Showing posts with label Tips menarik trafik. Show all posts
Showing posts with label Tips menarik trafik. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

Memanfaatkan produk percuma

Kesinambungan entri saya sebelum ini mengenai peluang memanfaatkan produk percuma sebagai pembantu perniagaan kita. Tidak kisahlah kita nak gunakan produk percuma sebagai bantuan promosi, mendapatkan trafik, ataupun sebagai medium menjual barangan anda di internet.

Kali ini saya nak kongsikan satu cara mudah untuk mempromosikan jenama anda di internet secara pasif ataupun secara lemah gemalai =). Anda boleh buat entri-entri motivasi, informasi dan sebagainya. Kalau sekadar entri motivasi mungkin dah ramai orang buat. Jadi untuk kelainan sedikit anda boleh buat entri gambar-gambar motivasi macam yang saudara Irfan Khairi dan Dato' Dr Haji Fadzillah Kamsah selalu buat tu.

Mudah sahaja. Jom lihat video tutorial langlah-langkah untuk membuat poster motivasi secara percuma. 


Dah pun siap. Mudah bukan. Dah siap jangan lupa kongsikan di media-media sosial sebagai tujuan promosi.

Selamat mencuba.

Berminat nak tahu lebih banyak produk percuma yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan perniagaan dan juga pemasaran serta promosi?

Friday, June 27, 2014

Teknik Bisnes Online - Teknik meningkatkan trafik dan menarik trafik ke laman web dan blog - Tips no 2

Selamat datang ke Blog Diari WAHD.

Untuk kali ini, saya nak kongsikan pula tips nombor 2 untuk meningkatkan dan menarik trafik ke laman web anda:

Memberi ebook percuma artikel yang terkandung dalam blog anda dan subjek niche kemahiran anda pastinya akan digemari oleh pembaca. Jangan lupa selitkan alamat laman web anda di dalam ebook tersebut. Benarkan pembaca anda untuk mengedar semula dan menukar halaman depan ebook tersebut dan meletakkan nama mereka sebagai pengarang ebook tersebut. Benarkan juga pembaca anda mengedarkan ebook tersebut secara percuma. Bukan sahaja artikel tulisan anda akan mendapat pendedahan, malah anda mungkin dapat sumber trafik yang baru dari pembaca anda.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pemasaran yang baik ialah bukannya hanya menjual produk yang kita hasilkan, tetapi sebaliknya mengetahui dan memahami apa yang kita hasilkan. Ianya adalah suatu teknik dan proses dalam mengenalpasti dan memahami kehendak dan keperluan pelanggan dan memberikan penyelesaian kepada masalah pelanggan anda. Pastikan para pelanggan anda mendapat kepauasan dengan produk dan servis yang anda tawarkan.

Ingin memulakan perniagaan tetapi tidak ada modal yang banyak, tidah tahu mahu berniaga apa dan tidak ada produk sendiri? PM saya segera di Facebook: www.facebook.com/ahmadshahrin.manuar untuk saya berikan keterangan lanjut. Pelbagai peluang perniagaan untuk anda. Anda hanya perlu pilih pakej yang sesuai untuk anda sahaja. 

Teknik Bisnes Online - Teknik meningkatkan trafik dan menarik trafik ke laman web dan blog

Baru-baru ini berkesempatan kembali memberi tumpuan kepada proses kemaskini blog. Buat sedikit kajian dan carian, memang banyak carian mengenai cara untuk menarik trafik dan meningkatkan trafik ke laman web ataupun blog. Tidak mudah untuk mendapatkan trafik pada permulaan awal sebuah blog apatah lagi nak mendapatkan trafik berkualiti ke blog kita. Sebagai pendatang baru, saya amat memahami kesukaran menarik blog ke trafik ini. 

InsyaAllah mulai hari ini, saya nak kongsikan sedikit sebanyak tips bisnes online untuk menarik trafik dan menambahkan jumlah trafik ke blog dan laman web anda. 

Tips meningkatkan dan menarik trafik ke laman web anda:

1. Berikan informasi yang berguna dan kongsikan topik-topik yang dapat membantu orang lain seperti teknik membuat blog. Pastikan anda kongsikan maklumat tersebut secara percuma. Lebih bagus sekiranya anda memberikan informasi atau berkongsi tentang subjek atau topik yang berkaitan dengan produk atau servis yang akan anda tawarkan. Dengan cara ini, pembaca akan lebih mengenali dan mempercayai anda. Buatlah hubungan dengan pembaca anda. Apabila sudah dapat kepercayaan, mereka pun lebih yakin untuk membeli dengan anda kerana yakin dengan pengetahuan anda di dalam subjek tersebut.

Apabila perkongsian informasi atau teknik sesuatu subjek itu sudah selesai, anda boleh membuat 'follow up' dengan memberikan ebook percuma kepada pembaca-pembaca anda. Tidak perlu terlalu kerap, mungkin beberapa bulan sekali sudah mencukupi. Sentiasa berkongsi produk yang bagus yang mana anda pasti produk itu bagus dan bukan sekadar beriklan kosong sahaja. Apabila produk percuma anda itu bagus, pastinya pembaca anda akan turut menyebarkan produk tersebut kepada rakan-rakan mereka. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Janganlah beriklan apa yang anda tidak mahu keluarga anda baca atau beli.
Anda pastinya tidak mahu berbohong kepada keluarga anda atau isteri atau suami anda sendiri, Jadi jangan beritahu perkara bohong kepada para bakal pelanggan atau pelanggan anda.

Selamat mencuba

Ingin belajar teknik menulis blog dan asas penulisan? Hubungi saya melalui facebook: www.facebook.com/ahmadshahrin.manuar untuk keterangan lanjut.



Anda juga mungkin meminati