Thursday, June 26, 2014

Teknik promosi berkhemah

Bahaya juga meniaga di online ni. Kadang-kadang sampai boleh begaduh-gaduh dan hilang kawan.
Mana taknya bila habis penuh wall facebook si kawan ni dipenuhi dengan promosi kawan-kawan yang meniaga online ni. Silap-silap ada yang 'unfriend' di Facebook dan juga di dunia nyata. Masa meniaga ni lah rajin nak menghubungi balik kawan-kawan lama, itupun sebab nak jual barang, mana tak kena 'unfriend'. Kalau takut jadi macam cik Kiah dekat atas ni, jom saya kongsikan sedikit cara-cara nak promosikan produk servis kita di online secara lebih berkhemah dan supaya tidak kena'unfriend' oleh kawan-kawan kita.




.1. Kreatif - bila nak promosi tu, kita kena kreatif. Tak perlu canggih sangat. pastikan ringkas dan kemas untuk menarik perhatian. Penggunaan gambar , video dan tulisan yang berwarna - warni pasti akan lebih menari perhatian bukan? Dapatkanlah pendapat pasangan atau kawan-kawan anda sebelum membuat posting promosi. Macam saya, penasihat utama pastilah isteri, itu yang saya ingat dah cantik dah poster yang saya buat, tapi isteri saya cakap buruk :). Kalau pasangan sendiri pun kita tak boleh nak tarik, apatah lagi orang lain yang kita tak kenal.Jadi kreativiti tu kita kena asah sikit. 

2. Konsisten - saya ada kawan. Dia lelaki tetapi di bnyak jual produk untuk kegunaan wanita.. Dahulu tidak ada seorang pun yang menghubungi dia. Mana taknya, dia lelaki, pastilah pembeli wanita tidak berapa percaya nak beli dengan beliau kerana menyangkakan yang beliau tidak arif tentang produk tersebut. Tetapi beliau konsisten. Beliau terus promosi setiap hari tanpa jemu di media-media sosial, secara online dan juga offline. Akhirnya seorang pelanggan menghubungi beliau dan membeli produk jualan beliau. makin hari jualan beliau makin meningkat. Rahsianya konsisten, tidak putus asa dan keazaman yang tinggi untuk berjaya.

Samalah juga macam kita, kalau setiap hari dipujuk rayu , akhirnya pasti lembut juga dan termakan rayuan.

3. Nawaitu atau niat - Bukan puasa sahaj nak kena berniat. Nak berniaga dan promosikan barang pun kenalah ada niat yang betul. Untuk promosikan produk haruslah kita pasang niat yang betul. Kita promosikan prosuk sebab kita yakin dengan produk itu dan kita nak kongsikan manfaat dengan orang lain mengenai produk tersebut.  Kita berniaga dengan niat nak sebarkan kebaikan dan manfaat dengan orang lain. Barulah perniagaan kita berkat dan bukan sekadar mengaut keuntungan semata-mata.


Kata mentor saya, kita berniaga ni, usaha kita sekarang ni sebenarnya untuk mendapatkan hasil pada 3 bulan berikutnya. Jadi kalau rasa dah usaha tapi masih tidak berjaya itu, mungkin bukan sekarang , tapi nanti insyaAllah anda akan berjaya. usaha dengan konsisten, penuh kreativiti dan niat yang betul, insyaAllah hasilnya akan tiba tanpa kita sangka nanti. Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati