Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bermula hari ini, insyaAllah saya akan menyediakan satu ruangan atau kategori khas bagi saham akhirat. Ruangan ini diwujudkan khusus bagi mengumpul dana dan sumbangan bagi pihak yang memerlukan.
Untuk entri ini saya berbesar hati untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepada saya yakni untuk mengumpul dana bagi membesarkan Masjid Al Wahidiah, Kampung Kuala Dal, Perak. Masjid ini merupakan masjid di mana terletaknya kampung saya. Ayah saya, Tuan Haji Mohamad Anuar juga merupakan pengerusi Masjid Al Wahidiah ini. Sebelum itu bagi mereka yang tidak tahu di mana masjid itu boleh lihat beberapa gambar di bawah.
Mungkin anda dah tahu kalau tengok masjid buluh ni. Tapi masjid ini sudah dibaik pulih dan dipelihara sepenuhnya. Cumanya pembesaran Masjid Al Wahidiah ini untuk masjid batu yang baru yang terletak di sebelahnya.
Gambar ihsan blog dkosonglapan.blogspot.com
Untuk makluman anda, pembesaran masjid ini adalah bagi tujuan untuk menampung jemaah yang sudah semakin ramai di Masjid ini. Khususnya pada waktu solat jumaat dan Solat sunat Aldilfitri & Aidiladha. Kerja- kerja pembesaran sudah mula dilakukan. Namun begitu, pihak masjid masih memerlukan peruntukan sekitar RM 15,000 bagi tujuan pembesaran masjid.
Sumbangan adalah RM 100 untuk setiap kaki persegi.
Sumbangan boleh dibuat terus kepada Akaun MAYBANK berikut:
158097780886
Masjid Al Wahidiah
Untuk yang mahu menyumbang bolehlah beritahu maklumat sumbangan anda (berapa jumlah sumbangan anda) kepada saya melalui:
emel: ahmadshahrin.mohamadanuar@gmail.com
telefon/sms/whatsapps: 0174816770
facebook: www/facebook.com/ahmadshahrin.manuar
Maklumat ini perlu bagi tujuan mengemas kini jumlah dana terkumpul dan juga bertujuan untuk tidak mencampur adukkan duit masjid yang sedia ada dan juga wakaf pembesaran masjid ini.
Segala sumbangan anda adalah amat dihargai. Diharap anda juga dapat menghebahkan perkara ini. Diharap dalam tempoh sebulan ini, kutipan RM 15,000 berjaya dicatatkan bagi tujuan pembesaran masjid. Makin banyak yang kita sumbangkan, makin banyak pulangannya nanti.
Tak percaya tak apa, buat sahaja, InsyaAllah ada hasilnya nanti.
No comments:
Post a Comment