Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri 10 Tips melariskan perniagaan internet ini bersambung lagi, kali ini dalam bahagian ke empat, Membina kredibiliti atau kepercayaan.
Membina Kredibiliti
Perniagaan internet
adalah perniagaan yang dilakukan secara maya, tidak perlu berjumpa secara langsung dengan pelanggan mahupun
bersua muka. Oleh itu, segala urusniaga perlu dijalankan di atas dasar kepercayaan
antara satu sama lain.
Tanpa kepercayaan,
urusniaga pasti akan terjejas. Dan bagi membina kepercayaan, kredibiliti diri anda harus ditampilkan. Tambahan pula, semenjak kebelakangan ini terlalu banyak kes
penipuan di internet. Kebanyakannya melalui melalui pelbagai skim cepat kaya ataupun
skim pelaburan internet yang palsu. Disebabkan itu, para pelanggan sekarang sangat berhati –
hati dan hanya membuat transaksi dengan peniaga yang mereka percaya dan kenal sahaja.
Jika anda tidak
mempunyai kredibiliti, amatlah susah untuk anda meyakinkan para pelanggan anda.
Oleh itu, sangat penting membina kredibiliti dan kepercayaan. Bagi pendatang baru seperti saya, amatlah penting untuk mendapatkan kepercayaan pembaca dan pelanggan sebelum saya boleh memperkenalkan sesuatu produk ataupun servis.
Bagi orang baru seperti saya dan anda, kita boleh mencuba beberapa kaedah mudah untuk
membina kredibiliti:
i) Berikan
informasi
Jika
anda memiliki senarai prospek, janganlah berterusan menghantar emel promosi kepada
mereka. Sebaliknya, banyakkan menghantar emel yang berinformasi seperti tips –
tips perniagaan, informasi terkini perniagaan, kaedah – kaedah membina
perniagaan ataupun selitkan kisah – kisah motivasi sebagai galakan. Dengan ini,
anda akan dianggap sebagai sahabat yang membantu, bukannya jurujual yang ingin mengambil wang mereka.
ii) Berikan
hadiah
Ini
juga salah satu cara untuk mengeratkan hubungan anda dengan pelanggan anda.
Anda boleh hadiahkan mereka ebook – ebook percuma, koleksi artikel berguna
ataupun software – software yang menarik. Jika tidak, anda juga boleh berikan mereka
kupon – kupon diskaun bagi produk anda . Konsep ini seperti konsep bercucuk
tanam, semakin banyak benih yang ditabur, semakin banyak kemungkinan pokoknya tumbuh.
iii) Sediakan
newsletter
Dengan
menyediakan newsletter, anda akan kelihatan seperti seorang pakar didalam
bidang anda. Didalam newsletter tersebut, anda boleh berikan tips, cerita
motivasi dan sebagainya. Malah, boleh selitkan juga iklan mengenai produk anda.
iv) Aktif
berforum
Forum
adalah tempat dimana orang ramai berdiskusi tentang pelbagai topik. Anda juga
boleh menyertainya, sama – sama memberikan cadangan, komen atau penyelesaian
terhadap isu yang dibincangkan. Semakin kerap anda berforum dan memberikan
komen yang bernas, semakin kredibiliti anda sebagai pakar bakal terserlah.
v) Usahasama (Joint
Venture (JV))
Sebagai
orang baru, tentu sukar meraih kepercayaan dari pelanggan. Tetapi jika anda JV
dengan peniaga internet yang berpengalaman, ianya pasti akan menjadi mudah. Pada pandangan pelanggan, peniaga internet yang berpengalaman ini sudah pasti memilih dengan teliti rakan usahasama mereka. Pastinya sangka mereka, para peniaga internet ini memilih anda sebagai rakan usahasama kerana anda memiliki reputasi dan kredibiliti
yang baik.
Ramai di antara usahawan
internet yang gagal mendapat jualan kerana kredibiliti mereka diragui. Oleh itu,
binalah kredibiliti anda mulai sekarang.
Tak percaya tak apa, buat sahaja. insyaAllah akan datang hasilnya.
Tak percaya tak apa, buat sahaja. insyaAllah akan datang hasilnya.
No comments:
Post a Comment