Tuesday, May 27, 2014

Peluang Perniagaan Dan Menjana Pendapatan Hanya Dari Rumah

Kadar hidup yang tinggi di bandar besar membuatkan kebanyakan ibu-bapa bekerja bagi menampung kos kehidupan yang makin meningkat setiap tahun. Kos peningkatan harga petrol, barang runcit, penjagaan anak dan sebagainya menambahkan lagi beban yang sedia ada. Tambah merunsingkan apabila salah seorang daripada suami atau isteri terpaksa berhenti kerja atau diberhentikan kerja.


Kalau anda mengalami masalah di atas, mungkin info yang terkandung di dalam entri ini akan dapat membantu anda untuk memulakan langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk menambah pendapatan hanya dari rumah.

Terdapat banyak peluang perniagaan ataupun program-program yang ditawarkan baik secara online ataupun offline. Di antara program yang boleh anda cuba untuk menambahkan pendapatan ialah melalui aktiviti dropshipping. Melalui aktiviti dropshipping ini anda tidak perlu menyimpan stok dan tidak perlu mengeluarkan modal yang besar. Malah ada sesetengah program dropshipping tidak mengenakan sebarang yuran untuk menjadi ahli dropship produk mereka. Manakala sebahagiannya mengenakan sejumlah wang sebagai yuran pendaftaran dropship produk mereka. Antara kelebihan lain program dropshipping ini ialah anda tidak perlu mempunyai kedai sendiri. Anda hanya perlu mempromosikan produk dropship tersebut dan apabila pelanggan membeli melalui anda, syarikat akan menghantarnya terus kepada pembeli. Anda pula akan mendapat komisen daripada setiap produk yang terjual. 

Anda juga berpeluang menambah pendapatan melalui penjualan pakaian secara online dan offline. Anda boleh menjadikan rumah anda sebagai kedai atau pejabat butik anda beroperasi. Sebenarnya ianya tidak sesusah dan semahal yang disangkakan kebanyakan orang. Yang penting kena tahu cara memulakan perniagaan butik secara online/offline dan juga mendapatkan pembekal yang baik.






Selain itu anda juga boleh menjana pendapatan dari rumah melalui perniagaan makanan. Kalau ada kemahiran memasak, membuat kek dan pastri, pastinya anda boleh mencuba peluang perniagaan begini. Kerana makanan sememangya bidang perniagaan yang sentiasa penuh dengan permintaan. Tambahan pula sekarang ini dah dekat dengan hari raya, kalau anda buat bisnes kuih raya, insyaAllah akan mendapat sambutan hangat.

Tapi dah ramai sangat orang lain menceburi bidang yang sama, jadi macam mana nak bersaing dengan mereka. Nanti takut pula modal yang dilaburkan itu lebur pula. Memang tidak dinafikan kerisauan anda itu berasas. Saya pun sama. Tapi Alhamdulillah, jika betul gayanya, teknik pemasaran, usaha yang gigih dan bimbingan yang berterusan, semua itu dapat diatasi. Sebaik-baiknya dapat belajar dan fahami dulu sedikit sebanyak tentang program atau aktiviti menambah pendapatan yang ingin anda ceburi. Ramai yang sudah berjaya, ayuh mulakan langkah pertama anda untuk kita bersama-sama dengan mereka yang telah berjaya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang perniagaan dan menambah pendapatan dari rumah anda boleh terus menghubungi saya melalui:


emel: ahmadshahrin.mohamadanuar@gmail.com
sms/whatsapp: 017-4816770

facebook: www.facebook.com/ahmadshahrin.manuar




No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati