Friday, May 16, 2014

Selamat hari guru

Nabi Adam diajar oleh Malaikat Jibril untuk membuat roti daripada gandum. Nabi Muhammad juga diajar untuk membaca oleh malaikat Jibril bermula dengan turunnya wahyu yang pertama ke atas baginda. Daripada sini lagi kita boleh nampak kepentingan pendidikan dan guru di dalam kehidupan kita.

Tidak kisahlah guru formal ataupun yang tidak formal. Mereka inilah yang sedikit sebanyak yang mencorakkan sebahagian besar kehidupan kita. Kita imbas kembai masa lampau kita. Sewaktu kecil, ibu bapa kitalah yang mengajar kita bercakap, mengenal huruf dan membaca sebelum kita ke tadika lagi. Macam saya, emak saya mengajar mengenal huruf hanya daripada roda hiasan dan papan tanda sahaja sehingga akhirnya saya boleh mengeja dan membaca. Malah ibu bapa saya masih lagi menjadi cikgu saya dalam semua aspek kehidupan dan juga aspek keagamaan. Ibu bapa kitalah yang terus menerus mentarbiah dan mendidik kita sehingga ke akhir ayat.

Kembali ke zaman lampau, masa kecil kita. Pendidikan awal kita dapat di tadika dan sekolah rendah. Bersusah payah guru-guru mengajar dan mendidik kita. Bersabar dengan segala kerenah dan tingkah laku kita hanya demi memastikan kita menjadi insan terpelajar dan berjaya. Betapa suatu ketika dulu tugas guru itu begitu dihargai. Dahulu di bangku persekolahan sekolah rendah, apabila ditanya pastinya sebahagian besarnya menjawab cita-cita mereka mahu menjadi seorang guru. Bangganya anak-anak didik ini dengan tugas seorang guru.

Melangkah ke alam remaja, kita duduk di bangku sekolah menengah. Di sini di samping mengajar guru turut menkankan aspek sahsiah supaya kita ini disiapkan untuk alam pelajaran yang seterusnya. Bersengakang mata dan bergembeling tenaga mereka mengadakan pelbagai kelas latihan dan tuisyen secara percuma hanya mahu memastikan kita berjaya. Bagi mereka biarlah mereka kekal sebagai guru jikalau tugas itu mampu melahirkan pemimpin negara dan tokoh-tokoh profesional di masa kan datang. Namun sedihnya ada juga yang tidak mahu ditolong lantas tergamak ponteng dan biadap dengan guru.

Seterusnya hamoir menjadi orang dewasa, kita meangkah pula ke alam gading. Pensyarah pula mengambil alih tugas mengajar dan mempersiapkan kita untuk menempuh alam pekerjaan. Namun ramiai yang tidak endahkan pengorbanan mereka. Malah ramai yang melawan kerana merasakan mereka yang terhebat. Ramai yang tidak pergi kelas dan sebagainya. Kalaulah mereka ini sedar dan faham pengorbanan guru-guru ini.

Pentingkan peranan guru ini dalam kehidupan mereka. Tak ternilai dengan pujian, wang ringgit dan harta benda. Dulu saya juga tidak berapa ambil peduli pada guru. Cukup sekadar hormat apabila mereka ada.

Tapi setelah membesar dan hidup di dalam keluarga pendidik ini, saya makin nampak dan faham keperitan dan kepayahan mereka. Ibu dan ayah mertua seorang guru. Kakak dan abang ipar juga seorang guru. Memang terharu melihatkan kesungguhan mereka mendidik dan sikap mereka ang tak pernah putus asa untuk terus memajukan anak murid.

Jadi hormatilah dan sayangilah guru kita. Besar pengorbanan mereka sebenarnya. Tanpa bantuan mereka , mungkin anda tidak dapat berjaya seperti anda sekarang. 
hormatilah guru, insyaAllah ilmu kita akan diberkati. 


Selamat hari guru kepada semua warga pendidik. semoga jasa kalian akan dibalas oleh Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati