Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah diberikan kesempatan sekali lagi untuk berkongsi serba sedikit ilmu pengetahuan yang cetek ini. Kali ini saya nak berkongsi mengenai 10 Tips yang saya yakin dapat membantu para newbie untuk bermula dan memantapkan lagi perniagaan internet anda.
Disebabkan artikel yang bakal saya kongsikan ini terlalu panjang, saya terpaksa membahagikannya kepada 10 bahagian untuk keselesaan semua. Dalam bahagian satu ini saya akan kongsikan mengenai elakkan salah produk dan pasaran.
Menjual Sikat Kepada Orang Botak?
Ramai yang menganggap
bahawa mereka boleh menjual apa sahaja di internet kerana percaya laman web
mereka bakal dilawati oleh jutaan orang. Sangak mereka, sudah pasti sebahagian dari
pelawat tersebut akan membuat pembelian. Jika semudah itu, pasti semua
usahawan internet sudahpun menjadi menjadi jutawan dengan segera.
Hakikatnya, tidak semudah itu. Kecualilah anda mempromosikan laman web anda secara agresif dan mungkin
melaburkan sejumlah wang untuk menampung kos pengiklanan. Itupun hanya untuk menggalakkan pengunjung melawat laman web ataupun blog anda. Tetapi ini belum tentu akan membuatkan mereka membeli produk yang anda jual.
Ramai pelawat tidak
bermakna ramai pembeli. Ini disebabkan ada di antara pelawat ini mahu mmbuat perbandingan harga dan mendapatkan lebih informasi mengenai produk yang anda jual sahaja. Yang penting ialah, anda harus faham bahawa tidak semua orang
memerlukan produk anda. Jika anda terus mempromosikan laman web anda kepada
mereka yang tidak memerlukan produk anda, sudah tentu anda hanya membuang masa
(kemungkinan wang anda juga).
Sedarkah kita selama
ini bahawa kita sedang melakukan proses yang terbalik? Seharusnya kita terlebih dahulu mencari permintaan dan pasaran sebelum memilih produk untuk dipasarkan. Ya,
kita harus tahu siapakah yang akan memerlukan produk kita. Tetapi kebanyakan
kita menghasilkan produk terlebih dahulu sebelum mencari pasaran. Ini
proses yang terbalik dan ia menyebabkan kita mempromosikan produk secara
rambang tanpa ada sasaran khas.
Sebagai contoh, bolehkah anda menjual
sikat kepada orang yang berkepala botak?
Itulah sebabnya
kenapa ada sesetengah produk yang dianggap baik, masih tidak mendapat jualan
yang tinggi. Sebagai contoh diatas, walaupun sikat anda diperbuat dari besi
waja sekalipun, ia tetap tidak bermakna kepada mereka yang botak. Sebabnya
ialah, mereka tiada rambut untuk disikat. Tetapi, bagaimana pula jika anda menjual ubat untuk
melebatkan rambut? Pasti keputusannya berbeza bukan?
Ramai usahawan yang
gagal mengenalpasti sasaran bagi produk mereka. Ini menyebabkan produk
mereka tidak mendapat jualan yang tinggi dan akhirnya memusnahkan perniagaan
mereka.
Oleh sebab itu, anda
harus mengkaji sebaik mungkin permintaan pasaran dan mengenalpasti golongan
sasaran anda. Dengan itu, anda akan dapat menghasilkan produk yang memenuhi
permintaan dan mensasarkannya secara tepat kepada mereka yang memerlukan.
Mengenali sasaran
prospek anda juga penting untuk memastikan komunikasi anda dengan mereka sesuai
mengikut tahap umur, pekerjaan, lokasi dan latar belakang. Sebagai contoh, cara berkomunikasi anda dengan seorang pelajar berbeza dengan seorang yang sudah lebih tua. Tanpa komunikasi yang baik, apa yang anda ingin sampaikan mungkin
tidak jelas dan menjejaskan jualan anda.
Ingatlah salah satu
kunci kejayaan dalam pemasaran produk ialah keupayaan anda untuk memenuhi
permintaan dan mengenalpasti golongan sasaran anda.
Tidak percaya, tidak mengapa, buat sahaja. InsyaAllah ada hasilnya nanti.
Tidak percaya, tidak mengapa, buat sahaja. InsyaAllah ada hasilnya nanti.
No comments:
Post a Comment