Friday, May 16, 2014

Macam mana nak mulakan perniagaan pakaian

Sedar tak sedar sekarang ni dah bulan rejab. Sekejap sahaja lagi nak masuk bulan ramadhan dan bulan syawal. Maka berduyun-duyunlah orang ramai sibuk nak membuat persiapan menjelang syawal. Ada yang dah beli baju raya, langsir raya dan sebagainya. Menjelang bulan ramadhan dan syawal ni biasanya peniaga yang menjual baju melayu, baju kurung dan langsir memang laris kerana permintaannya yang tinggi, maklumlah semua nak bergaya di hari raya.


Pada yang nak keuntungan bermusim, bolehlah mencuba untuk menjual pakaian raya. Maklumlah lagi 2 bulan sahaja tinggal sebelum syawal, para tukang jahit pun pastinya sudah tidak mampu menerima tempahan baharu lagi.


Tetapi kalau anda berminat nak meniaga pakaian sepanjang tahun, saya boleh kongsikan caranya. Macam mana tu ya?


Pertamanya kenalah tahu serba sedikit tentang asas nak menjual pakaian. Kalau berkemampuan, saya nak sarankan buku ini. Harganya RM 50.




Apabila dah tahu serba sedikit tentang memulakan perniagaan pakaian, bolehlah mencuba untuk menjualnya pula. Tapi dimana nak dapatkan pengedar dan pakaian jenis apa yang sesuai untuk dijual?


Saya cadangkanjuallah pakaian yang unik, yakni yang berfesyen kerana ia boleh terjual bila-bila masa. Pilihan paling selamat ialah baju kurung. Baju kurung ni memang tersangat laris permintaannya. 


Bagi mereka yang pandai mencipta fesyen pakaian tetapi tidak tahu asas jahitan dan pembekal mungkin boleh lawati laman web ini: http://www.blinglustre.com/tailoring.php. Bagi yang tidak tahu mereka pakaian pun tak apa, anda boleh lihat fesyen di internet dan bawa gambar tersebut kepada kedai pakaian ini. Mereka mampu menghasilkannya untuk anda. 



 Kenapa kena lawati laman ini?


1. Harga yang berpatutan

2. Anda bebas membuat rekaan anda sendiri

3. Kemahiran membekalkan pakaian menyusu/berfesyen

4. Khidmat yang mesra pelanggan


Ini antara portfolio mereka.





Pekerja mahir sedang tekun membuat kerja





Malah anda boleh terus membuat tempahan, tanpa perlu ke kedai, hanya secara online sahaja. Jika berminat bolehlah menghubungi mereka melalui:


Emel: tailoring@blinglustre.com 

Sms/Whatsapp: +6016-3222 760


Untuk makluman slot untuk tempahan  sudahpun penuh sehingga bulan Julai tahun ini. Slot tempahan akan dibuka semula bermula bulan Ogos tahun ini. Namun silalah menghubungi nombor yang tertera untuk memastikannya. Kenalah pantas merebut slot tempahan, supaya tidak terlambat ya.


Jadi pada siapa yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan pakaian, bolehlah cuba dua langkah yang saya kongsikan. Inilah peluang mewujudkan pakaian jenama anda sendiri. Selamat mencuba dan selamat maju jaya.


No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati