Tuesday, April 1, 2014

Idola Kecil

Salam sejahtera. Siapakah idola anda? Untuk masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w pastinya menjadi idola pilihan dan contoh ikutan dalam kehidupan seharian. Untuk saya, ibu dan bapa saya merupakan idola utama saya. Pada zaman ini dek kerana pengaruh media yang begitu meluas, ramai anak muda yang menjadikan artis-artis dan selebriti sebagai idola ikutan.

Di Malaysia ini juga, banyak program-program hiburan yang seolah-olah menyarankan supaya menjadikan artis-artis sebagai idola. Antaranya ialah seperti bintang kecil & idola kecil. Bukannya tidak bagus, tetapi bimbang anak-anak akan tersalah anggap bahawa kehidupan itu diterajui dengan hiburan semata-mata. Malahan kadang kala saya menganggap pakaian dan mekap yang dikenakan peserta terlalu berlebihan. 

Pada saya, peranan ibu bapa amatlah penting dalam menentukan hala tuju anak-anak. Peluang untuk ibu bapa bekerja di rumah sepenuh masa seharusnya dimanfaatkan untuk memantau dan membimbing anak-anak. Ibarat kata pepatah, kalau nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Teringat akan petikan artikel sebuah akhbar pada tahun 2008. Pada saya inilah individu yang harus dijadikan idola dan contoh kepada anak-anak. Petikan ini mengisarkan tentang kejayaan adik Mohammad bin Ahmad Zahid memenangi pertandingan hafazan Al-Quran di Dubai. Jika berkesempatan ingin saya bertemu dengan ibu bapa Adik Mohammad ini untuk meminta panduan mendidik anak. Yang lebih mengagumkan ketika itu adik Mohammad baru sahaja berusia 13 tahun.


Adik Mohammad bin Ahmad Zahid wins hearts in Dubai! 

Thirteen-year-old Mohammad Bin Ahmad Zahid from Malaysia is felicitated after being adjudged the winner of the Quran recitation contest at the Dubai International Holy Quran Award.
Teenager's Quran recitation wins hearts




Dubai: The young Malaysian participant who was eventually declared the winner of the recitation event at the Dubai International Holy Quran Award (DIHQA) event had the jam-packed audience in a thrall.

The contest began at midnight on Thursday after the conclusion of programmes associated with the event. The prizes will be announced today at 9.30pm in the presence of His Highness Shaikh Mohammad Bin Rashid Al Maktoum, Vice-President and Prime Minister of the UAE and Ruler of Dubai, at the Cultural and Scientific Association.

There were seven participants in all who vied for the top three prizes. A Turkish contestant and a Kuwaiti participant were adjudged second and third respectively in the recitation event.

Thirteen-year-old Mohammad Bin Ahmad Zahid's performance moved some members of the audience to tears. His recitation of verses from Surat Ar-Rahman (The Beneficent, The Mercy Giving) of the Quran during the stage of the competition when each participant was given seven minutes to showcase his talent went down especially well with those assembled.

Looking smart in baju Melayu and songkok, Muhammad from Sekolah Darul Hikmah in Ampang, Selangor, was all smiles as he was congratulated by government officials, fellow contestants and others who were at the Cultural and Scientific Association Centre, the venue of Diqha, in Al-Mamzar.

The teenager, who took three years to memorize the Quran, received his prize at a separate ceremony few days ago.


Di dalam artikel akhbar itu telah melaporkan yang adik Mohammad mengambil masa tiga tahun untuk menghafaz keseluruhan Al-Quran. Tahniah kepada adik Mohammad dan kedua ibu bapanya. Sejuk hati membaca artikel akhbar mengenai adik Mohammad ini. Saya berharap supaya dapat membimbing anak-anak untuk turut menghafaz quran. 

Suatu kelebihan apabila anak-anak menghafaz Al-Quran, di padang masyar nanti ibu bapa mereka akan dipayungkan dari kepanasan matahari. Berdoalah juga supaya anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Kerana apabila kita sudah meninggal dunia, hanya pahala dari 3 perkara sahaja yang boleh dikirim kepada kita iaitu, amalan soleh kita sewaktu hidup dahulu, sedekah dan juga anak yang soleh. Semoga sama-sama kita mendapatkan keberkatan dalam perkongsian kali ini

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati