Showing posts with label Perkhidmatan Membuat Gambar Bergerak. Show all posts
Showing posts with label Perkhidmatan Membuat Gambar Bergerak. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

Memanfaatkan produk percuma

Kesinambungan entri saya sebelum ini mengenai peluang memanfaatkan produk percuma sebagai pembantu perniagaan kita. Tidak kisahlah kita nak gunakan produk percuma sebagai bantuan promosi, mendapatkan trafik, ataupun sebagai medium menjual barangan anda di internet.

Kali ini saya nak kongsikan satu cara mudah untuk mempromosikan jenama anda di internet secara pasif ataupun secara lemah gemalai =). Anda boleh buat entri-entri motivasi, informasi dan sebagainya. Kalau sekadar entri motivasi mungkin dah ramai orang buat. Jadi untuk kelainan sedikit anda boleh buat entri gambar-gambar motivasi macam yang saudara Irfan Khairi dan Dato' Dr Haji Fadzillah Kamsah selalu buat tu.

Mudah sahaja. Jom lihat video tutorial langlah-langkah untuk membuat poster motivasi secara percuma. 


Dah pun siap. Mudah bukan. Dah siap jangan lupa kongsikan di media-media sosial sebagai tujuan promosi.

Selamat mencuba.

Berminat nak tahu lebih banyak produk percuma yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan perniagaan dan juga pemasaran serta promosi?

Wednesday, August 27, 2014

Produk percuma - berguna atau tidak?

Seronok apabila idea datang mencurah-curah. Alhamdulillah, idea pun merupakan satu bentuk rezeki. Jangan kita lupakan dan menyangka rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit ataupun kebendaan sahaja.

InsyaAllah kalau tiada aral melintang, bulan Oktober ini saya nak melancarkan beberapa produk yang diharapkan dapat membantu anda semua. Sebelum ini saya dah ceritakan mengenai produk Blogspot untuk Newbie. Kali ini saya nak ceritakan tentang pula tentang macam mana nak mula niaga dengan menggunakan produk percuma dan produk yang murah.


Produk percuma - berguna atau tidak?


Tidak perlu berbelanja besar untuk mulakan perniagaan anda. Yang penting kita bijak menggunakan produk percuma untuk pelbagai tujuan perniagaan kita sama ada untuk berblog, promosi, pengiklanan dan sebagainya.

Betulkah pakai produk percuma ni boleh buat macam-macam?

Tak percaya jom lihat apa yang anda boleh buat dengan produk percuma.


Percaya tak yang semua itu saya buat hanya dengan menggunakan perisian microsoft powerpoint yang rata-rata hampir semua pengguna komputer memiliki perisian ini. Gambar superhero itu pun saya buang latar belakang asalnya menggunakan perisian yang sama. Malah video itu pun dihasilkan menggunakan perisian power point sahaja. Ini merupakan percubaan pertama saya untuk membuat animasi menggunakan power point. Dengan latihan berterusan saya pasti kita semua dapat menghasilkan sesuatu yang tampak lebih professional.



Gambar ini juga saya hasilkan menggunakan perisian power point. Maaf kerana ini cubaan pertama, hasilnya amat tidak memberangsangkan. 

Tapi asasnya produk percuma dapat menghasilkan sesuatu yang unik jika kita bijak memanfaatkannya.

Selamat mencuba. Siapa nak tahu lebih lanjut tentang produk yang saya akan lancarkan nanti sila hubungi saya di FB: www.facebook.com/ahmadshahrin.manuar.


InsyaAllah nanti saya akan kongsikan lagi apakah perisian percuma yang menjadi pilihan saya

Thursday, June 5, 2014

Perkhidmatan Membuat Gambar Bergerak

Perkhidmatan Membuat Gambar Bergerak

Pada mereka yang inginkan kelainan bagi blog dan tujuan promosi, pihak kami sedia menawarkan perkhidmatan membuat gambar/imej bergerak.

Berikut merupakan portfolio yang telah kami hasilkan:






Kadar yang dikenakan adalah seperti berikut:

1. Bagi gambar yang disediakan oleh pelanggan
 Caj - RM 3 untuk membuat gambar bergerak (satu fail)

2. Bagi pelanggan yang tidak menyediakan gambar
Caj - RM 2 untuk setiap gambar
      - RM 3 untuk membuat gambar bergerak (satu fail)

Anda akan diajar untuk memasang gambar bergerak di blog secara percuma.

Untuk tempahan, sila hubungi saya melalui :

sms/whatsapps: 017-4816770
PM di facebook: Ahmad Shahrin
emel: ahmadshahrin.mohamadanuar@gmail.com


Anda juga mungkin meminati