Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kesinambaungan entri saya sebelum ini, 10 Tips Melariskan Perniagaan Internet. Kali ini saya nak kongsikan pula tentang kepentingan membina senarai prospek.
Bayangkan suatu hari
anda menyertai satu pameran keusahawanan, dan anda diberi peluang untuk
mempamerkan produk anda. Memandangkan produk anda agak baik, maka ramailah
pelawat datang ke ruang pameran anda serta menyatakan minat mereka terhadap
produk anda. Namun mereka masih belum mahu membeli disebabkan kekurangan wang
ataupun mahu berfikir terlebih dahulu. Anda biarkan mereka berlalu sambil
memberikan kad bisnes anda dengan harapan mereka akan menghubungi anda
kemudian.
Sebulan berlalu, dan
tiada seorang pun yang menghubungi anda bertanyakan semula mengenai produk yang
pernah anda pamerkan. Dua bulan seterusnya anda masih juga tidak menerima panggilan dari pelawat yang pernah melawat
pameran anda. Akhirnya anda kecewa dan semangat serta momentum anda terkubur begitu sahaja.
Anda harus faham,
kadang kala apa yang anda promosikan boleh dilupakan kerana kesibukan aktiviti
harian mereka dan tentunya ia bukan salah mereka 100%. Ini adalah kesilapan
anda sendiri, kerana tidak meminta kad bisnes atau cara menghubungi mereka.
Sekurang – kurangnya, jika anda memiliki kad bisnes mereka atau tahu bagaimana
untuk menghubungi mereka, anda boleh melakukan 'follow up' dan menyampaikan
informasi terkini mengenai produk anda. Dengan ini, anda mengingatkan mereka
tentang anda dan produk anda.
Bayangkan anda
memiliki 100 senarai pelanggan yang pernah berminat dengan produk anda, dan
anda dapat menghubungi mereka serta melakukan follow up. Kebarangkalian
sebahagian dari 100 pelanggan tersebut membeli produk anda sudah pasti ada.
Walaupun seorang, ia tetap jualan berbanding jika anda langsung tidak melakukan sebarang 'follow up'.
Begitu juga dengan perniagaan
internet. Kepentingan memiliki senarai prospek harus difikirkan secara serius. Di internet, kemungkinan beratus – ratus pelawat
datang melayari laman web atau blog anda setiap hari. Adalah amat merugikan jika anda
tidak mengambil alamat emel mereka dan menghubungi mereka kembali, mengingatkan
mereka tentang tawaran anda.
Sebenarnya, adalah
lebih mudah mendapatkan jualan dari pelanggan yang sedia ada berbanding dengan
pelanggan baru kerana mereka sudah sedia maklum dengan khidmat pelanggan serta
produk anda. Proses meyakinkan mereka juga tidaklah terlalu sukar berbanding
meyakinkan pelanggan baru yang baru mahu mengenali anda. Seperti kita juga, jika
kita sudah biasa dengan sesebuah kedai, kita juga akan selalu ke sana kerana
kita senang berurusan dengan kedai tersebut.
Maka, sediakanlah
satu borang opt in untuk para pelanggan anda meninggalkan alamat emel mereka.
Sebagai balasan, anda boleh hadiahkan sesuatu seperti laporan percuma atau
lebih baik lagi preview mengenai produk anda. Dengan cara ini, dengan mudah
sahaja anda boleh menghubungi mereka kembali pada bila – bila masa.
Anda boleh gunakan
khidmat 'autoresponder' untuk memudahkan penghantaran emel dan follow up anda.
Jika anda belum mampu menyewa 'autoresponder' berbayar seperti 'GetResponse' atau 'Aweber', anda boleh menggunakan 'autoresponder' percuma seperti 'EasyAutores'. Apabila perniagaan anda sudah maju, maka anda
bolehlah bertukar ke 'autoresponder' berbayar yang ternyata lebih baik.
Banyak perniagaan internet
yang kurang maju ataupun gagal, disebabkan mereka mengambil mudah tentang
perlunya memiliki senarai prospek sendiri. Ini menyebabkan mereka sentiasa mencari
– cari pelanggan baru setiap hari dan tentunya ini memerlukan kos pengiklanan
yang tinggi.
Bina dan kumpul senarai prospek anda sendiri, dan kempen promosi anda insyaAllah akan bertukar menjadi lebih mudah.
Tak percaya tak mengapa, buat sahaja.
No comments:
Post a Comment