Showing posts with label catatan harian. Show all posts
Showing posts with label catatan harian. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Resolusi Tahun 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Rasanya masih belum terlambat bagi saya mengucapkan selamat tahun baru kepada para pembaca semua.


2014 telah berlalu. Banyak kisah duka yang melanda negara kita seperti kehilangan MH 370 dan nahas pesawat MAS dan AIr Asia. Terbaru mungkin ada di antara kita, sahabat-sahabat atau saudara mara kita yang masih lagi berjuang dengan bencana banjir.



Saya sentiasa mendoakan agar anda semua selamat dan tabah menghadapi apa yang melanda.



KIni sudah hampir dua minggu kita di tahun 2015. Sudah ada azam atau resolusi tahun 2015? Kalau ada bagus.Tulis dalam buku nota atau simpan dalam komputer. Kalau belum, saya sarankan anda cuba buat satu dahulu.



Macam yang saya pergi ikuti program NLP saudara Ateh NLP, sekurang-kurangnya cuba letakkan 9 target yang anda hendak capai pada tahun ini. Ini akan melancarkan lagi perancangan kita untuk mencapai target kita. Ohh. kalau nak tahu apa itu NLP, boleh rujuk posting saya mengenai NLP ini di sini..



Apabila dah jelas target, baru senang kita nak berusaha mencapai target kita betul?

Ini contoh resolusi 2014 yang saya buat.


Alhamdulillah banyak juga yang saya dah mampu capai. Yang ada saya masih tak mampu capai pada 2014, saya akan cuba selesaikan pada 2015 ini.



Untuk 2015 ini, mungkin ada yang merancang nak memulakan perniagaan. Mungkin anda nak tahu apakah perniagaan yang boleh diceburi untuk tahun 2015 ini. Jadi saya nak kongsikan serba sedikit apakah perniagaan yang mungkin akan jadi viral pada tahun 2015 ini.




Kemungkinan trend bisnes tahun ni?




Pakaian/Aksesori Wanita
Kesihatan/Kecantikan
Kewangan
Produk Digital
Affiliate



Itu antara yang saya lihat ada potensi besar & kalau anda perasan bisnes di internet sangat bagus aliran tunainya. Pelanggan bayar dulu secara tunai & baru produk dihantar.




Jadi mungkin anda boleh mencuba dengan perniagaan tersebut dahulu.



Sebagai resolusi 2015 ini, saya juga sudah mula menghasilkan blog template dan juga minisite sendiri. Kalau anda perasan, blog ini juga sudah bertukar dan saya telah hasilkan design templatenya sendiri. 

Sejajar dengan sasaran saya untuk fokus pada perniagaan (yang bernaung di bawah nama Warna Warni Studio) design header, bunting, ebook cover dan cetakan banner saya, jadi memang saya berazam untuk membuat semuanya sendiri selagi termampu. Selamat Tahun Baru 2015 dan semoga anda semua terus maju dan berjaya.


Friday, September 5, 2014

Diari WAHD bercuti panjang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pihak Diari WAHD ingin memaklumkan bahawa kami akan bercuti mulai hari ini 5 September 2014 hingga 22 Oktober 2014. Semua rangkaian blog kami iaitu Diari WAHD (ahmadshahrinbinmohamadanuar.blogspot.com), www.arfahumar.com, arfahshahrin.blogspot.com dan iklanvideomurah.blogspot.com juga akan berehat bust sementara waktu.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang terjadi sepanjang proses ketiadaan kami. Terima kasih di atas sokongan berterusan anda kepada Diari WAHD dan rangkaian blog perniagaan kami yang lain.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau apa-apa perkara yang tertentu, sila hubungi kami melalui emel : ahmadshahrin.mohamadanuar@gmail.com

InsyaAllah setelah pulang bermusafir kami akan melayan pertanyaan anda.

Terima kasih sekali lagi dan doakan kami suami isteri selamat bermusafir, pergi, semasa di sana,pulang dan selepas pulang Dan dipermudahkan urusan kami.

Salam ukhwah,
Ahmad Shahrin
Diari WAHD

Wednesday, August 27, 2014

Produk percuma - berguna atau tidak?

Seronok apabila idea datang mencurah-curah. Alhamdulillah, idea pun merupakan satu bentuk rezeki. Jangan kita lupakan dan menyangka rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit ataupun kebendaan sahaja.

InsyaAllah kalau tiada aral melintang, bulan Oktober ini saya nak melancarkan beberapa produk yang diharapkan dapat membantu anda semua. Sebelum ini saya dah ceritakan mengenai produk Blogspot untuk Newbie. Kali ini saya nak ceritakan tentang pula tentang macam mana nak mula niaga dengan menggunakan produk percuma dan produk yang murah.


Produk percuma - berguna atau tidak?


Tidak perlu berbelanja besar untuk mulakan perniagaan anda. Yang penting kita bijak menggunakan produk percuma untuk pelbagai tujuan perniagaan kita sama ada untuk berblog, promosi, pengiklanan dan sebagainya.

Betulkah pakai produk percuma ni boleh buat macam-macam?

Tak percaya jom lihat apa yang anda boleh buat dengan produk percuma.


Percaya tak yang semua itu saya buat hanya dengan menggunakan perisian microsoft powerpoint yang rata-rata hampir semua pengguna komputer memiliki perisian ini. Gambar superhero itu pun saya buang latar belakang asalnya menggunakan perisian yang sama. Malah video itu pun dihasilkan menggunakan perisian power point sahaja. Ini merupakan percubaan pertama saya untuk membuat animasi menggunakan power point. Dengan latihan berterusan saya pasti kita semua dapat menghasilkan sesuatu yang tampak lebih professional.



Gambar ini juga saya hasilkan menggunakan perisian power point. Maaf kerana ini cubaan pertama, hasilnya amat tidak memberangsangkan. 

Tapi asasnya produk percuma dapat menghasilkan sesuatu yang unik jika kita bijak memanfaatkannya.

Selamat mencuba. Siapa nak tahu lebih lanjut tentang produk yang saya akan lancarkan nanti sila hubungi saya di FB: www.facebook.com/ahmadshahrin.manuar.


InsyaAllah nanti saya akan kongsikan lagi apakah perisian percuma yang menjadi pilihan saya

Thursday, June 26, 2014

Teknik promosi berkhemah

Bahaya juga meniaga di online ni. Kadang-kadang sampai boleh begaduh-gaduh dan hilang kawan.
Mana taknya bila habis penuh wall facebook si kawan ni dipenuhi dengan promosi kawan-kawan yang meniaga online ni. Silap-silap ada yang 'unfriend' di Facebook dan juga di dunia nyata. Masa meniaga ni lah rajin nak menghubungi balik kawan-kawan lama, itupun sebab nak jual barang, mana tak kena 'unfriend'. Kalau takut jadi macam cik Kiah dekat atas ni, jom saya kongsikan sedikit cara-cara nak promosikan produk servis kita di online secara lebih berkhemah dan supaya tidak kena'unfriend' oleh kawan-kawan kita.




.1. Kreatif - bila nak promosi tu, kita kena kreatif. Tak perlu canggih sangat. pastikan ringkas dan kemas untuk menarik perhatian. Penggunaan gambar , video dan tulisan yang berwarna - warni pasti akan lebih menari perhatian bukan? Dapatkanlah pendapat pasangan atau kawan-kawan anda sebelum membuat posting promosi. Macam saya, penasihat utama pastilah isteri, itu yang saya ingat dah cantik dah poster yang saya buat, tapi isteri saya cakap buruk :). Kalau pasangan sendiri pun kita tak boleh nak tarik, apatah lagi orang lain yang kita tak kenal.Jadi kreativiti tu kita kena asah sikit. 

2. Konsisten - saya ada kawan. Dia lelaki tetapi di bnyak jual produk untuk kegunaan wanita.. Dahulu tidak ada seorang pun yang menghubungi dia. Mana taknya, dia lelaki, pastilah pembeli wanita tidak berapa percaya nak beli dengan beliau kerana menyangkakan yang beliau tidak arif tentang produk tersebut. Tetapi beliau konsisten. Beliau terus promosi setiap hari tanpa jemu di media-media sosial, secara online dan juga offline. Akhirnya seorang pelanggan menghubungi beliau dan membeli produk jualan beliau. makin hari jualan beliau makin meningkat. Rahsianya konsisten, tidak putus asa dan keazaman yang tinggi untuk berjaya.

Samalah juga macam kita, kalau setiap hari dipujuk rayu , akhirnya pasti lembut juga dan termakan rayuan.

3. Nawaitu atau niat - Bukan puasa sahaj nak kena berniat. Nak berniaga dan promosikan barang pun kenalah ada niat yang betul. Untuk promosikan produk haruslah kita pasang niat yang betul. Kita promosikan prosuk sebab kita yakin dengan produk itu dan kita nak kongsikan manfaat dengan orang lain mengenai produk tersebut.  Kita berniaga dengan niat nak sebarkan kebaikan dan manfaat dengan orang lain. Barulah perniagaan kita berkat dan bukan sekadar mengaut keuntungan semata-mata.


Kata mentor saya, kita berniaga ni, usaha kita sekarang ni sebenarnya untuk mendapatkan hasil pada 3 bulan berikutnya. Jadi kalau rasa dah usaha tapi masih tidak berjaya itu, mungkin bukan sekarang , tapi nanti insyaAllah anda akan berjaya. usaha dengan konsisten, penuh kreativiti dan niat yang betul, insyaAllah hasilnya akan tiba tanpa kita sangka nanti. Wallahualam.


Wednesday, June 18, 2014

Diari WAHD

Dah lama dapur tidak berasap. Ehem ehem. Dah lama tidak berkesempatan untuk mengemas kini blog Diari WAHD ini disebabkan kesibukan dengan kerja harian dan terpaksa ke luar kawasan. Minta maaf kepada cikgu online kerana dah tidak menepati sasaran awal dengan konsisten mengemaskini blog setiap hari. Walaupun begitu, syukur Alhamdulillah banyak perkara positif yang berlaku pada bulan Jun ini untuk keluarga saya. 

Berikut merupakan beberapa perkara penting bagi keluarga saya untuk Jun 2014 ini:

1. Ulang tahun kelahiran keempat anak sulung kami, Ahmad Aasim
2. Ulang tahun perkahwinan saya dan isteri, Siti Noor Arfah yang Kelima
3. Berpindah ke Taman Desa Mas, Rawang 

Malah saya juga nak senaraikan beberapa aktiviti Diari WAHD bulan ini:

1. Pengeposan hadiah kepada pemenang peraduan blog DIari WAHD pada bulan Mei lepas.
2. Penyediaan 2 lagi ebook percuma: i) Panduan asas mula blogspot ii) Rahsia Bisnes Berjaya
3. Kemudahan untuk membeli produk dan menempah servis melalui Facebook Fanpages
4. Pengkhususan kepada tempahan iklan video 


InsyaAllah pihak kami akan terus membaiki mutu perkhidmatan kami dari masa ke semasa. Terima kasih kerana sokongan anda.  Teruskan mengunjungi Diari WAHD

Tuesday, June 3, 2014

Muhasabah 3 Bulan Menyertai Akademi Bekerja Di Rumah

Sedar tak sedar, sudah 3 bulan blog Diari WAHD ini beroperasi. Alhmadulillah walaupun masih baru, tetapi sudah mula menampakkan sambutan. Berkat menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), banyak yang telah saya pelajari. Malah yang paling menggembirakan saya ialah betapa mudahnya menarik trafik ke blog hasil bantuan trafik dari jaringan blog di ABDR sendiri. 

Hasilnya dalam masa 3 bulan ini saya telah berjaya mengumpul lebih 3000 pengunjung ke blog Diari WAHD.



Walaupun tidak konsisten, tapi pada saya cukup memuaskan. Yang lebih menariknya, rakan-rakan di ABDR selalu mempromosikan pautan blog tanpa diminta. Malah banyak trafik yang datang hasil hebahan para ahli ABDR. Sungguh baguh ukhwah dalam jaringan ABDR ini. Lebih menggembirakan sentiasa ada tips baru setiap hari bagi memantapkan lagi teknik penulisan blog dan bermacam-macam lagi.


Lebih 700 blog di dalam rangkaian jaringan ABDR ini sekarang. Khidmat dan sokongan bantuan berterusan dari tenaga pengajar ABDR menguatkan lagi semangat dalam bidang ini. Secara jujurnya saya amat berpuas hati dengan apa yang saya perolehi dari ABDR ini sepanjang 3 bulan pertama ini. Saya sangat menyarankan kepada anda yang mempunyai masalah dalam bidang blog, tidak tahu menulis, tidak ada idea menulis, nak berniaga tapi tak tahu cara nak mula untuk menyertai ABDR. Bukan sekadar untuk komisen tetapi untuk membantu anda dan memandu anda dalam apa yang ingin anda lakukan. 

Selamat menyertai ABDR.




Pemenang Peraduan Diari WAHD

Beberapa minggu yang lalu, blog Diari WAHD telah pun menganjurkan satu bentuk pertandingan. Untuk makluman semua, pertandingan tersebut telahpun ditutup. Seperti yang dijanjikan saya akan memberikan hadiah kepada pemenang seperti berikut:


Sebuah buku bertajuk : Law of Universal Attraction Magnet Kebahagiaan yang ditulis oleh saudara Ateh Zuhairi Nopiah & Amin Idris. Istimewanya buku ini mempunyai tandatangan asli saudara Ateh Zuhairi Nopiah sendiri.

Berikut, para pemenang peraduan blog Diari WAHD:

1. Saudara Hasrul Hassan (Blog Hasrulhassan)
2. Puan Suhaila Rahim (Blog suhailarahim)
3. Puan Norazizah Sudin
4. Puan Masayu Ahmad

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Diminta para pemenang untuk menghubungi saya dan memberikan alamat untuk saya poskan hadiah kepada anda secepat mungkin. Pada yang tidak berjaya diharap cuba lagi dalam peraduan berikutnya yang akan dianjurkan blog Diari WAHD.

Terima kasih di atas sokongan anda dan teruskan menyokong Diari WAHD


Thursday, May 29, 2014

Suri Rumah Pemalas?


Balik rumah, tengok rumah berselerak. Makan malam pula masih tak tersedia. Anak-anak semua tengah seronok menyelerakkan rumah. Baik macam mana pun seorang suami tu. Kalau balik kerja mengalami situasi sebegitu, pastinya anda akan naik angin sedikit bukan?


Tapi sebelum marah-marah tu suami-suami semua bertenang dahulu. Pastinya ramai yang menyangka isteri di rumah tu dari pagi sampai petang tidak ada apa-apa urusan untuk diselesaikan. Maaflah ya, semua sangkaan anda itu kurang tepat. Banyak sebenarnya urusan mereka ini, memang tak habis-habis dari pagi sampai ke malam.

Tak percaya? Cuba anda ganti kerja mereka di rumah selama 2 hari. Mungkin persepsi anda nanti akan berubah. Kalau tak percaya juga lagi, anda bacalah dulu artikel di bawah ini yang dipetik dari sumber http://www.quickmeme.com/p/3vwndh. Bukan apa, kita ni kalau mat saleh yang cerita, lebih mudah untuk kita percaya.

Guy thinks his wife does nothing all day, then this happens...

Guy thinks his wife does nothing all day, then this happens... -   Misc


Seharusnya kita bersyukur di atas kesudian isteri berhenti kerja untuk menjawat jawatan suri rumah sepenuh masa. Bagi isteri yang bekerja di rumah oula, tidak kiralah terlibat dengan MLM, perniagaan internet dan sebagainya, mereka juga perlu masa untuk menangani urusan tersebut. Itu tidak termasuk urusan kerja rumah dan melayan anak-anak lagi. Berterima kasih lah kepada isteri ini yang sanggup membanting tukang untuk membantu beban para suami dalam menyediakan perbelanjaan yang cukup untuk keluarga masing-masing.

Jadi lepas ni , kalau rasa nak marah isteri sebab banyak kerja rumah tak siap, ingatlah tulisan dalam artikel ini ya.

Sunday, May 18, 2014

Macam mana nak seimbangkan akaun perniagaan?

Hujung minggu ni berkesempatan pulang ke Bukit Mertajam, rumah mertua. Anak-anak rindu nak main dengan tok dan tok wan mereka. Saya dan isteri pun berkesempatan nak melihat ahli keluarga terbaru, Ayra Rise Khadijah, anak kepada adik isteri saya.
Selepas mengunjungi rumah adik ipar di batu kawan, kami pun singgah ke sebuah gerai makanan di simpang empat. Gerai itu merupakan antara gerai pilihan saya kerana kesedapan rojak pasembur yang dijualnya. Malahan gerai itu turut menjual aneka jenis makanan lain seperti.laksa, mee kuah dan sebagainya.
Seronok melihat gerai perniagaan orang kampung yang maju. Gerainya sederhana tetapi bersih, lantainya disimenkan dan berbumbung kanopi kenduri kahwin. Turut tersedia kawasan parkir kereta bersebelahan memudahkan orang berkunjung. Rata-rata ahli keluarganya sendiri yang bekerja di situ.
Itulah keindahan dan kelebihan perniagaan kecil dan sederhana. Walau bagaimanapun perniagaan kecil dan sederhana ini juga terdat kekurangannya. Kalau salah aturan, bisnes juga tidak boleh bertahan. Kelemahan biasanya ialah kesilapan pengurusan perakaunan perniagaan kecil ini.
Ramai yang menyalah anggap bahawa duit sendiri dan duit perniagaan itu bileh dicampur adukkan. Akibatnya perniagaan menghasilkan banyak jualan,tetapi keuntungan tidak seberapa. Malah dalam beberapa kes, peniaga turut mengalami kerugian. Lama-kelamaan tiaa modal pusingan untuk meneruskan perniagaan. Seperti saya, kesilapan yang biasanya terjadi ialah membelanjakan hasil jualan tanpa menolak kos perbelanjaan penghantaran,promosi dan modal barang itu sendiri.
Itulah pentingnya untuk memahami asas perakaunan dan perniagaan. Malah penting juga untuk turut mengasingkan akaun dan perbelanjaan perniagaan dan diri sendiri walaupun anda bekerja sendiri dan anda sahaja pekerjanya.
Jadi kalau anda mengalami masalah yang sama seperti di atas, jualan ada tapi tiada keuntungan bolehlah menghadiri kelas asas akaun.
Kelas asas akaun ini dianjurkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Kelas ini terdapat dalam dua bentuk iaitu online dan offline. Pendaftaran kelas offline bulan Jun 2014 masih lagi dibuka.
Untuk keterangan lanjut anda bolehlah ke laman web Akademi.Bekerja Di Rumah ataupun terus menghubungi saya melalui:

1. sms/whatsapp: 017-4816770


Jom kita mendaftar sama-sama. InsyaAllah lepas belajar ilmu baru akaun ni kita boleh mula meningkatkan keuntungan perniagaan. Malah turut memudahkan kita menguruskan akaun dan perbelanjaan harian dan perniagaan kita.
Tak percaya tak apa,buat sahaja. InsyaAllah hasilnya pasti tiba.

Saturday, May 17, 2014

Teknik Menyelesaikan masalah

Masalah,masalah,masalah. Tak pernah habis dengan masalah. Di majalah-majalah dan internet pun penuh dengan pelbagai artikel mengenai penyelesaian masalah. Rancangan televisyen pun banyak yang menawarkan mengenai penyelesaian masalah. Masalah kewangan,masalah kesihatan, masalah negaa dan pelbagai cabang permasalahan lagi. Tapi mengapa rancangan sebegini dan pembacaan sebegini menarik begitu banyak permintaan ramai?

Ini disebabkan seorang manusia tak pernah lepas dari masalah. Malah manusia juga sering memikirkan masalah sehinggakan acapkali terlupa memikirkan penyelesaiannya.

Situasi 1:

Seorang ibu terpaksa berhenti kerja setelah melahirkan anak kerana tidak ada orang yang boleh menjaga anaknya dan harus menjaga anaknya sendiri. Kalau dilihat pada masalahnya mungkin hanya ternampak akan kuranglah punca pendapatan keluarga disebabkan si ibu terpaksa berhenti kerja. Tetapi kalau fokus pada penyelesaiannya mungkin si ibu boleh menampung kembali pendapatannya yang hilang. Daripada merungut dan mengeluh terpaksa berhenti kerja mungkin si ibu ini boleh melakukan aktiviti yang mendatangkan pendapatan kepada beliau melalui pengalaman si ibu ini menjaga dan mengasuh anak beliau. 

Si ibu melalui pengalaman menyusukan bayi beliau telah melakukan 3 perkara ini:


i) menulis tentang petua menyusu dan menambahkan susu badan

ii) menjual supplement (makanan tambahan) untuk menambah susu 
iii) menjual baju menyusu yang mesra ibu menyusu

Daripada masalah, belau telah menukarkan masalah tersebut kepada peluang menambahkan pendapatan beliau.



Situasi 2

Seorang ayah hendak menyewakan sebuah rumah, tetapi rumah itu masih belum tersedia dengan grill (jeriji keselamatan). Setelah membuat tinjauan kedai grill meletakkan harga RM 5000 dan tempoh 25 hari untuk menyiapkan grill tersebut. Manakala si ayah memerlukan masa 15 hari untuk grill disiapkan dan modal yang ada hanya RM 3000. Daripada merungut dan menyalahkan kedai, si ayah telah membeli mesin welding (kimpalan) dan besi lalu membuat sendiri grill. 


Hasilnya beliau berjaya menyiapkan dan memasang grill tersebut dalam masa yang beliau inginkan dan di bawah modal yang beliau ada. Bonusnya penduduk sekitar mula menempah grill daripada beliau dan beliau mula mendapat hasil yang konsisten dan menguntungkan.

Jadi fikirkan dan pilihlah anda nak jadi insan yang macam mana? Sekadar merungut dengn masalah yang melanda atau bijak menukarkan masalah kepada peluang dan penyelesaian.


Fokus pada masalah, belum bermula sudah kalah,masalah pula bertambah parah, Separuh jalan terus menyerah. Fokus pada penyelesaian, barulah nampak jalan, minta doa pada tuhan, InsyaAllah diperkenan.

Tak percaya tak apa, buat sahaja. InsyaAllah ada hasilnya.


Thursday, May 15, 2014

Bekerja sendiri vs Makan Gaji

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah masih berkesempatan menulis dan berkongsi serba sedikit dengan anda walaupun mengalami beberapa bentuk ujian dan cabaran. Komputer tidak sihat, masalah talian internet terhad dan sebagainya. Biasalah itu bagi orang yang baru nak berjinak-jinak nak bekerja di rumah, 2 perkara tersebut memang merupakan nadi utama. kalau salah satunya bermasalah, maka akan tergannggu gugat juga urusan nanti.

Kali ini saya nak mengulas sedikit tentang perbezaan bekerja di rumah/meniaga dan kerja makan gaji. Kenapa saya nak mengulas ni sebab saya rasa menarik nak membincangkan 2 perkara panas yang sedang hangat dibicarakan di laman FB saya. Dahulunya saya juga agak rimas dengan kenyataan-kenyataan peniaga-peniaga di laman FB ini. Ialah asyik promosikan produk jualan mereka sahaja. Macamlah produk mereka itu yang terbaik sekali. Entah-entah mereka sendiri pun tak pernah guna produk tersebut. Tapi itu dulu, sewaktu saya kerja makan gaji sahaja. Tetapi apabila saya sendiri berkecimpung dalam dunia perniagaan kecil ini, persepsi saya mula berubah. 



Kenapa saya katakan begitu?

1. Bila bekerja sendiri ni lebih banyak masa dapat diluangkan dengan keluarga.
2. Ada pilihan untuk tak bersesak-sesak ke tempat kerja.
3. Ada pilihan untuk menjadikan rumah sebagai pejabat. Lebih selesa. Pakaian pun ikut suka. Macam saya ni memang tak minat nak pakai pakaian pejabat. jadi kalau ada peluang nak bekerja dengan pakai kain pelikat dan -T shirt memang menarik sangat.
4. Ganjaran itu adalah 100% untuk kita.
5. segala keputusan dan tindakan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak perlu menghadapi prosedur dan birokrasi di pejabat.
6. Masa bekerja adalah fleksibel.
7. Bebas melakukan kerja di mana-mana yang kita suka dan tak semestinya terperap di dalam kubikel tempat kerja.

Namun dalam banyak-banyak keseronokan itu ada juga kelemahan bekerja sendiri ni seperti:

1. Displin kena tinggi, kalau tak displin mungkin langsung tiada pendapatan.
2. Pendapatan tidak tetap dan berantung kepada hasil jualan setiap bulan.
3. Segala kemudahan insuran, kad medikal , caruman KWSP dan lain-lain kemudahan harus disediakan sendiri kerana andalah majikan dan juga pekerja.
4. Kena selalu memotivasikan diri dan tidak boleh malas-malas kerana mungkin akan menyebabkan perniagaan rugi.Kalau tidak bermotivasi, susah untuk menggerakkan perniagaan.
5. Kena mempunyai aturan dan perancangan yang sangat bagus. Kalau makan gaji , hanya perlu ikut sahaja apa yang pihak atasan arahkan dan tetapkan.
6. Untuk bermula sangat susah, kadang kala 2 hingga 3 tahun pertama masih lagi bergelut untuk hanya menstabilkan perniagaan. Berbeza dengan kerja makan gaji kerana syarikat memang sudah dikenali.
7. Sukar untuk membuat pinjaman dengan pihak Bank.
8. Tiada istilah cuti.
9. Kalau tak pandai menguruskan akaun, akhirnya akan rugi walaupun keuntungan tinggi.


Sekarang jom lihat apa pula kebaikan kerja makan gaji:

1. Setiap bulan dapat pendapatan tetap.
2. Ada bonus
3. Ada caruman KWSP, perlindungan insuran, kad medikal dan lain-lain kelebihan.
4. Ada cuti.
5. Kerja 8 jam sehari
6. Sudah mempunyai tugasan tertentu untuk disiapkan (kebanyakan orang)
7. Mudah membuat pinjaman bank
8. Kerja yang terjamin

Kelemahannya pula:

1. Kalau di bandar besar, kebiasaannya terpaksa menghadapi kesesakan lalulintas untuk ke tempat kerja
2. Cuti bergantung kepada kebenaran majikan.
3. Kurang masa bersama keluarga (tapi boleh diluangkan di hujung minggu)
4. Walaupun kerja 8 jam sehari tapi mungkin terpaksa bekerja lebih masa tanpa bayaran untuk menyiapkan tugas
5. Pendapatan tetap dan kenaikan yang tidak banyak setiap tahun
6. Boleh menjadi stres kalau mendapat majikan yang tidak sesuai dan persekitaran kerja yang kurang selesa.

Ini adalah di antara kelebihan dan kelemahan kerja makan gaji dan bekerja sendiri yang dapat saya senaraikan. Macam sekarang ni saya makan gaji dan sudah mula mengorak langkah untuk bekerja sendiri. Jadi saya amat memahami kelemahan dan kelebihan kedua-dua perkara ini. Masing-masing ada pilihan masing-masing. Tidak salah pun untuk kerja makan gaji ataupun bekerja sendiri. 

Tak perlu sampai berperang besar untuk menegakkan pilihan masing-masing. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihannya sendiri. Yang makan gaji kenalah cuba faham orang yang bekerja sendiri dan begitu juga sebaliknya. Masing-masing hendak mencari rezki yang halal. Jadi apa pun pilihan yang anda buat buatlah dengan berhemah. Kerjalah dengan jujur untuk mendapat keberkatan. Jangan malu dengan pekerjaan anda, yang penting biarlah pekerjaan anda itu halal.

janganlah menggunakan kelemahan orang lain sebagai kekuatan diri sendiri. Tak perlu juga mencaci pilihan orang lain walaupun kita rasa pilihan kita lebih bagus. Nasihatilah atau tegurlah mereka dengan baik dan berhemah. InsyaAllah pekerjaan kita sama ada makan gaji ataupun bekerja sendiri akan mendapat lebih keberkatan.

Tak percaya tak apa, buat sahaja. InsyaAllah hasilnya pasti tiba.


Wednesday, May 14, 2014

Playdoh buatan rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga. Seronok juga kalau cuti-cuti ni boleh bawa anak-anak.beriadah ke taman tasik, taman permainan dan sebagainya.

Tapi memandangkan hujan kerap turun sekarang, kena banyak melakukan aktiviti di dalam rumah. Tapi budak-budak ni cepat jemu dan bosan melakukan perkara rutin dan berulang-ulang. Jadi ibu bapa kenalah lebih kreatif untuk mencipta aktiviti bermain dengan anak-anak di rumah.

Alhamdulillah saya beruntung dapat isteri yang kreatif, macam-macam permainan dia reka dengan anak-anak. Jadi lebih mudah untuk saya, hanya perlu melayan dan bermain bersama anak-anak. Terbaharu, anak sulung kami asyik meminta untuk dibelikan set permainan playdoh. Risau juga nak belukan sebab anak-anak kecil lagi, takut mereka makan sahaja dan jadi tak selamat untuk mereka. Nasib baiklah isteri ni pandai merekacipta. Suatu hari ni isteri saya pun buatkan playdoh ciptaan rumah untuk anak-anak saya. Saya pun tak pasti sangat bahan-bahannya, yang saya ingat dia kata tepung,minyak masak, garam, krim tartar dan pewarna. Kalau nak tahu cara nak buat,nanti saya tanyakan. Beliau pun tak menceritakan secara terperinci kepada saya. Kata beliau, gaul-gaul, panaskan atas api, letak pewarna dan siap. :) Menariknya playdoh buatan rumah ini selamat. Jadi kalau anak-anak ni makan pun InsyaAllah tiada masalah.

Jom tengok sikit macam mana rupa bentuknya playdoh buatan isteri saya ni.







Seronok tengok anak-anak seronok bermain dan menzahirkan kreativiti mereka masing-masing. Set pembuatan playdoh tu pula ihsan mak ngah & pak ngah mereka. Untung juga jadi anak yang dekat-dekat nak akhir ni. Banyak barang kepunyaan anak-anak saudara yang boleh diguna pakai semula.





Sebenarnya tak semestinya mengeluarkan belanja besar dan membelikan permainan yang mahal untuk menggembirakan anak-anak. Hanya perlu lebih kreatif dan kerapkan meluangkan masa sahaja bersama mereka. Anak-anak ini mereka nak kita ada sahaja dengan mereka.

Tak percaya tak apa,buat sahaja. InsyaAllah pasti ada hasilnya.

Thursday, May 8, 2014

Ibu bergaji RM 30000 sebulan

"Apa? Gaji RM 30,000 sebulan? Kalau nak minta gaji pun biarlah berpadanan dengan kerja dan pengalaman. Lulusan ijazah baru macam awak ni mana mungkin dapat RM 30,000, RM 3,000 pun belum tentu". Berdasarkan dialog ini anda rasa mustahil tak untuk lulusan ijazah yang baru hendak mula bekerja meminta gaji sebanyak itu? Pastinya mustahil bukan.

Tapi kali ini saya nak kongsikan satu perkerjaan yang minima gajinya ialah RM 30,000 sebulan. Kalau anda lulusan ijazah baru pun boleh dapat gaji RM 30,000 ini. Malah anda yang tidak mempunyai kelulusan ijazah juga mampu memperolehinya. Yang pasti ini bukanlah suatu bentuk penipuan atau skim cepat kaya. Sumber gaji untuk pekerjaan ini adalah hasil kajian pihak salary.com.

Jadi kalau anda nak tahu, saya nak bagitahu. Pekerjaannya ialah menjadi seorang ibu. Bukan ibu ayam ya, ini ibu betul-betul. Mengikut kajian pihak salary.com pada tahun 2013, gaji sepatutnya untuk seorang ibu ialah  RM 370,881. Banyak kan? Kenapa pula boleh banyak macam tu? Kalau anda rasakan tugas ibu itu mudah anda mungkin silap.

Berdasarkan artikel 'here's a pat on the back' tulisan Lydia Teh terbitan akhbar The Sun bertarikh  6 May 2014, menurut kajian, rata-rata seorang ibu (suri rumah) menghabiskan masa sebanyak 14.4 jam seminggu sebagai pembantu rumah. Malah 14 jam untuk memasak, 13.3 jam sebagai pengasuh/pengajar dan 10.8 jam sebagai pengurus rumah. Manakala 8.9 jam sebagai operator komputer, 8 jam sebagai pemandu teksi, 7.8 jam sebagai tukang cuci, 7.3 jam sebagai psikologis, 6.2 jam sebagai operator dobi dan 3.3 jam sebagai CEO (Ketua Pegawai Eksekutif).


                                     CEO & GM keluargaku

Cuba anda hitung, dalam seminggu cuma ada 168 jam. Daripada 168 jam itu, 94 jam dihabiskan untuk melakukan kerja-kerja rumah dan sebagainya. Tinggal 74 jam sahaja masa untuk dirinya sendiri dan jikalau ditolak masa tidur, maka tinggallah 32 jam sahaja masa untuk diri mereka sendiri. Itupun tidak termasuk beberapa perkara lain. 

Besar sebenarnya tanggungjawab ibu ini. Tapi tanggungjawab yang besar ini dengan tenang sahaja mereka ini melakukannya dengan ikhlas. Jadi para suami dan bapa-bapa di luar sana tu, janganlah ingat isteri anda yang duduk di rumah atau kerja di rumah tu hanya duduk berehat dan tidak melakukan apa-apa. Saya dah berkesempatan mencuba mengambil alih tugasan isteri dalam mentadbir rumah tangga dan menjaga anak-anak selama beberapa hari semasa isteri tiada di rumah. Hasilnya memang memenatkan dan tak berhenti-henti. Ada sahaja urusan dan kerja yang harus diselesaikan.

Kalau tak percaya juga anda kena baca buku ini pula.


Jadi hormatilah ibu bapa tidak kira apa pekerjaan mereka. Kalau anda rasa anda hebat, sebenarnya ibu bapa anda yang lagi hebat kerana merekalah yang membentuk anda menjadi insan hebat pada hari ini. Kata pepatah, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Sayangilah ibu bapa, hormatilah mereka dan selalulah mendoakan kebahagian dan kesejahteraan mereka. Kalau nak lebih lagi, jadilah anak yang soleh dan solehah supaya doa kita boleh dikirim kepada mereka apabila mereka sudah tiada nanti.

Sayangi dan fahami suami dan isteri yang bekerja di rumah atau pun menjadi suri rumah atau sura rumah (housedad) sepenuh masa. Kerana masa dan tanggungjawabnya juga adalah terhad dan sukar seperti anda yang bekerja di pejabat. Perkahwinan satu perkongsian, jadi sama-samalah berkongsi tugasan untuk meringankan beban pasangan masing-masing. Ingatlah tugas menjaga mendidik dan mentarbiah anak-anak seharusnya kerja bersama ibu bapa. Bukannya harus diletakkan pada bahu ibu atau bapa sahaja. Keluarga ini satu pasukan dan bukannya satu individu sahaja. 

Tak percaya tak apa, buat sahaja. InsyaAllah hasilnya akan tiba.


Saturday, May 3, 2014

DIET Seimbang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kesempatan cuti hari pekerja ini, mungkin ada yang mengambil cuti pada hari jumaat untuk bercuti lebih lama dan pulang ke kampung masing-masing. Saya sendiri tidak terlepas berbuat demikian. Cuti kali ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk pulang ke kampung menemui ibu dan ayah.

Apabila sesekali pulang ke kampung, pastinya saya mengambil kesempatan untuk makan makanan di kampung.  Mengikut nasihat, saya mengamalkan diet seimbang. Cuma masalahnya diet saya ini sedikit berbeza yakni, diet (did i eat that?).

Mana tidaknya, apabila pulang ke kampung, semuanya nampak.sedap. Ditambah pula dengan harga yang sangat murah berbanding dengan harga di Kuala Lumpur, membuatkan saya jadi rambang mata dengan makanan.
Pada anda yang juga ada mengamalkan diet seperti saya ini, haruslah lebih berhati-hati supaya kesihatan diri tidak terjejas.

Ingatan terhadap diri sendiri, janganlah makan berlebihan dan jangan membazir. Marilah kita ikut sunnah rasullullah s.a.w dalam cara makan dan apa yang baginda makan. Malah marilah kita ikut cara hidup rasulllullah s.a.w.

Tak percaya tak apa, buat sahaja, insyaAllah hasilnya tiba.

Thursday, May 1, 2014

Kenapa jadi WAHD

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat hari pekerja diucapkan kepada semua. Tapi bagi isteri saya, seorang WAHM sepenuh masa, cuti pun kerja berjalan seperti biasa.Begitu juga dengan ibu dan bapa kerana tugas keibubapaan adalah pekerjaan sepenuh masa.
Terima kasih para ibu bapa yang tak pernah berhenti dengan tugas keibubapaan yang diamanahkan oleh Allah s.w.t.

Apabila saya mempunyai anak barulah sedar yang tugasan untuk menjaga anak-anak ini bukan sesuatu yang mudah. Sekarang ini baru saya faham apa yang emak saya selalu katakan " nanti ko dah ada anak sendiri nanti, ko tahulah".  Memang  betul kata mak, barulah saya faham betapa pekerjaan paling mencabar ialah menjaga,membesarkan dan mendidik anak-anak.
Memandangkan saya masih lagi bekerja, pastinya tugasan untuk menjaga dan mendidik anak-anak terpaksa diserahkan kepada isteri hampir seratus peratus. Terima kasih kepada isteri yang memahami.

Keletihan disebabkan perjalanan.pergi dan pulang dari tempat kerja dan masa yang dihabiskan di pejabat terkadang membuatkan saya sedikit kurang sabar untuk melayan anak-anak apabila pulang ke rumah. Saya tahu anak-anak hanya mahukap perhatian, tetapi kadang-kadang sukar nak menahan kemarahan dengan kerenah anak-anak yang.lincah dan cergas ini.

Akhirnya diri sendiri yang akan merasa bersalah dan tertekan kerana anak-anak yang menjadi mangsa melepaskan kegeraman dan kemarahan. Tidak cukup dengan itu, diri sendiri yang merasakan betapa berhutangnya saya dengan anak-anak. Ya, hutang masa berkualiti dengan anak-anak. Hutang emas boeh dibayar, hutang budi dibawa mati. Tetapi hutang masa dengan anak-anak sendiri tiada dapat diganti dan dilunaskan.

Disebabkan itu saya sedang mencuba untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak. Sasaran asal selewat-lewatnya menjadi WAHD sepenuh masa pada pertengahan tahun hadapan. Terlahirnya blog ini juga sebagai perkongsian dan panduan kepada mereka yang seangkatan dengan saya. Yang penting kena yakin bahawa kita akan dapat mencapai sasaran kita dan Allah akan sentiasa membantu kita.

Jadi sama-samalah kita tingkatkan amalan rohani kita dan usaha kita.

Tak percaya tak apa, buat sahaja InsyaAllah ada hasilnya.

Sunday, April 27, 2014

Tahu Tapi Tak Mahu - Rahsia Tahajud

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bertemu lagi kita pada entri kali ini. Kali ini saya nak berkongsikan mengenai kelebihan bersolat tahajud. Alhamdulillah sebagai umat Islam, terlalu banyak senjata dan kelebihan kita yang dikurniakan oleh Allah. Oleh itu sama-samalah kita menggunakan kelebihan dan senjata yang telah dikurniakan itu. InsyaAllah banyak manfaat yang akan kita perolehi.


TAHAJUD (SOLAT MALAM)- DARI PERPEKSTIF PERUBATAN 

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, kebiasaannya pada tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
 
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam 
mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam, begitu juga beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini. 

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD 

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray 
Meddis, seorang profesor di Jabatan Sains Kemanusiaan, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagikan kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap (deep sleep). Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap. Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap. Mengikut kajian saintis Barat, tidur yang mencukupi ialah selama tiga jam. 

Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita 
tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari mereka akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian 
mereka ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan. 

Mengikut kajian ahli perubatan Barat, sebelum kita merasa hendak tidur,
mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ). Pada waktu ini suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh melatih diri kita untuk tidur bila perlu. 

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT 

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan 
mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Apabila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep." 
Maksudnya "Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur."

"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden 
fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow

Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak 
didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada 
waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. " Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka. 


Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur?

Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita. Ini dapat membantu kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. 

Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita. Ini akan menyegarkan badan dan melancarkan pergerakan darah. Kedua-dua oksigen dan pergerakan otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga keesokan harinya. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak dapat merasai nikmat oksigen ini. 

Oleh itu marilah kita lakukan ibadat solat tahajud ini sebagai tambahan kepada amalan wajib. Banyak kebaikan yang akan kita dapat melaluinya.

Tak percaya tak apa, buat sahaja, InsyaAllah hasilnya akan tiba.

Saturday, April 26, 2014

10 Tips Melariskan Perniagaan Internet - Bahagian lima (Elakkan Menjadi Tamak Ilmu)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Dalam bahagian lima, 10 tips melariskan perniagaan internet ini, saya ingin berkongsi tentang elakkkan diri menjadi tamak ilmu.

Menuntut ilmu itu boleh, tetapi biarlah berasas dan melalui proses yang betul. Apabila dah belajar sesuatu ilmu, ilmu itu haruslah dipraktikkan. Dalam Islam juga asda menyebut supaya mengamalkan ilmu yang kita pelajari dan menyampaikan ilmu yang berguna tersebut kepada orang lain.

Masalah bagi orang baru seperti saya ini, ialah terlalu tamak nak menuntut dan memantapkan ilmu perniagaan internet. Tambahan pula kerana menyangka dengan mempersiapkan diri terlebih dahulu dengan membeli produk-produk perniagaan internet dapat membantu memajukan perniagaan yang diceburi. Belajar itu boleh, tetapi kalau terlalu asyik belajar tanpa diamalkan apa yang dipelajari, bagaimana pula hendak berjaya. Akhirnya unit setoran keras (hard disk) anda sahaja yang penuh dengan pelbagai ebook dan perisian (software) internet sahaja. 


Sama juga seperti saya, asyik teringin memantapkan ilmu dengan membeli pelbagai ebook yang hangat di pasaaran, tetapi yang betul-betul saya rujuk dan gunakan ilmunya hanyalah sedikit sahaja. Menurut saudara Derek GEHL , salah seorang pakar perniagaan internet terkenal di dunia, jangan ambil nota tetapi ambil tindakan. Ini kerana tindakan yang akan mendatangkan hasil dan keuntungan. 


Tetapi berhati-hati juga, bukan apa, kalau dah terlalu pantas mengambil tindakan juga boleh mendatangkan masalah. Apabila terlalu cepat nak meraih keuntungan, pelbagai teknik dan program pula akan dicuba pada satu-satu masa.

Disebabkan itu, ramai yang tidak dapat fokus kepada satu cara sahaja. Mereka terpengaruh dengan promosi yang mengatakan teknik – teknik tersebut berkesan. Ini menyebabkan mereka mahu mencuba dan terus mencuba tanpa menumpukan kepada satu teknik sahaja. Mereka mungkin bermula sebagai affiliate, tetapi terpengaruh pula dengan adsense kerana dengan hanya klik sahaja anda sudahpun mendapat wang. Jadi, mereka tinggalkan program affiliate sekerat jalan dan menyertai adsense. Belumpun sempat sukses dengan adsense, mereka teruja pula dengan kaedah menjual web di flippa.com. Maka, adsense ditinggalkan dan mula menumpukan kepada penjualan web. Keadaan begini berterusan, akhirnya, tiada hasil yang dicapai.

Sebaik – baiknya, fokuskan kepada satu teknik terlebih dahulu. Sebagai contoh, anda memilih affiliate sebagai teknik untuk menjana wang di internet. Maka, tumpukan sepenuhnya terhadap teknik affiliate seperti mendapatkan ebook – ebook berkenaan affiliate, menyertai seminar affiliate ataupun berguru secara langsung dengan pakar – pakar affiliate. Abaikan dahulu emel atau promosi yang anda terima tentang teknik lain. Teruskan mempelajari serta mempraktikan affiliate sehinggalah anda mencapai kejayaan yang anda impikan. Kemudian, barulah anda boleh beralih ke teknik lain dan lakukan perkara yang sama. Buat dan praktikkan sehingga berjaya sebelum mempelajari teknik yang baru.

Akhir kata, selamat maju jaya. Diharap perkongsian saya ini akan dapat menjana idea dan membantu anda meningkatkan jualan.

Tak percaya tak apa, buat sahaja. InsyaAllah ada hasilnya.



Anda juga mungkin meminati