Assalamualaikum dan salam sejahtera. Beberapa hari yang dulu saya ada membuat satu entri mengenai tanggapan pertama. Sebagai orang baru yang baru mula bertapak, pastinya menarik pelanggan baru ke blog atau kedai menjadi cabaran. Kalau tidak ada pelanggan, bagaimana nak membuat jualan.
Jadi saya nak ingatkan lagi, pastikan tanggapan pertama orang terhadap blog atau kedai anda itu bagus.
Di bawah ini saya nak kongsikan satu klip video dari Kapten Norudin di Facebook. Jom kita saksikan.

Tanggapan pertama tak semestinya betul. Ibarat kata pepatah inggeris,"Don't judge the book by its cover". Jangan menilai ssesuatu dari pandangan luaran sahaja. Tapi untuk peniaga, rugilah kalau bakal pelanggan lari disebabkan salah tanggapan.
Anda mungkin mempunyai produk yang bagus, tetapi mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sama ada dari segi susun atur kedai, blog atau teknik promosi. Jadi sebelum kita betul-betul bermula dalam apa pun bidang perniagaan/pekerjaan sebagai WAHD sepenuh masa, pastikan kita belajar dan kaji dulu tentang para prospek pelanggan kita.
Tidak perlu terburu-buru untuk terus mendapatkan trafik atau bakal pelanggan pada awalnya. Takutnya ramai yang datang tengok sahaja tapi tak beli. Peruntukkanlah 2-3 bulan pertama untuk, belajar,belajar dan mengkaji tentang selok belok bidang yang anda ceburi. Sekiranya anda kurang mahir, mungkin boleh menghadiri beberapa kursus asas terlebih dahulu.
Di Akademi Bekerja Dari Rumah pun begitu banyak kelas yang ditawarkan. Jadi mungkin anda boleh belajar di situ. Jangan lupa ya, pastikan anda memberikan tanggapan pertama yang bagus untuk blog atau kedai anda. Selamat maju jaya.

No comments:
Post a Comment