Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat hari pekerja diucapkan kepada semua. Tapi bagi isteri saya, seorang WAHM sepenuh masa, cuti pun kerja berjalan seperti biasa.Begitu juga dengan ibu dan bapa kerana tugas keibubapaan adalah pekerjaan sepenuh masa.
Terima kasih para ibu bapa yang tak pernah berhenti dengan tugas keibubapaan yang diamanahkan oleh Allah s.w.t.
Apabila saya mempunyai anak barulah sedar yang tugasan untuk menjaga anak-anak ini bukan sesuatu yang mudah. Sekarang ini baru saya faham apa yang emak saya selalu katakan " nanti ko dah ada anak sendiri nanti, ko tahulah". Memang betul kata mak, barulah saya faham betapa pekerjaan paling mencabar ialah menjaga,membesarkan dan mendidik anak-anak.
Memandangkan saya masih lagi bekerja, pastinya tugasan untuk menjaga dan mendidik anak-anak terpaksa diserahkan kepada isteri hampir seratus peratus. Terima kasih kepada isteri yang memahami.
Keletihan disebabkan perjalanan.pergi dan pulang dari tempat kerja dan masa yang dihabiskan di pejabat terkadang membuatkan saya sedikit kurang sabar untuk melayan anak-anak apabila pulang ke rumah. Saya tahu anak-anak hanya mahukap perhatian, tetapi kadang-kadang sukar nak menahan kemarahan dengan kerenah anak-anak yang.lincah dan cergas ini.
Akhirnya diri sendiri yang akan merasa bersalah dan tertekan kerana anak-anak yang menjadi mangsa melepaskan kegeraman dan kemarahan. Tidak cukup dengan itu, diri sendiri yang merasakan betapa berhutangnya saya dengan anak-anak. Ya, hutang masa berkualiti dengan anak-anak. Hutang emas boeh dibayar, hutang budi dibawa mati. Tetapi hutang masa dengan anak-anak sendiri tiada dapat diganti dan dilunaskan.
Disebabkan itu saya sedang mencuba untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak. Sasaran asal selewat-lewatnya menjadi WAHD sepenuh masa pada pertengahan tahun hadapan. Terlahirnya blog ini juga sebagai perkongsian dan panduan kepada mereka yang seangkatan dengan saya. Yang penting kena yakin bahawa kita akan dapat mencapai sasaran kita dan Allah akan sentiasa membantu kita.
Jadi sama-samalah kita tingkatkan amalan rohani kita dan usaha kita.
Tak percaya tak apa, buat sahaja InsyaAllah ada hasilnya.
No comments:
Post a Comment