Thursday, May 15, 2014

Bekerja sendiri vs Makan Gaji

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah masih berkesempatan menulis dan berkongsi serba sedikit dengan anda walaupun mengalami beberapa bentuk ujian dan cabaran. Komputer tidak sihat, masalah talian internet terhad dan sebagainya. Biasalah itu bagi orang yang baru nak berjinak-jinak nak bekerja di rumah, 2 perkara tersebut memang merupakan nadi utama. kalau salah satunya bermasalah, maka akan tergannggu gugat juga urusan nanti.

Kali ini saya nak mengulas sedikit tentang perbezaan bekerja di rumah/meniaga dan kerja makan gaji. Kenapa saya nak mengulas ni sebab saya rasa menarik nak membincangkan 2 perkara panas yang sedang hangat dibicarakan di laman FB saya. Dahulunya saya juga agak rimas dengan kenyataan-kenyataan peniaga-peniaga di laman FB ini. Ialah asyik promosikan produk jualan mereka sahaja. Macamlah produk mereka itu yang terbaik sekali. Entah-entah mereka sendiri pun tak pernah guna produk tersebut. Tapi itu dulu, sewaktu saya kerja makan gaji sahaja. Tetapi apabila saya sendiri berkecimpung dalam dunia perniagaan kecil ini, persepsi saya mula berubah. 



Kenapa saya katakan begitu?

1. Bila bekerja sendiri ni lebih banyak masa dapat diluangkan dengan keluarga.
2. Ada pilihan untuk tak bersesak-sesak ke tempat kerja.
3. Ada pilihan untuk menjadikan rumah sebagai pejabat. Lebih selesa. Pakaian pun ikut suka. Macam saya ni memang tak minat nak pakai pakaian pejabat. jadi kalau ada peluang nak bekerja dengan pakai kain pelikat dan -T shirt memang menarik sangat.
4. Ganjaran itu adalah 100% untuk kita.
5. segala keputusan dan tindakan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak perlu menghadapi prosedur dan birokrasi di pejabat.
6. Masa bekerja adalah fleksibel.
7. Bebas melakukan kerja di mana-mana yang kita suka dan tak semestinya terperap di dalam kubikel tempat kerja.

Namun dalam banyak-banyak keseronokan itu ada juga kelemahan bekerja sendiri ni seperti:

1. Displin kena tinggi, kalau tak displin mungkin langsung tiada pendapatan.
2. Pendapatan tidak tetap dan berantung kepada hasil jualan setiap bulan.
3. Segala kemudahan insuran, kad medikal , caruman KWSP dan lain-lain kemudahan harus disediakan sendiri kerana andalah majikan dan juga pekerja.
4. Kena selalu memotivasikan diri dan tidak boleh malas-malas kerana mungkin akan menyebabkan perniagaan rugi.Kalau tidak bermotivasi, susah untuk menggerakkan perniagaan.
5. Kena mempunyai aturan dan perancangan yang sangat bagus. Kalau makan gaji , hanya perlu ikut sahaja apa yang pihak atasan arahkan dan tetapkan.
6. Untuk bermula sangat susah, kadang kala 2 hingga 3 tahun pertama masih lagi bergelut untuk hanya menstabilkan perniagaan. Berbeza dengan kerja makan gaji kerana syarikat memang sudah dikenali.
7. Sukar untuk membuat pinjaman dengan pihak Bank.
8. Tiada istilah cuti.
9. Kalau tak pandai menguruskan akaun, akhirnya akan rugi walaupun keuntungan tinggi.


Sekarang jom lihat apa pula kebaikan kerja makan gaji:

1. Setiap bulan dapat pendapatan tetap.
2. Ada bonus
3. Ada caruman KWSP, perlindungan insuran, kad medikal dan lain-lain kelebihan.
4. Ada cuti.
5. Kerja 8 jam sehari
6. Sudah mempunyai tugasan tertentu untuk disiapkan (kebanyakan orang)
7. Mudah membuat pinjaman bank
8. Kerja yang terjamin

Kelemahannya pula:

1. Kalau di bandar besar, kebiasaannya terpaksa menghadapi kesesakan lalulintas untuk ke tempat kerja
2. Cuti bergantung kepada kebenaran majikan.
3. Kurang masa bersama keluarga (tapi boleh diluangkan di hujung minggu)
4. Walaupun kerja 8 jam sehari tapi mungkin terpaksa bekerja lebih masa tanpa bayaran untuk menyiapkan tugas
5. Pendapatan tetap dan kenaikan yang tidak banyak setiap tahun
6. Boleh menjadi stres kalau mendapat majikan yang tidak sesuai dan persekitaran kerja yang kurang selesa.

Ini adalah di antara kelebihan dan kelemahan kerja makan gaji dan bekerja sendiri yang dapat saya senaraikan. Macam sekarang ni saya makan gaji dan sudah mula mengorak langkah untuk bekerja sendiri. Jadi saya amat memahami kelemahan dan kelebihan kedua-dua perkara ini. Masing-masing ada pilihan masing-masing. Tidak salah pun untuk kerja makan gaji ataupun bekerja sendiri. 

Tak perlu sampai berperang besar untuk menegakkan pilihan masing-masing. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihannya sendiri. Yang makan gaji kenalah cuba faham orang yang bekerja sendiri dan begitu juga sebaliknya. Masing-masing hendak mencari rezki yang halal. Jadi apa pun pilihan yang anda buat buatlah dengan berhemah. Kerjalah dengan jujur untuk mendapat keberkatan. Jangan malu dengan pekerjaan anda, yang penting biarlah pekerjaan anda itu halal.

janganlah menggunakan kelemahan orang lain sebagai kekuatan diri sendiri. Tak perlu juga mencaci pilihan orang lain walaupun kita rasa pilihan kita lebih bagus. Nasihatilah atau tegurlah mereka dengan baik dan berhemah. InsyaAllah pekerjaan kita sama ada makan gaji ataupun bekerja sendiri akan mendapat lebih keberkatan.

Tak percaya tak apa, buat sahaja. InsyaAllah hasilnya pasti tiba.


No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati