Di sini, saya nak kongsikan dua buku yang mungkin boleh membantu ada dalam proses kelahiran dan berpantang, baik cara tradisional ataupun moden.




Ebook ini insyaAllah akan dapat membantu anda memahami dan bersedia dengan lebih baik untuk bersedia untuk proses kelahiran dan juga berpantang.

Jadi kalau nak beli bolehlah hubungi saya: 


SMS/Whatsapp : 017-4816770
Facebook : www.facebook.com/ahmadshahrin.manuar

Kalau anda baca buku ini, saya yakin anda tak akan kelam kabut dan kaget seperti saya sewaktu menyambut kelahiran anak pertama.

Di entri ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan Norli dan Zaidi iaitu adik ipar saya yang baru sahaja menyambut cahaya mata pertama mereka beberapa hari yang lepas. Selamat mendapat keberkatan melalui kelahiran anak pertama mereka ini. 

Anak ini juga merupakan satu ujian. Ujian untuk kita lebih bersabar, ebih matang dan lebih bersyukur dengan nikmat Allah. Pengurusan masa kena lebih mantap bila dah dapat anak-anak ini. Para suami pun kenalah lebih banyak turun padang membantu isteri menuruskan hal ehwal rumah tangga. Isteri yang dalam pantang ni masih lemah malahan emosi mereka pun kurang stabil disebakan ketidakseimbangan hormon. Jadi hormatilah mereka, dan banyakkan bersabar. Semoga dengan kehadiran anak-anak di dalam hidup dapat menyerikan lagi kehidupan dan lebih mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t.

Tak percaya tak apa, buat sahaja. InsyaAllah hasilnya pasti tiba.

Wednesday, May 7, 2014

Ibu vs Ayah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anak-anak walaupun mempunyai ibu & bapa yang sama namun mempunyai karakter yang berbeza. Tapi bila selera makan, kebiasaannya anak-anak saya ni mempunyai minat dan selera yang sama. Kalau yang sulung nak makan nasi, kebiasaannya adik-adik beliau pun akan turut hendak nasi juga. Di peringkat sekarang, apa sahaja yang abang mereka buat, si kembar akan ikut sahaja. Jadi lebih mudah untuk memberi mereka makan. 


Namun bagi saya, saya kurang sabar dan pandai dalam bab memberi makan terhadap anak-anak. Isteri yang biasanya meluangkan lebih masa untuk menyiapkan dan menyuap anak-anak makan. Malah kadang-kadang isteri berkejar-kejaran dengan anak-anak di sekeliling rumah hanya untuk menyuap mereka makan. Berbeza dengan saya yang hanya menanti anak-anak datang kepada saya untuk disuapkan makanan.

Saya juga kurang gemar makan sayur dan tidak ambil berat sangat jikalau anak-anak tidak mahu makan sayur. Berbeza dengan isteri yang selalu menekankan kepentingan makan sayur. Pelbagai idea yang dicubanya suapaya kami sekeluarga akan makan sayur. Nasib baiklah ada isteri yang selalu bimbangkan keperluan nutrisi anak-anak. Kalau hendak harapkan ayahnya memang susah sedikit. Malah anak kedua kami, Hassan kerap mengalami masalah sembelit, jadi memang perlu untuk makan sayur bagi membantu melancarkan sistem percernaan dan perkumbuhan.

Antara teknik yang isteri saya lakukan ialah menyediakan makanan yang berwarna-warni bagi menatrik perhatian anak-anak. Jadi beliau akan mengambil kesempatan untuk meletakkan sayur-sayuran ke dalam makanan .
Di bawah adalah resepi yang kerap beliau gunakan untuk memastikan saya dan anak-anak makan sayur.
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Dah makan dah? Harini Arfah nak share dengan semua resepi Spaghetti Bolognaise bersayur yang bila Arfah masak sering mendapat pujian dari mereka yang makan tu. Resepi ini juga sangat sangat digemari oleh anak-anak Arfah dan merupakan cara yang mudah untuk masukkan sayur-sayuran kedalam diet anak-anak. Selamat mencuba~


Spaghetti Bolognaise Bersayur
Bahan-Bahan:
1 peket spaghetti kering
1 biji Bawang besar
2 ulas bawang putih
300 gram daging cincang
3 biji lada benggala / bell pepper (merah, hijau dan kuning)
3 biji tomato
1 pack/bekas cendawan
3/4 botol kecil Sos tomato
1 sudu besar tomato paste/puree
Rempah2 (oregano, Thyme, Basil, Rosemary)
Sedikit cili kering serbuk (mengikut cita rasa sendiri)
Garam dan lada hitam secukup rasa
Sedikit gula


Cara-cara:
1. Potong bawang besar menjadi dadu kecil dan potong bawang putih menjadi halus seperti dalam gambar di bawah.

2.  Tumis bawang besar dalam minyak dahulu sehingga menjadi lembut dan keluar bau wangi. Kemudian baru masukkan bawang putih. (Saya tumis bawang besar dahulu sebab bawang besar ambil masa lebih lama untuk masak..kalau masukkan bawang putih dulu nanti bawang putih itu akan hangit sebelum bawang besar sempat masak sepenuhnya)

3. Pastikan daging cincang atau minced meat yang anda gunakan tidak frozen tau. Kalau frozen, keluarkan dan biarkan daging itu defrost dahulu dan mencapai suhu bilik sebelum memasak. Kalau tak ada daging cincang (minced meat)...anda boleh beli daging yang seketul tu dan cincang aje sendiri.  

4. Apabila kedua2 bawng putih dan bawang besar dah wangi kaw2 dan sedikit keperangan, masukkan pula daging cincang tadi. 

5. Masak sambil mengacau selalu daging dan bawang tadi sampai daging itu 2/3 masak dan berubah warna menjadi koko pucat seperti dibawah ini.

6. Sementara menunggu daging masak, pastikan lada benggala atau bell pepper anda dah dipotong dadu seperti dalam gambar dibawah. Saya suka gunakan 3 jenis bell pepper ini (merah, kuning dan hijau) sebab bila masak akan nampak menarik dengan pelbagai warna. Kalau tak ada 3 warna pun tak apa...mana2 pun ok aje. 

7. Apabila daging tu dah masak, tuangkankan bell papper di atas daging tu tapi jangan terus kacau dulu. Terus tutupkan periuk lepas masukkan sayur tu. Saya suka biarkan sayuran itu stim diatas daging tu dulu.

8. Hiris cendawan butang macam ni.

 9. Lepas 2 minit masukkan cendawan pula atas longgokan bell pepper tadi. Tutup tudung periuk kembali dan stimkan cendawan pula.

 10. Lepas 2 minit lagi masukkan tomato yang telah dipotong dadu macam ni.

11. Lepas masukkan tomato tu pun saya suka biarkan ia stim dalam seminit dulu sebelum mengacau semua bahan2 dalam periuk tu.

12. Once semua sayur dan daging dah sebati, masukkan pula rempah ratus bolognaise. Anda boleh beli sebotol rempah yang dah siap dicampur. Tapi time cari tadi tak jumpa pula..mungkin dah kehabisan stok. Jadi saya beli Rosemary, Thyme, Oregano dan Chilli Flakes. Selalunya saya masukkan juga Basil leaves tapi tak ada pula tadi. Chilli flakes tu orang putih selalunya tak letak pun. Tapi biasalah...tekak melayu ni kalau tak pedas memang rasa macam tak sedap...jadi saya letakkan sekali utk kasi ummphhh~
 

 13. Masukkan semua rempah ratus tadi bersama-sama sesudu besar tomato paste, 3/4 botol kecil sos tomato, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Saya juga masukkan lebih kurang satu sudu gula kedalam ni. Fungsi gula itu ialah untuk potong rasa masam tomato paste dan tomato paste yang kita guna. Jangan sampai terasa manis pula kerana memang tak sesuai kottt sos bolognaise ni rasa manis.

14. Gaulkan semua bahan-bahan dalam periuk tadi sehingga sebati. Tadaaa~~ Dah siap sos bolognaise anda.


15. Rebuskan spaghetti anda dalam air yang diletakkan garam dan minyak. Garam untuk menambah rasa dan minyak untuk elakkan spaghetti itu melekat sesama sendiri. Pastikan anda kerap kacau semasa memasak spaghetti untuk elakkan dia melekat menjadi berketul-ketul. Masak spaghetti ni sampai dia jadi lembut tapi tidak lembik. Ikut arahan di bungkusan spaghetti tu yer...tapi bila masak angkat sehelai dan cuba potong dengan jari...kalau masih rasa keras...sambung masak. kalau dah lembut tu dah boleh toskan.

 16. Letakkan spaghetti di dalam pinggan dan tuangkan sosnya diatas. Kalau nak, anda boleh taburkan keju parut diatas atau letakkan sekeping cheese cheesedale tu. Tapi pastikan spaghetti dan sos tu masih panas bila letakkan cheese. Baru ianya cair dan meleleh. Terbaikkk~~


Anak-anak Arfah semua memang suka sangat makan spaghetti ni. Kalau time2 derang tak berapa nak ada selera untuk makan, Arfah akan masakkan spaghetti ni. Insya Allah derang akan pulun. Ini juga salah satu cara untuk beri anak-anak makan sayur. Kalau nak boleh juga tambah sayuran seperti bayam, carrot atau kubis untuk tambah kandungan sayuran dalam menu ni.

Ini muka senyum anak ke-tiga saya sambil makan spaghetti. Habis comot mulut, tangan dan pakaian dia. Hehehe. Tak apa lah..kotoran itu boleh dicuci. Tapi, kebahagiaan dan kesihatan anak-anak itu tidak ternilai. 

Arfah harap semoga anda boleh mencuba resipi ini dengan berjaya. Yang baik-baik itu dari Allah manakala segala cacat cela itu ialah daripada Arfah sendiri. 

Lots of Love,
Arfah Umar

Itulah kasih ibu, berhempas pulas memastikan anak makan makanan yang sihat. Sanggup bersusah payah. Berbeza pula kasihnya ayah. Ayah ni sanggup juga bersusah payah. Kalau tak percaya ini buktinya, saya juga selalu masakkan spaghetti untuk anak-anak bila ibu mereka ini ada urusan di luar dan saya kena menjaga mereka di rumah. 

Displaying 2014-05-05 23.58.12.jpg

Anak yang sulung sedang makan spaghetti sambil marah adik-adiknya yang sedang membuat bising pada jam 1 pagi. Oleh sebab isteri dah kepenatan seharian menjaga mereka, saya pun tolong masakkan untuk anak-anak. Jadi para bapa-bapa yang terpaksa menjaga anak-anak di rumah tanpa ditemani isteri, mungkin boleh cuba resepi spagheti saya ini. Ibu-ibu pun boleh cuba juga. Langsung tak sama dengan resepi isteri. 

Bahan-bahannya:

1. Spaghetti atau angel hair (apa sahaja yang ada di rumah)
2. Sos Rahsia


Cara-caranya:

1. Panaskan spaghetti sampai boleh dimakan (tidak terlalu keras dan terlalu lembik)

2. Panaskan sos rahsia


Setelah dipanaskan, gaul dengan rata bersama spaghetti tadi dan boleh dihidangkan kepada anak anda :).

Sos ini harganya tak sampai RM 5 dan boleh digunakan sehingga 4 hidangan. Siapa kata ayah tak boleh memasak untuk anak-anak.

Selamat mencuba mana-mana resepi spaghetti yang anda gemari. Walau apapun pastikan kita cuba memberikan yang terbaik pada kita. Murah atau mahal terpulang pada kemampuan masing-masing.

TAk percaya tak apa, buat sahaja, insyaAllah hasilnya pasti tiba.

Anda juga mungkin meminati