Wednesday, August 27, 2014

Masih relevan lagikah kad nama atau business card di zaman teknologi?


Ha macam mana? Ada sesiapa boleh bagi pendapat tentang kad nama saya ni sebelum saya mula mencetak? Sebut pasal kad nama mungkin ada yang kurang arif, tetapi kalau sebut ' business card' pasti ramai yang tahu.

Pertemuan pertama saya dengan kad nama sejak di waktu sekolah lagi. Waktu itu popular dengan kad nama dan pelekat berkartun. Bagi kanak-kanak perempuan, sudah pasti watak kartun Disney seperti mickey mouse, daisy duck dan yang sinonim dengan kecomelan menjadi pilihan. Manakala bagi kanak-kanak lelaki sudah pasti memilih kad nama bergambar kereta dan mutiara naga sebagai pilihan utama.

Apa yang terkandung di dalam kad nama ini? Kebiasaannya maklumat asas seperti nama, alamat dan nombor telefon.

Sekarang ini apabila sudah bekerja, syarikat saya bekerja menyediakan peruntukan untuk pekerjanya membuat kad nama setiap tahun. Pasti ianya penting keran syarikat besar sanggup berbelanbja besar menyediakan kad nama untuk pekerja mereka. Selain medium untuk memberikan maklumat individu, kad nama juga secara tidak langsung mempromosikan jenama syarikat kepada prospek di luar syarikat.

Bukan itu sahaja, pengusaha dan pemandu teksi juga menggunakan khidmat kad nama untuk mempromosikan perkhidmatan mereka. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kecanggihan zaman teknologi masa kini membuatkan kad nama sedikit terpinggir dan kurang mendapat sambuta. Mana tidaknya, semua maklumat berada di hujung jari. Buat sahaja carian di telefon pintar untuk mendapatkan nombor telefon sesuatu perkhidmatan. Malah tidak perlu menyimpan timbunan kad nama yang didapati. Simpan sahaja maklumat di dalam telefon pintar.

Walau bagaimanapun, pada pendapat saya kad nama ini lebh unik dan mesra pengguna kerana ianya ada sentuhan istimewa dan tarikan tersendiri. Tak percaya? Jom kita lihat gambar di bawah untuk membuktikan teori saya.






Saya cukup tertarik dengan kad elevator dan google itu, anda bagaimana pula?

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati