Kalau ikut nak berjaya memang semua orang nak berjaya. Mana ada orang yang nak gagal. Tambah-tambah lagi para usahawan yang baaru nak bertatih macam saya ni. Semalam saya ada mendengar IKIM FM dan di antara rancangan mereka itu berkongsi tentang ciri-ciri usahawan yang berjaya. Ada tujuh kesemuanya. Saya akan cuba kongsikan sebanyak mungkin, mungkin tak sampai tujuh. Maaf kerana sedang memandu dan tidak dapat untuk membuat sebarang catitan sewaktu segmen tersebut disiarkan.
Ciri-ciri usahawan berjaya:
1. Carilah perniagaan yang boleh membawa kita ke Syurga.
Sebelum bermula pastikan perniagaan anda itu halal dari segi hukum syarak dan juga undang-undang negara. Sila klik untuk menyemak status perniagaan yang anda ingin ceburi atau yang sedang anda usahakan. Pastikan juga perniagaan itu tidak menipu orang lain.
2. Perlu ada 'apprenticeship'. Secara lebih ringkas kena membiasakan diri dengan apa yang kita ingin lakukan. Secara mudahnya kalau ada mentor yang dapat membimbing anda itu lebih baik. Lagipun 'blueprint' daripada mentor ini sudah tersedia biasanya tentang bagaimana mereka menjalankan perniagaan dan anda hanya perlu mengikut sahaja 'blueprint' mereka.
3. Mulakan dengan kecil tetapi bersama kerangka yang besar. Boleh mulakan dengan modal yang kecil seperti affiliate atau modal yang sederhana seperti menjadi rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) , perniagaan barangan kesihatan shaklee dan bisnes kad sim Tune Talk Excel. Kita tak perlu terus bermula dengan modal yang besar dan 'fortpolio' yang besar.
4. Jaga kebajikan orang di sekeliling anda. Sekiranya ada pekerja, jagalah kebajikan mereka. Jika tidak pastikan kebajikan ahli keluarga anda tidak terabai. Barulah keberkatan itu akan muncul.
5. Tetapkan dan kenalpasti matlamat yang anda ingin capai. Kalau anda sendr tidak pasti tentang keinginan dan matlamat anda, macam mana anda nak capai impian dan matlamat tersebut?
6. Jangan pernah putus asa dan selalu berdoa kepada Allah. Impian itu juga suatu doa. Yang penting kena usaha dan doa untuk memudahkan kit amencapai kejayaan.
7. Banyakkan memberi dan membantu mereka yang memerlukan. Semakin banyak yang kita bantu, InsyaAllah semakin kita dipermudahkan.
Jom kita sama-sama cuba praktikkan.
terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletesama-sama. sekadar berkongsi sedikit ilmu yang tak seberapa
Delete