Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kesempatan cuti hari pekerja ini, mungkin ada yang mengambil cuti pada hari jumaat untuk bercuti lebih lama dan pulang ke kampung masing-masing. Saya sendiri tidak terlepas berbuat demikian. Cuti kali ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk pulang ke kampung menemui ibu dan ayah.
Apabila sesekali pulang ke kampung, pastinya saya mengambil kesempatan untuk makan makanan di kampung. Mengikut nasihat, saya mengamalkan diet seimbang. Cuma masalahnya diet saya ini sedikit berbeza yakni, diet (did i eat that?).
Mana tidaknya, apabila pulang ke kampung, semuanya nampak.sedap. Ditambah pula dengan harga yang sangat murah berbanding dengan harga di Kuala Lumpur, membuatkan saya jadi rambang mata dengan makanan.
Pada anda yang juga ada mengamalkan diet seperti saya ini, haruslah lebih berhati-hati supaya kesihatan diri tidak terjejas.
Ingatan terhadap diri sendiri, janganlah makan berlebihan dan jangan membazir. Marilah kita ikut sunnah rasullullah s.a.w dalam cara makan dan apa yang baginda makan. Malah marilah kita ikut cara hidup rasulllullah s.a.w.
Tak percaya tak apa, buat sahaja, insyaAllah hasilnya tiba.
No comments:
Post a Comment