Sunday, December 14, 2014

Boleh gembira dengan berhenti kerjakah?

Dah lama tak masuk kerja akibat cuti sakit yang panjang. Sakit apa? Boleh baca di arfahshahrin.blogspot.com  . Apabila dah lama tak bekerja memang agak susah juga nak mendapat momentum untuk bekerja. Ditambah pula fasa kerja yang memasuki fasa yang pantas kerana banyak tugasan yang perlu disiapkan dengan segera.

Dalam pekerjaan memang terdapat tekanan, tambahan pula bekerja dengan orang. Memang bertmbah-tambahlah tekanan yang dialami. Namun untuk bekerja sendiri juga bukan sesuatu yang mudah.

Semalam berpeluang menghadiri majlis perkahwinan sepupu di USJ Subang Jaya. Sambil makan, sempat berpeluang berbual dan meminta nasihat mengenai perniagaan daripada beberapa sepupu yang merupakan pemilik perniagaan premis makanan. Mereka ini telah memiliki beberapa cawangan restoran di seluruh negara.

Apa yang mereka kongsikan ialah memiliki perniagaan sendiri bukanlah merupakan sesuatu yang mudah. Kita harus tahu dan mahir mengenai selok- belok perniagaan. Kita juga perlu mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung perniagaan jika tidak mahu wang dan usaha yang kita laburkan lebur dalam masa tiga atau empat bulan sahaja.

Kita juga perlu membuat penyelidikan tentang modal yang diperlukan, kos operasi dan sebagainya. Tambahan pula dengan kos yang semakin meningkat naik,gaji minimum untuk pekerja dan beberapa faktor yang lain ianya semakin mencabar buat mereka yang ingin bergelar peniaga.

Ramai yang berhenti kerja dengan terburu-buru kerana kecewa dan marah dengan syarikat ianya bekerja. Pada saya janganlah berhenti disebabkan marah atau kecewa kerana takut keputusan yang dibuat itu tidak rasional. Risaunya dengan berhenti kerja itu anda tidak lebih gembira, tetapi lebih tertekan.

Adakah dengan berhenti kerja itu boleh membuatkan anda bahagia? Seorang sahabat pernah menasihati saya, kegembiraan itu datang bukanlah dengan memiliki harta atau wang yang banyak tetapi  kegembiraan itu datang apabila kita mula mensyukuri semua yang datang kepada kita. Kata-kata ini datang dari seorang sahabat saya yang dulunya juga merupakan seorang yang makan gaji, yang akhirnya bekerja sendiri dan memiliki keuntungan yang banyak. Dan pernah suatu ketika dulu beliau masih tidak gembira walaupun ketika itu perniagaannya memang sangat bagus dan memiliki untung yang besar.

Kata kuncinya untuk gembira kita perlualah bersyukur.

Sebaik-baiknya cuba berniaga secara kecil-kecilan dahulu mengikut kemampuan  kita. Sekarang ni banyak terdapat peluang sebagai agen dropship dan affiliate. Jadi mungkin boleh cuba dahulu kerana ianya langsung tidak memerlukan modal dan anda boleh terus bermula.

Untuk mengetahui lebih lanjut apa program dropship dan affiliate yang anda boleh sertai, insyaAllah saya akan kongsikan di entri yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati