Salam sejahtera. Di dalam entri Pengalaman Berniaga (bahagian satu), saya telah berkongsi tentang pengalaman awal berniaga saya sewaktu saya masih belajar. Pada entri ini saya akan berkongsi kisah pengalaman berniaga saya sewaktu saya sudah bekerja pula.
Saya mula serius untuk menceburkan diri dalam perniagaan sewaktu awal tahun 2011. Sewaktu itu saya sedang menyelia projek syarikat di sebuah negeri di selatan tanah air. Sewaktu itu juga isteri sedang sarat mengandung anak kembar kami. Beliau juga bekerja di salah sebuah syarikat di ibu kota. Betapa risaunya saya ketika itu kerana terpaksa berjauhan dengan isteri. tambahan pula isteri terpaksa menjaga anak sulung kami dan bekerja sewaktu mengandungkan anak kembar kami. Waktu itu pula pihak syarikat masih belum memberikan keizinan untuk saya bertugas di Kuala Lumpur semula.
Saya telah bersepakat dengan seorang kawan untuk mengusahakan perniagaan mencuci kereta. Hajat di hati mahu fokus pada perniagaan dan boleh berhenti kerja untuk tinggal bersama dengan isteri di Kuala Lumpur. Kerana ada peluang terhidang saya dan rakan pantas terus membuka perniagaan mencuci kereta walaupun langsung tidak ada pengetahuan mengenainya. Sejumlah wang yang kami laburkan akhirnya terpaksa dileburkan sahaja. Sesungguhnya tanpa pengetahuan dan kefahaman yang mendalam, pekerjaan apapun akan menjadi sukar. Kami menghadapi pelbagai masalah termasuk cara mengoperasikan mesin, mendapatkan pekerja dan macam-macam lagi. Semuanya kami cuba-cuba sahaja dan dengan bantuan seorang rakan yang memiliki perniagaan mencuci kereta, kami berjaya menyusun atur peralatan di kedai. Akhirnya setelah beberapa bulan, kami terpaksa akur dan menutup perniagaan. Kesukaran mendapatkan pekerja tetap serta pelbagai masalah lain memaksa kami berbuat demikian. Perkara yang paling saya ingat ialah kami terpaksa membuat laporan polis pada pukul 2 pagi kerana risau akan ancaman seseorang mengenai kedai kami. Tidak berbaloi untuk terus mengambil risiko.
Masih tidak berputus asa, saya mencuba lagi. kali ini dalam bidang jahitan. Saya berkongsi perniagaan ini dengan beberapa orang rakan. Alhamdulillah perniagaan itu masih bertahan sehingga kini. Perniagaan itu diberi nama CAMTALTS. Kedai ini memfokuskan tempahan secara pukal. Saya diberi tanggungjawab untuk mencari pelanggan baru dan mendapatkan kontrak untuk kedai kami. Namun begitu perniagaan bukanlah semudah yang saya sangkakan. Untuk mendapatkan kontrak begitu susah buat saya. Saya terpaksa berjumpa pelanggan dan meyakinkan mereka. Kadang-kadang sehingga tengah malam dan hari minggu. Sudahnya sama sahaja, masa yang diluangkan untuk bersama keluarga juga semakin berkurang.
Terbaru melalui cabaran 18 WAHD (sila rujuk entri pengenalan), saya telah mencuba pelbagai bidang perniagaan internet. Ini juga sebagai salah satu lagi langkah untuk saya bekerja dari rumah sepenuh masa. Berikut peluang perniagaan internet yang telah saya ceburi sejak 3 bulan lalu:
1. Tune Talk Tone Excel - Peluang jana pendapatan melalui sim kad dan penggunaan telefon bimbit - KLIK SINI
2. Projek Affiliate DVD momentum saham - belajar ilmu saham dari salah seorang IM terkenal Malaysia, saudara Najib Asaddok - KLIK SINI
3. Projek jualan ebook. Menjual pelbagai ebook di dalam bahasa inggeris dan melayu. Buat masa ini website masih dalam persiapan - fanpage facebook juga masih dalam proses kemaskini - KLIK SINI
Saya mempromosikan dan memperkenalkan produk ini di blog lama saya
b-tame.blogspot.com. Di sini saya belajar walaupun produk anda bagus, tapi tanpa teknik promosi yang berkesan saya sukar mendapatkan pembeli. Malah untuk mendapatkan trafik untuk ke blog saya juga tersangatlah sukar. Secara purata saya hanya berjaya mendapatkan trafik sekitar 30-50 orang setiap hari. Namun kebanyakan pengunjung rata-rata datang untuk membaca entri di blog saya sahaja dan bukannya untuk mengetahui dan membeli produk yang saya promosikan. Lama kelamaan blog saya bertukar menjadi blog syok sendiri. Entri-entri di dalam blog saya juga sudah mula lari daripada tajuk sebenar. Seharusnya saya fokus pada tajuk asal dan tujuan blog saya.
Sekadar di sini dulu perkongsian saya kali ini. Pada entri seterusnya saya akan berkongsi tentang rangkuman aspek perniagaan melaui kajian kes pengalaman perniaga saya. Kajian kes saya ini akan merangkumi dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi kajian kes tentang aspek perniagaan tanpa modal. Bahagian kedua pula akan merangkumi aspek perniagaan dengan modal. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

No comments:
Post a Comment