Sunday, April 6, 2014

Menghadapi kematian

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah dikurniakan lagi waktu untuk terus menyambung kehidupan. Sebagai manusia, kematian itu suatu kepastian. Sebagai umat islam pula, kita harus sentiasa mengingati kematian.

Kematian itu ibarat garisan penamat kita di dunia yang fana ini. Jadi untuk menuju garisan penamat itu, haruslah kita membawa bekalan. Kalau untuk umat Islam pastilah amal ibadat dan kebaikan yang kIta lakukan di muka bumi ini. Selain ketaatan kepada Allah dan mengikuti suruhan dan menjauhi laranganNYA sudah pasti perkara yang wajib, sunnah Rasulullah juga wajib dituruti. 

Hidup ini adalah sementara sahaja. Amatlah rugi bagi mereka yang hanya mengejar dunia semata-semata. KIta tidak tahu bila masa kita akan sampai, jadi perbanyakkanlah amalan kita di dunia ini. Luangkanlah masa berkualiti bersama keluarga supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.

Beberapa hari yang dulu saya menerima berita bahawa ayah seorang rakan lama saya telah meninggal dunia. Sedikit sedih dan terkilan kerana tidak berpeluang menziarahi keluarga rakan saya itu kerana faktor lokasi yang jauh. Semoga arwah ayah beliau ditempatkan di kalangan orang mukmin. Dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini terlalu ramai kenalan rapat dan sanak saudara dan keluarga yang telah kembali menemui Allah s.w.t.

Setiap kali mendapat berita, pastinya akan insaf ketika. Namun kekadang bil alpa dengan dunia, terkadang terlupa menambahkan bekalan untuk dibawa di akhirat sana.Benarlah kata-kata mutiara seorang ustaz ini. Manusia ini seperti katak yang berpaut di pohon. Sewaktu angin kencang , sukar untuk katak itu jatuh kerana ia berpaut erat. Tetapi bila angin sepoi-sepoi bahasa bertiup, katak jatuh dek kerana terleka dibuai dengan angin yang enak. Begitu jugalah manusia. Bila menghadapi ujian hebat sering beringat. Namun bila terkena pujukan angin sepoi-sepoi  bahasa, kita sering terleka dan melupakaNYA.

Hari ini saya tidak akan berbicara panjang, cuma mahu berkongsi satu artikel yang amat berharga untuk perkongsian bersama. Pembaca yang bukan beragama islam juga boleh membaca artikel ini. Artikel ini saya perolehi pada tahun 2005, 3 tahun setelah penulis artikel ini meninggal dunia. Artikel ini mengisahkan seorang saudara islam yang berjuang menghadapi penyakit kanser. Artikel ini juga menceritakan tentang persedian beliau menghadapi kematian dan cabaran dan pengalaman beliau mengharunginya.

Sama-sama kita baca dan ambil pengajaran melaluinya.



Semoga sama-sama kita mengambil pengajaran berdasarkan perjalanan kehidupan saudara seislam kita ini. Saya juga berbesar hati sekiranya kita dapat sedekahkan bacaan al-fatihah kepada arwah penulis dan seluruh umat islam yang telah meninggal dunia.



Al- Fatihah. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.


No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati