Wednesday, April 9, 2014

Jakarta kami terbang pergi, Kuala Lumpur menyambut kami lagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam kesibukan mengemas barang-barang, sempat lagi mencuri masa sekejap nak menulis entri di blog ini. Sedar tak sedar sudah bulan April 2014 tahun. Sudah hampir setahun juga kami sekeluarga berulang dari kota Jakarta ke Kuala Lumpur atau Pulau Pinang. Disebabkan tuntutan kerja dan beberapa faktor yang lain kami terpaksa berbuat demikian.

Banyak pengalaman pahit manis yang kami perolehi. Banyak pelajaran yang kami pelajari dari insan-insan di kota Jakarta ini. Benar kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan, bertambah pengetahuan dan pengalaman. Ikut hati memang nak meneruskan lagi tugasan di Jakarta. Tetapi disebabkan dek terlalu banyak halangan , nampaknya lebih baik kembali bertugas di ibu negara.

Buat sementara waktu, ingin rasanya berehat sebentar dari mengembara. Kasihankan anak-anak, isteri dan diri sendiri yang selalu keletihan dan terganggu kesihatan  hampir setiap kali perjalanan. Walaupun jarak penerbangan tidaklah terlalu lama. Tetapi perjalanan dengan anak-anak kecil memang mencabar dan melelahkan.

Berpeluang kembali semula ke Kuala Lumpur juga merupakan suatu rahmat buat kami. Sementelah di Jakarta ini, terlalu banyak urusan di Kuala Lumpur yang tidak dapat kami selesaikan. Sayu juga sebenarnya nak meninggalkan Jakarta. Tempat yang telah menjadi rumah kedua atau ketiga atau keempat (kurang pasti sebenarnya sebab terlalu banyak berpindah randah) ini telah mula terasa selesa.

Di harap kepulangan kami ke Kuala Lumpur dapat mencati pencetus semangat dan permulaan baru buat kami sekeluarga. Harapan pastilah nak memberikan fokus pada permulaan menjinak-jinak diri dengan selok belok WAHD.

Di Kota Jakarta itu macam-macam yang saya pelajari dari penghuni kotanya. Sepanjang tempoh hampir setahun di sana, hanya 3-4 kali sahaja saya berpeluang melihat pengemis di sana. Mungkin kerana undang-undang negara itu yang tidak membenarkan kegiatan mengemis dan juga memberi wang kepada pengemis. Jadi disebabkan kesempitan hidup dan kesukaran mendapatkan pekerjaan mereka ini terpaksa menjadi kreatif dan menggunakan sumber dan keaadaan sekeliling mereka.. Nak tahu apa yang mereka lakukan?

1. Kanak - kanak menjual suratkhabar lama bagi dijadikan sejadah atau lapik untuk umat Islam solat jumaat. Umat islam di sana sangat ramai, jadi macam di kawasan kerja saya ada 4 buah tempat untuk solat jumaat, tapi memang jemaah akan penuh sehingga ke luar masjid. Seawal usia muda mereka sudah bertungkus lumus membantu menyara kehiduoan keluarga.

2. Menyewakan payung ketika hujan. kebanyakannya adalah kanak-kanak. Mereka akan memberikan payung mereka kepada orang yang hendak menyewa dan kemudian mereka akan mengikut anda sehingga ke destinasi sambil kebasahan kerana mereka telah berikan payung mereka kepada anda.

3. Menjadi 'polis trafik'. Lalulintas si sana memang terkenal dengan masalah trafiknya atau macet dek kerana lambakan kereta dan motosikal. Jadi akan ada ramai sukarelawan ini yang menjaga trafik di simpang-simpang. Sesetengah pemandu akan memberikan sedikit upah atas perkhidmatan mereka.

Begitu jugalah, saya dan anda yang baru hendak memulakan bisnes dari rumah seharusnya kreatif dan memanfaatkan sumber dan keaadaan sekeliling yang tersedia. Ini mungkin akan dapat membantu untuk memperkenalkan perniagaan yang kita hendak ceburi ini nanti.

Sampai di sini dahulu perkongsian kali ini. Nak mencari idea untuk memulakan perniagaan dari rumah pula.




No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati