Wednesday, April 2, 2014

Jangan Stres

Salam Sejahtera. Salah satu aspek penting bila nak bekerja dari rumah dan melayan anak-anak pada masa yang sama ialah kesabaran. Yang penting jangan stres dengan apa yang anda usahakan dan dalam menghadapi perangai anak-anak. Malahan menurut laporan beberapa kajian, stres mampu memburukkan kesihatan tubuh badan. Di samping itu stres juga mampu memberikan impak negatif pada diri anak-anak dan hasil pekerjaan yang kita usahakan.

Jom kita hayati gambar di bawah ini.


Sekiranya diterjemahkan, ia akan berbunyi seperti ini:

Seorang pakar psikologi berjalan mengilingi kelas beliau sewaktu sedang mengajar tentang pengurusan stres. Sewaktu dia mengangkat gelas yang berisi air, semua orang menjangkakan soalan gelas separuh penuh atau kosong yang akan ditanya. Sebaliknya sambil tersenyum, pakar psikologi ini bertanya "berapakah berat gelas ini?"

Para hadirin memberikan jawapan sekitar 8 hingga 20 oz.

Beliau menjawab. "Berapakah berat air itu tidak penting. Ia bergantung kepada berapa lama saya memegangnya. Sekiranya saya memegang gelas ini selama seminit, ia tidak akan menjadi masalah. Namun sekiranya saya memegangnya selama sejam, tangan saya akan mengalami kesakitan. Jika saya memegang gelas itu selama sehari, tangan saya kan kebas dan mungkin tidak berasa apa-apa. Dalam setiap kes, berat gelas itu masih sama, tetapi semakin lama saya pegang, semakin berat gelas tersebut."

Beliau menyambung, "stres dan kerisauan adalah diubaratkan seperti gelas yang berisi air tersebut. Fikirkan mengenainya sebentar, kita tidak akan merasa apa-apa. Tetapi kalau terlalu memikirkan stres dan bperkara yang merisauakan, ia akan mula menyakitkan. Jika seharian anda memikirkannya, maka anda akan rasa penat dan tidak berdaya melakukan apa-apa."

Jadi ibarat gelas itu, letaklah maslah dan kerisauan anda di bawah. Bukan tidak boleh memikirkan masalah, tetapi jangan berlebihan. Fokus pada masalah, makin besarlah masalah yang akan kita perolehi. Tetapi jika kita kaji  masalah dan memikirkan penyelesaian, maka penyelesaian pada masalah itulah yang akan kita temui.

Jadi tuan-tuan dan puan-puan, kalau sudah tepu dan kurang idea untuk menulis blog perniagaan anda, mungkin anda perlu berehat sebentar. Luangkan masa dengan anak-anak sebentar. Anak-anak kita sifatnya suci. Mungkin dengan keberkatan kita selalu memeluk dan berdamping dengan anak-anak, Allah pun akan memberikan keberkatan kepada kita. JAdi bila dah lebih tenang dan tak kusut, bolehlah menyambung kembali pekerjaan kita yang terhenti tadi.


No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati