Tuesday, June 3, 2014

Ebook Alamak Anakku Beraksi Di Udara!!! (AABDU)

Sebagai menghargai semua pembaca dan pengunjung blog Diari WAHD, kami berbesar hati untuk memberikan sebuah ebook percuma yang berjudul Alamak Anakku Beraksi Di Udara!!! (AABDU).



Buku ini mengisahkan mengenai pengalaman saya dan isteri, Siti Noor Arfah menaiki kapal terbang dengan anak-anak kecil kami, Ahmad Aasim, Faheem Hassan dan Fahyeem Husin. Pelbagai kisah lucu yang berlaku di dalam setiap perjalanan, juga pelbagai kisah yang mencabar. Juga di dalam buku ini juga mengandungi Tips-tips menarik yang dapat membantu para ibu bapa untuk merancang perjalanan menaiki kapal terbang dengan anak-anak kecil.

Buku ini telah ditulis sepenuhnya oleh saya sendiri. Semoga perkongsian kecil di dalam buku AABDU ini dapat menghiburkan anda dan juga memberikan anda tips untuk bersedia merancang perjalanan dengan anak kecil.

Anda boleh muat turun buku ini dengan klik butang muat turun di bawah. Anda tidak perlu memberikan emel dan sebagainya. Hanya perlu muat turun sahaja. Selamat membaca dan terhibur.



No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati