Friday, June 27, 2014

Teknik Bisnes Online - Teknik meningkatkan trafik dan menarik trafik ke laman web dan blog

Baru-baru ini berkesempatan kembali memberi tumpuan kepada proses kemaskini blog. Buat sedikit kajian dan carian, memang banyak carian mengenai cara untuk menarik trafik dan meningkatkan trafik ke laman web ataupun blog. Tidak mudah untuk mendapatkan trafik pada permulaan awal sebuah blog apatah lagi nak mendapatkan trafik berkualiti ke blog kita. Sebagai pendatang baru, saya amat memahami kesukaran menarik blog ke trafik ini. 

InsyaAllah mulai hari ini, saya nak kongsikan sedikit sebanyak tips bisnes online untuk menarik trafik dan menambahkan jumlah trafik ke blog dan laman web anda. 

Tips meningkatkan dan menarik trafik ke laman web anda:

1. Berikan informasi yang berguna dan kongsikan topik-topik yang dapat membantu orang lain seperti teknik membuat blog. Pastikan anda kongsikan maklumat tersebut secara percuma. Lebih bagus sekiranya anda memberikan informasi atau berkongsi tentang subjek atau topik yang berkaitan dengan produk atau servis yang akan anda tawarkan. Dengan cara ini, pembaca akan lebih mengenali dan mempercayai anda. Buatlah hubungan dengan pembaca anda. Apabila sudah dapat kepercayaan, mereka pun lebih yakin untuk membeli dengan anda kerana yakin dengan pengetahuan anda di dalam subjek tersebut.

Apabila perkongsian informasi atau teknik sesuatu subjek itu sudah selesai, anda boleh membuat 'follow up' dengan memberikan ebook percuma kepada pembaca-pembaca anda. Tidak perlu terlalu kerap, mungkin beberapa bulan sekali sudah mencukupi. Sentiasa berkongsi produk yang bagus yang mana anda pasti produk itu bagus dan bukan sekadar beriklan kosong sahaja. Apabila produk percuma anda itu bagus, pastinya pembaca anda akan turut menyebarkan produk tersebut kepada rakan-rakan mereka. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Janganlah beriklan apa yang anda tidak mahu keluarga anda baca atau beli.
Anda pastinya tidak mahu berbohong kepada keluarga anda atau isteri atau suami anda sendiri, Jadi jangan beritahu perkara bohong kepada para bakal pelanggan atau pelanggan anda.

Selamat mencuba

Ingin belajar teknik menulis blog dan asas penulisan? Hubungi saya melalui facebook: www.facebook.com/ahmadshahrin.manuar untuk keterangan lanjut.



No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati