Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda kenal tak dengan individu di bawah ini?
Saya yakin kebanyakan daripada anda mengenali Ustaz Kazim Elias ini. Beliau merupakan pendakwah bebas yang terkenal di negara kita. Beliau juga merupakan Pengetua Pusat Pendidikan Al Baraqah di Perak.
Kali ini saya bukan nak kongsikan mengenai Ustaz Kazim. Saya pinjam sebagai contoh manusia terkenal sahaja kerana saya memang amat mengangumi beliau. Macam saya yang baru berjinak-jinak dan hendak bertapak dalam bidang perniagaan ini, memang amat penting untuk blog dan produk saya dikenali. Lainlah kalau saya ini sudah terkenal seperti Ustaz Kazim contohnya, memang mudah saya nak memperkenalkan blog dan produk dan blog saya. Ini kerana masyarakat sudah kenal dengan saya, maka lebih mudah untuk mereka melawat blog dan membeli produk dan servis yang saya tawarkan.
Sebaliknya memandangkan saya ini tidak terkenal, saya haruslah berusaha supaya blog dan produk serta perkhidmatan saya dikenali. Dikenali bukan semestinya terkenal. Dikenali mungkin disebabkan produk dan perkhidmatan kuakiti yang boleh anda tawarkan.
Macam mana nak bagi blog, produk dan perkhidmatan anda dikenali? Jom saya kongsikan beberapa perkara yang saya dan anda boleh cuba:
- Untuk yang menjadikan blog sebagai platform perniagaan, anda haruslah rajin kemaskini dan muatkan informasi terkini mengenai produk dan perkhidmatan anda. Sekurang-kurangnya muatkan perkembangan terkini setiap hari.
- Fokus pada niche anda. Janganlah bila berniaga kerepek pisang, anda hanya muatkan perkembangan terkini perlawanan bolasepak pula. Lama-kelamaan pastinya pengunjung blog anda yang hendak mebeli kerepek akan berkurangan. Anda mungkin dapat pengunjung yang ramai, tetapi kurang pembeli. Ini kerana orang yang datang hanya nak membaca mengenai bolasepak.
- Bina fanpage blog anda di facebook. Minta kawan-kawan dan saudara mara anda untuk tolong 'like'.
- Anda boleh kemaskini status di facebook mengenai perkembangan terkini blog anda. Saya sendiri sudah mencubanya dan ternyata ianya sangat berkesan untuk menambahkan trafik ke blog anda.
- Buat pengiklanan berdasarkan kemampuan anda di facebook, google dan sebagainya.
- Bertukar-tukar dengan blog baru seangkatan anda untuk mempromosikan blog anda.
Itu adalah sebahagian daripada cara yang telah saya pelajari. Ada yang saya telah lakukan dan terbukti berkesan. Ada yang masih belum saya lakukan lagi kerana masih mahu fokus dalam mengemaskini blog dan menghasilkan entri baru setiap hari untuk dikongsikan dengan para pembaca semua.
Jom cuba sama-sama.
No comments:
Post a Comment