Friday, April 4, 2014

Rasa Malu


Salam sejahtera. Teringat dulu, sewaktu berbual-bual bersama isteri, tiba-tiba beliau mengajukan satu ungkapan. "Abang, sayang rasa malulah dengan kawan-kawan sayang yang lain. Mereka semua ada kerja yang hebat. Berpeluang menjawat jawatan yang hebat. Berpeluang pergi ke luar negara dan bermacam-macam lagi. Sedangkan sayang hanya seorang suri rumah rumah sahaja".

Saya tersenyum kelat. Tersentak dengan pernyataan dan rintihan isteri saya. Bila kena menghadapi situasi spontan seperti ini, agak sukar untuk terus menjawab. Saya menarik nafas sedalam-dalamnya. Setelah menghembuskan nafas, saya berkata kepada isteri, "Sayang, tak perlu pun untuk merasa malu untuk menjadi suri rumah. Pendidikan sayang hebat. Sayang mempunyai ijazah sarjana. Sayang sendiri orang yang hebat, WAHM sepenuh masa. Malahan sayang mampu memberikan duit belanja untuk mak dan bapak di kampung lagi. Seharusnya sayang merasa bangga kerana sayang seorang suri rumah yang ada ijazah sarjana. Malahan sayang berpeluang mendidik dan menjaga bakal-bakal insan hebat suatu hari nanti".

Nampak sedikit kelegaan di wajah isteri. Pepatah lama ada menyebut, tangan yang menghayunkan buaian itu mampu menggegarkan dunia. Sehebat-hebat manapun seseorang itu, hebat lagi ubu bapanya kerana berjaya mendidik dan menghasilkan seorang insan yang hebat. 

Bagi saya yang semakin serius nak menjadi WAHD sepenuh masa ini, saya memang tidak rasa malu sekiranya nanti berpeluang menjadi WAHD. Malahan saya akan merasa sangat berbangga kerana berpeluang bekerja di samping keluarga saya di rumah. Malahan jika bernasib baik, mungkin saya akan menjadi pelopor WAHD di Malaysia ini. Cuma kalau isteri dipanggil suri rumah, suami yang duduk di rumah akan dipanggil apa? sura rumah?

Suri rumah juga merupakan suatu pekerjaan. Pekerjaannya itu pula bukanlah seperti waktu pejabat, tetapi 24 jam tanpa henti. Kalau tak percaya anda boleh cub aambil tugas suri rumah daripada isteri anda setiap hari minggu. Ada sesiapa sanggup sahut cabaran? =)

Untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai WAHD dan penjagaan anak-anak dari pandangan seorang ayah, sila lawati:


No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati