Wednesday, May 14, 2014

Playdoh buatan rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga. Seronok juga kalau cuti-cuti ni boleh bawa anak-anak.beriadah ke taman tasik, taman permainan dan sebagainya.

Tapi memandangkan hujan kerap turun sekarang, kena banyak melakukan aktiviti di dalam rumah. Tapi budak-budak ni cepat jemu dan bosan melakukan perkara rutin dan berulang-ulang. Jadi ibu bapa kenalah lebih kreatif untuk mencipta aktiviti bermain dengan anak-anak di rumah.

Alhamdulillah saya beruntung dapat isteri yang kreatif, macam-macam permainan dia reka dengan anak-anak. Jadi lebih mudah untuk saya, hanya perlu melayan dan bermain bersama anak-anak. Terbaharu, anak sulung kami asyik meminta untuk dibelikan set permainan playdoh. Risau juga nak belukan sebab anak-anak kecil lagi, takut mereka makan sahaja dan jadi tak selamat untuk mereka. Nasib baiklah isteri ni pandai merekacipta. Suatu hari ni isteri saya pun buatkan playdoh ciptaan rumah untuk anak-anak saya. Saya pun tak pasti sangat bahan-bahannya, yang saya ingat dia kata tepung,minyak masak, garam, krim tartar dan pewarna. Kalau nak tahu cara nak buat,nanti saya tanyakan. Beliau pun tak menceritakan secara terperinci kepada saya. Kata beliau, gaul-gaul, panaskan atas api, letak pewarna dan siap. :) Menariknya playdoh buatan rumah ini selamat. Jadi kalau anak-anak ni makan pun InsyaAllah tiada masalah.

Jom tengok sikit macam mana rupa bentuknya playdoh buatan isteri saya ni.







Seronok tengok anak-anak seronok bermain dan menzahirkan kreativiti mereka masing-masing. Set pembuatan playdoh tu pula ihsan mak ngah & pak ngah mereka. Untung juga jadi anak yang dekat-dekat nak akhir ni. Banyak barang kepunyaan anak-anak saudara yang boleh diguna pakai semula.





Sebenarnya tak semestinya mengeluarkan belanja besar dan membelikan permainan yang mahal untuk menggembirakan anak-anak. Hanya perlu lebih kreatif dan kerapkan meluangkan masa sahaja bersama mereka. Anak-anak ini mereka nak kita ada sahaja dengan mereka.

Tak percaya tak apa,buat sahaja. InsyaAllah pasti ada hasilnya.

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati