Monday, May 5, 2014

Tips Motivasi WAHD - Mari bersyukur

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan sama ada kecil mahupun besar. Betapa maha pemurahnya Allah yang tidak pernah jemu memberikan nikmat pada makhluk ciptaanNYA.

Jadi adalah amat penting untuk kita sentiasa bersyukur. Bersyukur itu bukan apabila mendapatkan kejayaan yang besar sahaja, malah bersyukurlah walaupun mendapat nikmat yang sedikit. Apatah lagi sebagai umat Islam, kita seharusnya bersyukur dalam setiap aspek kehidupan harian kita.

Kepentingan bersyukur ini boleh kita lihat melalui Firman Allah dalam surah Al-Luqman, ayat ke 12, maksudnya " Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya) "Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)" Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji". Bersyukur juga mampu mensuci kolam hati dan membuatkan kita berasa sentiasa cukup dengan nikmat yang Allah kurniakan.


Bersyukur ini adalah amalan yang mulia malahan mampu mendatangkan lebih banyak rezeki berkat kesyukuran  kita. Saya berpeluang membuat beberapa kaji selidik mengenai faktor-faktor kejayaan beberapa 'otai' IM di Malaysia. Rahsianya, mereka ini memantapkan amalan rohani seperti melakukan solat Dhuha dan tak putus-putus berdoa di samping usaha. Malah persamaan yang ketara ialah mereka bersyukur dengan rezeki yang mereka perolehi, walaupun di awal pembabitan mereka dalam bidang ini pendapatan mereka belum besar seperti sekarang. Begitu juga dengan pakar-pakar IM dari barat sepert Derek GEHL. Beliau juga menekankan kepentingan bersyukur dan selalu membantu orang lain. 

Walaupun sukar untuk melakukannya, apatah lagi bila sudah dirasakan usaha yang dikerah dan doa yang dipinta itu sudah banyak, hasilnya masih tidak kelihatan. Sekiranya itu berlaku teruslah berusaha dan berdoa. Yang penting sentiasalah bersyukur walaupun masih belum ada hasil atau hasilnya cuma sedikit. berkat kesabaran dan rasa syukur kita, Allah akan memberikan ganjaran yang melimpah ruah untuk kita. Jadi pada golongan baru seperti saya dalam bidang perniagaan internet ini, janganlah cepat putus asa. Marilah kita mensyukuri setiap nikmatanya sama ada kecil ataupun besar. 

Tak percaya tak apa, buat sahaja, InsyaAllah pasti ada hasilnya.



No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati