Monday, May 12, 2014

Kelahiran dan berpantang

Teringat sewaktu kelahiran anak sulung saya, Ahmad Aasim pada tahun 2010 dahulu. Sewaktu itu saya bertugas di Pasir Gudang, Johor. Isteri pula sewaktu itu masih menetap bersama ibu bapanya di Bukit Mertajam , Pulau Pinang. Fasa terakhir kehamilan, memang kerap kena bawa isteri membuat pemeriksaan dengan doktor. Lagi dua minggu sebelum tarikh kelahiran Aasim, isteri memang sudah ada temujanji dengan doktor. Jadi saya pun memang sudah membuat perancangan untuk menemani isteri membuat temujanji.

Memandangkan tempoh masa dua minggu lagi sebelum tarikh kelahiran itu masih lama, saya hanya balik sehelai sepinggang sahaja ke rumah mertua. Bawa pakaian yang cukup untuk sehari dua sahaja. Pulanglah saya dengan menaiki kapal terbang ke Pulau Pinang. Malah kalau tak silap saya, isteri saya yang menjemput saya di Lapangan terbang.

Keesokannya kami pun pergilah ke hospital bagi tujuan pemeriksaan. Sampai giliran isteri, saya diminta tunggu diluar bilik pemeriksaan. Kemudian sesudah selesai, doktor memanggil saya dan memberitahu bahawa telah terdapat bukaan dan isteri akan disiapkan untuk melahirkan anak pada hari itu juga. Tiga kali doktor mengulang perkara yang sama kepada saya. Kali ketiga dan 5 minit kemudiannya baru saya sedar. Terkejut rupanya kerana tak menyangka yang isteri akan melahirkan anak pada hari itu.

Putera sulung kami, Ahmad Aasim

Memang terkedu panjang saya. Sudahlah sebarang persiapan pun tidak tersedia. Barang -barang untuk isteri pun langsung tidak dibawa. Malah tidak disiapkan lagi pun di dalam beg. Setelah bertenang, perkara pertama yang saya buat ialah menelefon ibu mertua saya dan memberitahu perkara tersebut. Kemudiannya terus membuat urusan yang perlu dengan pihak hospital bagi tujuan kemasukan wad dan sebagainya. Setelah itu saya terus menemani isteri sehinggalah kelahiran Aasim. Sungguh gembira setelah menyambut kelahiran Aasim dan dapat mengazankan dan mengiqamahkan sendiri.

Setelah selesai semuanya, barulah saya pergi menyiapkan barang-barang isteri dan anak. Selepas kelahiran Aasim tu memang beringat dan sudah menyediakan barang-barang yang perlu dengan lebih awal. Macam isteri, dia beruntung kerana dapat peluang berpantang di rumah ibunya sendiri. Jadi lebih mudah kerana ada orang yang menjaga sewaktu berpantang. Namun tak semua orang dapat peluang yang sama. Ada juga yang terpaksa berpantang sendiri di rumah kerana beberapa faktor tertentu.

Di sini, saya nak kongsikan dua buku yang mungkin boleh membantu ada dalam proses kelahiran dan berpantang, baik cara tradisional ataupun moden.




Ebook ini insyaAllah akan dapat membantu anda memahami dan bersedia dengan lebih baik untuk bersedia untuk proses kelahiran dan juga berpantang.

Jadi kalau nak beli bolehlah hubungi saya: 


SMS/Whatsapp : 017-4816770
Facebook : www.facebook.com/ahmadshahrin.manuar

Kalau anda baca buku ini, saya yakin anda tak akan kelam kabut dan kaget seperti saya sewaktu menyambut kelahiran anak pertama.

Di entri ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan Norli dan Zaidi iaitu adik ipar saya yang baru sahaja menyambut cahaya mata pertama mereka beberapa hari yang lepas. Selamat mendapat keberkatan melalui kelahiran anak pertama mereka ini. 

Anak ini juga merupakan satu ujian. Ujian untuk kita lebih bersabar, ebih matang dan lebih bersyukur dengan nikmat Allah. Pengurusan masa kena lebih mantap bila dah dapat anak-anak ini. Para suami pun kenalah lebih banyak turun padang membantu isteri menuruskan hal ehwal rumah tangga. Isteri yang dalam pantang ni masih lemah malahan emosi mereka pun kurang stabil disebakan ketidakseimbangan hormon. Jadi hormatilah mereka, dan banyakkan bersabar. Semoga dengan kehadiran anak-anak di dalam hidup dapat menyerikan lagi kehidupan dan lebih mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t.

Tak percaya tak apa, buat sahaja. InsyaAllah hasilnya pasti tiba.

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati