Saturday, May 17, 2014

Teknik Menyelesaikan masalah

Masalah,masalah,masalah. Tak pernah habis dengan masalah. Di majalah-majalah dan internet pun penuh dengan pelbagai artikel mengenai penyelesaian masalah. Rancangan televisyen pun banyak yang menawarkan mengenai penyelesaian masalah. Masalah kewangan,masalah kesihatan, masalah negaa dan pelbagai cabang permasalahan lagi. Tapi mengapa rancangan sebegini dan pembacaan sebegini menarik begitu banyak permintaan ramai?

Ini disebabkan seorang manusia tak pernah lepas dari masalah. Malah manusia juga sering memikirkan masalah sehinggakan acapkali terlupa memikirkan penyelesaiannya.

Situasi 1:

Seorang ibu terpaksa berhenti kerja setelah melahirkan anak kerana tidak ada orang yang boleh menjaga anaknya dan harus menjaga anaknya sendiri. Kalau dilihat pada masalahnya mungkin hanya ternampak akan kuranglah punca pendapatan keluarga disebabkan si ibu terpaksa berhenti kerja. Tetapi kalau fokus pada penyelesaiannya mungkin si ibu boleh menampung kembali pendapatannya yang hilang. Daripada merungut dan mengeluh terpaksa berhenti kerja mungkin si ibu ini boleh melakukan aktiviti yang mendatangkan pendapatan kepada beliau melalui pengalaman si ibu ini menjaga dan mengasuh anak beliau. 

Si ibu melalui pengalaman menyusukan bayi beliau telah melakukan 3 perkara ini:


i) menulis tentang petua menyusu dan menambahkan susu badan

ii) menjual supplement (makanan tambahan) untuk menambah susu 
iii) menjual baju menyusu yang mesra ibu menyusu

Daripada masalah, belau telah menukarkan masalah tersebut kepada peluang menambahkan pendapatan beliau.



Situasi 2

Seorang ayah hendak menyewakan sebuah rumah, tetapi rumah itu masih belum tersedia dengan grill (jeriji keselamatan). Setelah membuat tinjauan kedai grill meletakkan harga RM 5000 dan tempoh 25 hari untuk menyiapkan grill tersebut. Manakala si ayah memerlukan masa 15 hari untuk grill disiapkan dan modal yang ada hanya RM 3000. Daripada merungut dan menyalahkan kedai, si ayah telah membeli mesin welding (kimpalan) dan besi lalu membuat sendiri grill. 


Hasilnya beliau berjaya menyiapkan dan memasang grill tersebut dalam masa yang beliau inginkan dan di bawah modal yang beliau ada. Bonusnya penduduk sekitar mula menempah grill daripada beliau dan beliau mula mendapat hasil yang konsisten dan menguntungkan.

Jadi fikirkan dan pilihlah anda nak jadi insan yang macam mana? Sekadar merungut dengn masalah yang melanda atau bijak menukarkan masalah kepada peluang dan penyelesaian.


Fokus pada masalah, belum bermula sudah kalah,masalah pula bertambah parah, Separuh jalan terus menyerah. Fokus pada penyelesaian, barulah nampak jalan, minta doa pada tuhan, InsyaAllah diperkenan.

Tak percaya tak apa, buat sahaja. InsyaAllah ada hasilnya.


No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati