Monday, April 7, 2014

Macam mana nak mulakan perniagaan internet?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum melakukan sesuatu, pastinya untuk memulakan perkara itu yang paling sukar. Begitu jugalah dengan nak memulakan perniagaan internet. Pada pengalaman saya, untuk memulakan perniagaan internet itu adalah perkara paling sukar buat saya. Ini kerana terdapat banyak lagi saingan di luar sana yang merupakan pakar-pakar perniagaan internet. Malahan ada di antara mereka yang sudahpun mengaut jutaan ringgit dan dalam penglibatan belasan dan puluhan tahun meniaga di internet.

Ingin saya kongsikan kepada anda beberapa perkara yang mungkin dapat membantu untuk memulakan perniagaan internet anda sendiri. Jom sama-sama kita lihat apakah perkara yang perlu anda lakukan sebelum memulakan perniagaan internet anda.

1. Pilih niche anda
 i) pilihlah niche yang anda minat seperti hobi, gaya hidup ataupun penyelesaian masalah dan sebagainya. Paling penting anda kena kekal dengan niche ini. Jangan sering berubah-ubah.
ii) Kaji dan selidik adakah orang akan mengeluarkan wang untuk niche yang anda pilih ? contoh, makanan , pelancongan dan sebagainya.
iii) anda kena tahu apa yang akan anda jual, barang fizikal atau digital atau servis perkhidmatan.
iv) Cuba kecilkan niche anda. Contoh jika ingin menjual kek coklat, pastinya terdapat pelbagai produk sedia ada mengenai kek coklat. Jadi kecilkan lagi dan cuba jadikannya lebih istimewa . Sebagai contoh. kek coklat bebas gula. Jadi sudah tentu produk anda akan lebih dilihat pengguna.

2. Bina tapak anda sendiri.
 i) tapak ini adalah tempat di mana anda boleh menaikkan dan memantapkan produk atau jenama anda. Sebagai contoh kalau di internet sudah pastinya laman web atau blog anda. Kalau produk fizikal sudah tentu kedai anda.
 ii) Kenapa anda perlukan tapak anda sendiri?
    a) untuk kawal produk anda sendiri. Kalau anda ada produk baru walau seelok manapun, pastinya susah nak dijual di tempat lain. Jadi anda yang perlu mula dulu dengan jualnya di laman web atau blog anda.
    b) dapatkan kepercayaan dan kepuasan pengguna dulu. Jadi bila orang dah percaya dan suka, mereka akan mula hebahkan kepada kenalan mereka. Mungkin juga ada orang yang mahu tolong jualkan produk anda di laman web atau blog mereka pula

4 langkah penting dalam penyediaan tapak anda


i) cipta jenama anda 
ii) dapatkan domain dan hosting 
iii) buat laman web atau blog 
iv) himpun senarai berpotensi pembeli barangan anda 

* untuk permulaan saya amat menggalakkan anda menggunakan blogspot kerana ianya percuma. Anda juga berpeluang memantapkan asas blog sebelum mencuba ke platform berbayar yang lain.

3. Tambah pelawat ke tapak anda
i) buat carian dan kajian - siapakah pelawat atau pelanggan berpotensi produk anda?
ii) kenapa mereka mahu beli produk anda dan percayakan anda? Andalah kena jawab dan terangkan kelebihan produk anda
iii) kandungan laman web dan blog anda haruslah jujur, jangan menipu dan pastikan berkaitan dengan yang anda jual. Contohnya kalau anda jual kek coklat, janganlah anda kongsikan cerita bola sepak pula. Lainlah kalau anda dapat kaitkan kedua-dua perkara berikut.
iv) produk anda haruslah berkualiti
v) cipta dan pasarkan jenama anda. Jenama dan produk haruslah sesuai. Contoh kalau meniaga kek coklat , janganlah letak nama kek coklat keras jegang. Orang dengar pun tak berminat.
vi) jangan gelojoh nak terus dapat pelawat dan pulangan yang banyak terus dari hari pertama pelancaran blog & laman web anda. Kalau anda boleh tahniah diucapkan dan silalah ajar saya dan kawan-kawan pula.
vii) Selalu kongsikan tips dan link ke website yang berguna.
viii) Jaga kualiti produk, ataupun servis anda. Sekiranya anda sendiri juga tidak yakin apatah lagi orang lain.

Sudah ramai yang mendapat kebebasan kewangan dengan perniagaan melalui internet. Saya yakin saya dan anda juga berpeluang melakukan perkara yang sama. Jika orang lain boleh, kita juga pastinya boleh. Sama-sama kita terus belajar selok belok perniagaan internet ini. In sha Allah sama=sama juga kita memperoleh kejayaan.

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati