Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kalau dah serius nak kerja di rumah dan menjadi WAHD sepenuh masa, nampaknya anda juga perlu bersedia menghadapi dan melayani anak-anak selama 24 jam. Kalau dahulu jika anda bekerja di pejabat, pastinya 8-10 jam masa anda di pejabat itu dapat digunakan untuk berehat sebentar dari melayani kerenah mereka.
Sinonim dengan anak-anak anda yang masih kecil, pastinya mereka suka dan gemar menonton kartun. Peranan kita sebagai ibu bapa haruslah mengawal dan mengawasi rancangan yang anak-anak kita tonton. Saya nak berkongsikan pengalaman saya dengan anak-anak. Saya suka berinteraksi dengan mereka sewaktu menonton rancangan kartun dengan mereka. Tanyalah soalan-soalan yang ringkas seperti apakah warna baju kucing itu dan sebagainya.
Secara tak langsung, anda dapat mengajar anak anda. Macam anak-anak saya kalau nak mengajar mereka memang tak boleh nak ajar seperti di tadika. Jadi sebagai ibu bapa kena sentiasa kreatif dan ambil peluang yang ada untuk mendidik anak-anak mengikut kesuaian dan kesempatan masing-masing.
Anak saya suka tengok rancangan animasi Boboiboy, yang sekarang ni dah ada musim ketiga dan ditayangkan di saluran TV3. Asalnya anak saya yang minat , tapi akhirnya saya pulak yang terminat lebih. Jadi kali ni nak kongsikan sikit video daripada boboiboy ni.
Menarik juga bukan? Satu tepukan meja saya berikan pada team Animonsta ini yang menghasilkan karya bermutu tinggi. Kalau dekat video ini, taglines dia ialah team bubadibako - buat baik di..balas koko, apa masalahmu? kami se..dia membantu. Hahaha, terngiang-ngiang di dalam kepala. Jadi untuk mendidik anak anda, kenalah olah sedikit dan terangkan kepada mereka. Misalannya kalau buat kebaikan in sha Allah, Allah akan berikan ganjaran. Kita sebagai ibu bapa kena mainkan peranan. Saluran TV merupakan sumber pengajaran yang bagus sekiranya kita dapat mengawal dan menjadikannya begitu.Tapi untuk mempraktikkannya tidaklah semudah yang disangka.
Saya sendiri pun pening dan kadang-kala geram dengan anak-anak saya. Sekarang ni beliau suka menonton siri Ultraman dan setiap kali selepas habis menonton, pastinya aksi-aksi ganas dari siri itu akan dipraktikkan ke atas adik-adik beliau. Malahan saya dan isteri turut terkena tempias. Rancangan saya, saya sendiri nak buat bukuvideo (awal-awal ini gambar dan tulisan sahaja, untuk masukkan suara , kena tunggu dahulu).
Kalau buat sendiri walaupun kurang menarik, kandungannya kita boleh kawal.
ini adalah hasil buah tangan buku video saya yang pertama. Berkisarkan tentang kisah tauladan anak-anak yang saya olah sendiri daripada cerita-cerita tauladan rakyat yang umum.Diharap dapat menjadi perkongsian yang menarik dan berguna. Mungkin anda boleh menggunakan buku video tanpa audio ini untuk anda bercerita kepada anak-anak anda sebelum tidur.
Anda bolehlah gunakan kepakaran dan kemahiran anda untuk mencipta sesuatu aktiviti, video, buku, permainan dan sebagainya untuk anak-anak anda. Walaupun hasil kreativiti anda itu mungkin tidak sampai ke tahap yang boleh dijual, sekurang-kurangnya anda boleh berkongsi dengan anak-anak anda. Malahan mereka juga akan lebih menghargainya kerana anda yang menghasilkan produk itu sendiri. Jika ianya cukup berkualiti, anda mungkin boleh menjualnya dan dapat menjana pendapatan dengan produk yang anda hasilkan itu.
No comments:
Post a Comment