Saturday, December 6, 2014

WORK AT HOME - MUDAH ATAU SENANG?

Semalam berkesempatan menjadi work at home dad. Masih lagi berehat dalam cuti sakit. Sakit apa tu nanti boleh baca dalam entri terbaru arfahumar.blogspot.com. Pengalaman menjadi work at home dad sehari penuh ini memang memenatkan dan membuatkan saya kagum dengan isteri saya yang sudah lama menjadi work at home mum. Tidak semudah yang saya sangkakan. Jom bacakan pengalaman saya semalam:


Cabaran bermula seawal pagi:

7.00 a.m: Baru sahaja hendak tidur semula selepas solat subuh sudah ada anak yang menangis nak minum susu. Baru terlelap terpaksa bangun semula .

7.30 a.m: Seorang lagi anak bangun hendak minum susu, Akhirnya ambil keputusan bangun tidur dan menyiapkan kerja untuk pelancaran dua produk terbaru Diari WAHD Disember ini.

8.30 a.m: Ketika sedang asyik melakukan kerja, anak yang sulung bangun dan turun ke ruang tamu. Kemudian anak yang kedua pun bangun dan turun ke bawah. Konsentrasi membuat kerja terganggu apabila kedua-duanya berebut telefon bimbit saya untuk bermain permainan video.

10.00 a.m: Kerja masih tidak siap. Anak yang bongsu masih belum bangun. Anak yang sulung menuntut janji untuk mandi kolam. Saya mengeraskan hati dan terus menyambung kerja, 

10.30 a.m: Kerja tidak ada 'progress' langsung, akhirnya menurut sahaja keinginan anak dan menyiapkan kolam untuk mereka bermandi/main air.

11.00 a.m: Suara hiruk pikuk datang dari bilik air kerana anak-anak berebut permainan. Saya sudah sakit kepala, kerja tak siap lagi, makanan anak-anak juga masih belum disiapkan. Anak yang sulung terjerit-jerit memanggil saya mandi bersama.

11.30 a.m: Anak bongsu bangun dan terus mandi bersama abang-abangnya.

12.00 p.m: Akhirnya berjaya menyiapkan anak-anak dan menyediakan makanan pagi  mereka.

12.30 p.m: mengemas dan membersihkan hasil anak-anak makan pagi.

12.50 p.m: Baru berjaya keluar rumah bersama anak-anak untuk pergi membeli barang keperluan/mainan.

2.00 p.m: Pulang ke rumah dan selesai solat terus menyiapkan makanan tengah hari. Konon-konon nak buat 'suprise' untuk isteri yang tiada di rumah kerana ada temujanji dengan ibu beliau.

3.00 p.m: Sambil memasak sambil menahan telinga mendengar anak-anak menjerit dan bergaduh sesama sendiri. Kejap ketawa sekejap menangis. Saya sudah mengharapkan isteri pulang segera ke rumah untuk membantu.

3.30 p.m: Anak yang sulung sudah bising kelaparan. Makanan hampir siap.

4.00 p.m Akhirnya siap hidangkan makanan. Anak yang kedua dah terlelap. Terharu tengok rumah yang penuh dengan tisu. Ketika saya sibuk memasak, anak-anak juga sibuk menyelerakkan helain tisu di ruang tamu.

5.00 p.m: Baru nak solat asar, macam-macam permintaan anak, ada yang nak buang air besar, nak susu, nak tambah nasi, nak itu dan nak ini. Dalam hati merayu cepatlah isteri balik.

6.00 p.m: Alhamdulillah, akhirnya isteri balik. Gembiranya tidak terkata. 

Memang teringin nak jadi WAHD tetapi kalau tida isteri membantu pening juga melayan kerenah anak-anak. Mungkin apabila diorang dah mula sekolah nanti baru boleh mula jadi WAHD.

Betapa kagumnya dengan isteri yang dah hampir 2 tahun jadi WAHM sambil melayan kerenah anak-anak dan suami.


P/s: saja nak berkongsi.

Plan nak suprise isteri, naka masakkan ikan bakar dengan pajeri nanas macam dalam gambar ni:









Sekali lain pula yang jadi. Apa kata anda?




No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati