Thursday, August 21, 2014

Teknik Bisnes Online - Kepentingan blog dan media sosial

Memasarkan perniagaan di internet ni kadang-kadang boleh melesukan dan membuatkan kita rasa kurang bermaya. Ini kerana terlalu ramai orang di luar sana yang turut bersaing dan memasarkan produk yang sama. Malah kadang-kadang menggunakan teknik pemasaran yang sama juga.
Saya amat faham perasaan anda semua. Tetapi untuk yang beragama Islam, saya nak kongsikan, selalulah baca doa ini: Sebesar manapun masalah dan halangan yang aku hadapi, tidak ada yang lagi besar melainkan kekuasanMu Ya Allah. Nabi Muhammad pun ada berpesan, sebaik-baik nak berdoa, kita solat sunat 2 rakaat dulu dan kemudiannya berdoa, InsyaAllah akan dimakbulkan.
Pemasaran di internet ini sepatutnya lebih mudah. Yang penting kita kena tahu nak letak fokus kita di tempat yang betul dan mengusahakan sesuatu kempen kita sehingga habis. Kalau betul gayanya, mungkin anda yang tak minat dengan pemasaran internet ataupun perniagaan internet ini akan menyukainya pula nanti.
Takut Internet (Internetaphobia): Mengapa?
Baru-baru ini di dada-dada akhbar tempatan, banyak terpampang kisah orang yang menjadi mangsa penipuan di internet. Di laman-laman sosial pula banyak kisah pembeli yang ditipu oleh 'peniaga' yang menjual produk yang tidak wujud. Kewujudan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti inilah yang menyebabkan kredibiliti peniaga internet jatuh merudum.
Segala yang baru memang agak menakutkan untuk dicuba. Macam dahulu sewaktu sistem perbankan internet diperkenalkan, memang ramai yang memandang sinis dan risau tentang keselamatan perbankan internet. Malah sehingga kini masih ada lagi orang yang lebih gemar menggunakan sistem perbankan biasa kerana risau wang mereka akan lenyap begitu sahaja apabila menggunakan perbankan internet.
Tetapi sebenarnya banyak kebaikan  pemasaran internet ini. Banyak yang anda boleh lakukan sendiri secara percuma dan  dapat menjimatkan masa anda.
Perkara Asas
Seperti mana bayi yang baru belajar berjalan, kita juga perlu bertatih dahulu di dalam bidang perniagaan dan pemasaran internet ini. Tak perlu terus terburu-buru ingin berlari. Adakah anda telah mempunyai blog atau laman web sendiri? Jika ada tahniah diucapkan.. Jika tidak silalah dapatkan satu. Saya menyarankan untuk menggunakan medium percuma seperti blogger untuk permulaan.
Secara ringkas, buatlah blog anda menjadi mesra pengguna. Elakkan memasukkan lagu-lagu tema dan perhiasan yang boleh menjadikan blog anda lambat untuk diakses dan kurang efektif. Yang penting sebagai orang baru, pastikan blog anda kemas dan elegan. Isi kandungan blog itu yang anda harus titik beratkan.

Blog. Bagaimana dan kenapa?

Saya merasakan bahawa blog juga sebenarnya adalah suatu bentuk laman media sosial. Asalnya ia merupakan tempat di mana individu menggunakan blog sebagai tempat perkongsian gambar dan kisah hidup mereka kepada kawan-kawan dan juga pada tontonan umum. Tetapi sekarang ini kebanyakan blog menjadi medium perniagaan berjaya dan seharusnya pada siapa yang masih belum ada untuk memilikinya.

Sebenarnya sangat mudah untuk memiliki sebuah blog, anda hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk menyiapkan blog pertama anda. Yang miungkin menjadi sedikit masalah ialah mengenai isi kandungan blog tersebut. kandungan yang berinformasi ataupun penyelesaian masalah mungkin akan menarik minat pembaca. Mungkin ini merupakan perkara baru kepada ramai orang di luar sana. Menjual dan memasarkan barang anda di blog tidaklah semudah menulis" saya ada produk kesihatan untuk dijual, sila beli". Tetapi kandungan blog seharusnya berkait dengan produk anda. Anda mungkin boleh membuat entri pnyelesaian masalah. Anda mulakan dengan masalah dan kemudiannya sebagai cadanagan untuk menyelesaikan masalah, anda boleh memperkenalkan produk anda.
Cara paling mudah ialah menggunakan contoh atau 'case study' masalah sebenar. Mungkin anda boleh kongsikan pengalaman anda ataupun pengalaman orang yang anda kenal sebagai permulaan. Orang akan lebih tertarik daripada hanya membaca mengenai produk anda sahaja. Sebagai contoh, cuma pergi ke laman web minuman tenaga Red Bull. Perkara yang anda akan lihat ialah tidak ada satu pun gambar minuman tenaga Red Bull di laman utama tersebut. Sebaliknya laman web itu memfokuskan video dan kandungan yang melibatkan aktiviti yang memrlukan tenaga seperti bersukan. Kenapa? kerana ia membuatkan laman web mereka lebih menarik untuk dikunjungi semula. Anda nak datang ke laman web yang hanya ada gambar minuman tenaga sahajakah?Tidak bukan?
Media Sosial
Media sosial bukan hanya untuk kegunaan peribadi, tetapi sebaliknya alat yang sangat membantu mengembangkan perniagaan anda di zaman ini.
Di sini saya senaraikan laman media sosial yang dapat membantu mempromosikan perniagaan anda.
  • Facebook – Facebook ialah laman yang paling kerap diguna pakai. Buat status mengenai perniagaan anda. tidak perlu terlau kerap mungkin dua kali sehari. Selebihnya muatkan status motivasi dan berinteraksi bersama kawan-kawan anda.
  • Instagram – Instagram sangat visual. Jadi perniagaan baju dan makanan manfaatkan instagram dengan entri terkini setiap hari.
  • Google + – Kebaikan menggunakan blogger ialah anda boleh menghubungkannya terus ke Google+. Kemaskini status dan entri blog sekerap mungkin. cadangan satu entri setiap hari.
  • YouTube – Laman video. bagus untuk mempromosikan produk anda. Tahu tak yang Youtube merupakan laman web carian kedua paing popular selepas google? Muat naiklah video sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Nak belajar cara nak buat Video? PM saya di FB:

Setelah anda dah pilih media sosial anda yang anda ingin gunakan, daftarlah sebagai ahli media sosial tersebut. Buat blog dan buat entri secara istikhamah dan berterusan. Buat kajian mengenai entri anda. PAstikan anda juga aktif di media sosial. Yang penting kena pantas jawab soalan pembaca dan pastikan onformasi anda itu tidak salah.
Selagi anda boleh menyusun aktiviti anda di internet, perniagaan dan pemasaran internet boleh dilakukan tanpa perlu membebankan anda. Ingat manfaatkan produk murah dan percuma dengan sebaik mungkin. Sekiranya perlu membeli, belilah produk yang menerangkan secara terperinci langkah-langkah yang anda perlu buat. Pastikan juga produk itu mempunyai khidmat sokongan selepas jualan. 
Selamat maju jaya.

Iklas,
Ahmad Shahrin

Pss: saya ada ak lancarkan satu produk yang dapat membantu orang baru yang tiada asas langsung dalam blog.


Ada dua versi, satu ebook dan satu versi video. Versi Ebook RM 25 dan Versi Video RM 50.
Saya nak buat promosi sebelum pelancaran. Siapa yang pre order sebelum pelancaran saya nak beri diskaun.

Ebook RM 15 sahaja. Manakala versi Video RM 45 sahaja + percuma Ebook.

Siapa nak boleh PM saya di FB:www.facebook.com.ahmadshahrin.manuar





No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati