Thursday, August 28, 2014

Memanfaatkan produk percuma

Kesinambungan entri saya sebelum ini mengenai peluang memanfaatkan produk percuma sebagai pembantu perniagaan kita. Tidak kisahlah kita nak gunakan produk percuma sebagai bantuan promosi, mendapatkan trafik, ataupun sebagai medium menjual barangan anda di internet.

Kali ini saya nak kongsikan satu cara mudah untuk mempromosikan jenama anda di internet secara pasif ataupun secara lemah gemalai =). Anda boleh buat entri-entri motivasi, informasi dan sebagainya. Kalau sekadar entri motivasi mungkin dah ramai orang buat. Jadi untuk kelainan sedikit anda boleh buat entri gambar-gambar motivasi macam yang saudara Irfan Khairi dan Dato' Dr Haji Fadzillah Kamsah selalu buat tu.

Mudah sahaja. Jom lihat video tutorial langlah-langkah untuk membuat poster motivasi secara percuma. 


Dah pun siap. Mudah bukan. Dah siap jangan lupa kongsikan di media-media sosial sebagai tujuan promosi.

Selamat mencuba.

Berminat nak tahu lebih banyak produk percuma yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan perniagaan dan juga pemasaran serta promosi?

Wednesday, August 27, 2014

Produk percuma - berguna atau tidak?

Seronok apabila idea datang mencurah-curah. Alhamdulillah, idea pun merupakan satu bentuk rezeki. Jangan kita lupakan dan menyangka rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit ataupun kebendaan sahaja.

InsyaAllah kalau tiada aral melintang, bulan Oktober ini saya nak melancarkan beberapa produk yang diharapkan dapat membantu anda semua. Sebelum ini saya dah ceritakan mengenai produk Blogspot untuk Newbie. Kali ini saya nak ceritakan tentang pula tentang macam mana nak mula niaga dengan menggunakan produk percuma dan produk yang murah.


Produk percuma - berguna atau tidak?


Tidak perlu berbelanja besar untuk mulakan perniagaan anda. Yang penting kita bijak menggunakan produk percuma untuk pelbagai tujuan perniagaan kita sama ada untuk berblog, promosi, pengiklanan dan sebagainya.

Betulkah pakai produk percuma ni boleh buat macam-macam?

Tak percaya jom lihat apa yang anda boleh buat dengan produk percuma.


Percaya tak yang semua itu saya buat hanya dengan menggunakan perisian microsoft powerpoint yang rata-rata hampir semua pengguna komputer memiliki perisian ini. Gambar superhero itu pun saya buang latar belakang asalnya menggunakan perisian yang sama. Malah video itu pun dihasilkan menggunakan perisian power point sahaja. Ini merupakan percubaan pertama saya untuk membuat animasi menggunakan power point. Dengan latihan berterusan saya pasti kita semua dapat menghasilkan sesuatu yang tampak lebih professional.



Gambar ini juga saya hasilkan menggunakan perisian power point. Maaf kerana ini cubaan pertama, hasilnya amat tidak memberangsangkan. 

Tapi asasnya produk percuma dapat menghasilkan sesuatu yang unik jika kita bijak memanfaatkannya.

Selamat mencuba. Siapa nak tahu lebih lanjut tentang produk yang saya akan lancarkan nanti sila hubungi saya di FB: www.facebook.com/ahmadshahrin.manuar.


InsyaAllah nanti saya akan kongsikan lagi apakah perisian percuma yang menjadi pilihan saya

Teknik bisnes online - Ebook percuma


Pada pengunjung blog Diari WAHD yang budiman, sebelum ini saya ada berkongsi beberapa teknik berguna untuk bisnes online anda di dalam entri blog saya. Untuk kemudahan semua, saya telah mengumpulkan entri saya yang terdahulu dan juga memberi tambahan baru dan mengkompilasikannya sebagai sebuah ebook.


Yang lebih menariknya, macam biasa anda boleh mendapatkan ebook ini secara percuma. Mudah sahaja caranya, anda pergi sahaja ke teknik bisnes online dan ikuti sahaja langkah mudah untuk mendapatkannya.

Semoga tips yang dikongsikan dapat membantu anda.

Ikhlas,
Ahmad Shahrin
Diari WAHD

Masih relevan lagikah kad nama atau business card di zaman teknologi?


Ha macam mana? Ada sesiapa boleh bagi pendapat tentang kad nama saya ni sebelum saya mula mencetak? Sebut pasal kad nama mungkin ada yang kurang arif, tetapi kalau sebut ' business card' pasti ramai yang tahu.

Pertemuan pertama saya dengan kad nama sejak di waktu sekolah lagi. Waktu itu popular dengan kad nama dan pelekat berkartun. Bagi kanak-kanak perempuan, sudah pasti watak kartun Disney seperti mickey mouse, daisy duck dan yang sinonim dengan kecomelan menjadi pilihan. Manakala bagi kanak-kanak lelaki sudah pasti memilih kad nama bergambar kereta dan mutiara naga sebagai pilihan utama.

Apa yang terkandung di dalam kad nama ini? Kebiasaannya maklumat asas seperti nama, alamat dan nombor telefon.

Sekarang ini apabila sudah bekerja, syarikat saya bekerja menyediakan peruntukan untuk pekerjanya membuat kad nama setiap tahun. Pasti ianya penting keran syarikat besar sanggup berbelanbja besar menyediakan kad nama untuk pekerja mereka. Selain medium untuk memberikan maklumat individu, kad nama juga secara tidak langsung mempromosikan jenama syarikat kepada prospek di luar syarikat.

Bukan itu sahaja, pengusaha dan pemandu teksi juga menggunakan khidmat kad nama untuk mempromosikan perkhidmatan mereka. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kecanggihan zaman teknologi masa kini membuatkan kad nama sedikit terpinggir dan kurang mendapat sambuta. Mana tidaknya, semua maklumat berada di hujung jari. Buat sahaja carian di telefon pintar untuk mendapatkan nombor telefon sesuatu perkhidmatan. Malah tidak perlu menyimpan timbunan kad nama yang didapati. Simpan sahaja maklumat di dalam telefon pintar.

Walau bagaimanapun, pada pendapat saya kad nama ini lebh unik dan mesra pengguna kerana ianya ada sentuhan istimewa dan tarikan tersendiri. Tak percaya? Jom kita lihat gambar di bawah untuk membuktikan teori saya.






Saya cukup tertarik dengan kad elevator dan google itu, anda bagaimana pula?

Thursday, August 21, 2014

Teknik Bisnes Online - Kepentingan blog dan media sosial

Memasarkan perniagaan di internet ni kadang-kadang boleh melesukan dan membuatkan kita rasa kurang bermaya. Ini kerana terlalu ramai orang di luar sana yang turut bersaing dan memasarkan produk yang sama. Malah kadang-kadang menggunakan teknik pemasaran yang sama juga.
Saya amat faham perasaan anda semua. Tetapi untuk yang beragama Islam, saya nak kongsikan, selalulah baca doa ini: Sebesar manapun masalah dan halangan yang aku hadapi, tidak ada yang lagi besar melainkan kekuasanMu Ya Allah. Nabi Muhammad pun ada berpesan, sebaik-baik nak berdoa, kita solat sunat 2 rakaat dulu dan kemudiannya berdoa, InsyaAllah akan dimakbulkan.
Pemasaran di internet ini sepatutnya lebih mudah. Yang penting kita kena tahu nak letak fokus kita di tempat yang betul dan mengusahakan sesuatu kempen kita sehingga habis. Kalau betul gayanya, mungkin anda yang tak minat dengan pemasaran internet ataupun perniagaan internet ini akan menyukainya pula nanti.
Takut Internet (Internetaphobia): Mengapa?
Baru-baru ini di dada-dada akhbar tempatan, banyak terpampang kisah orang yang menjadi mangsa penipuan di internet. Di laman-laman sosial pula banyak kisah pembeli yang ditipu oleh 'peniaga' yang menjual produk yang tidak wujud. Kewujudan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti inilah yang menyebabkan kredibiliti peniaga internet jatuh merudum.
Segala yang baru memang agak menakutkan untuk dicuba. Macam dahulu sewaktu sistem perbankan internet diperkenalkan, memang ramai yang memandang sinis dan risau tentang keselamatan perbankan internet. Malah sehingga kini masih ada lagi orang yang lebih gemar menggunakan sistem perbankan biasa kerana risau wang mereka akan lenyap begitu sahaja apabila menggunakan perbankan internet.
Tetapi sebenarnya banyak kebaikan  pemasaran internet ini. Banyak yang anda boleh lakukan sendiri secara percuma dan  dapat menjimatkan masa anda.
Perkara Asas
Seperti mana bayi yang baru belajar berjalan, kita juga perlu bertatih dahulu di dalam bidang perniagaan dan pemasaran internet ini. Tak perlu terus terburu-buru ingin berlari. Adakah anda telah mempunyai blog atau laman web sendiri? Jika ada tahniah diucapkan.. Jika tidak silalah dapatkan satu. Saya menyarankan untuk menggunakan medium percuma seperti blogger untuk permulaan.
Secara ringkas, buatlah blog anda menjadi mesra pengguna. Elakkan memasukkan lagu-lagu tema dan perhiasan yang boleh menjadikan blog anda lambat untuk diakses dan kurang efektif. Yang penting sebagai orang baru, pastikan blog anda kemas dan elegan. Isi kandungan blog itu yang anda harus titik beratkan.

Blog. Bagaimana dan kenapa?

Saya merasakan bahawa blog juga sebenarnya adalah suatu bentuk laman media sosial. Asalnya ia merupakan tempat di mana individu menggunakan blog sebagai tempat perkongsian gambar dan kisah hidup mereka kepada kawan-kawan dan juga pada tontonan umum. Tetapi sekarang ini kebanyakan blog menjadi medium perniagaan berjaya dan seharusnya pada siapa yang masih belum ada untuk memilikinya.

Sebenarnya sangat mudah untuk memiliki sebuah blog, anda hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk menyiapkan blog pertama anda. Yang miungkin menjadi sedikit masalah ialah mengenai isi kandungan blog tersebut. kandungan yang berinformasi ataupun penyelesaian masalah mungkin akan menarik minat pembaca. Mungkin ini merupakan perkara baru kepada ramai orang di luar sana. Menjual dan memasarkan barang anda di blog tidaklah semudah menulis" saya ada produk kesihatan untuk dijual, sila beli". Tetapi kandungan blog seharusnya berkait dengan produk anda. Anda mungkin boleh membuat entri pnyelesaian masalah. Anda mulakan dengan masalah dan kemudiannya sebagai cadanagan untuk menyelesaikan masalah, anda boleh memperkenalkan produk anda.
Cara paling mudah ialah menggunakan contoh atau 'case study' masalah sebenar. Mungkin anda boleh kongsikan pengalaman anda ataupun pengalaman orang yang anda kenal sebagai permulaan. Orang akan lebih tertarik daripada hanya membaca mengenai produk anda sahaja. Sebagai contoh, cuma pergi ke laman web minuman tenaga Red Bull. Perkara yang anda akan lihat ialah tidak ada satu pun gambar minuman tenaga Red Bull di laman utama tersebut. Sebaliknya laman web itu memfokuskan video dan kandungan yang melibatkan aktiviti yang memrlukan tenaga seperti bersukan. Kenapa? kerana ia membuatkan laman web mereka lebih menarik untuk dikunjungi semula. Anda nak datang ke laman web yang hanya ada gambar minuman tenaga sahajakah?Tidak bukan?
Media Sosial
Media sosial bukan hanya untuk kegunaan peribadi, tetapi sebaliknya alat yang sangat membantu mengembangkan perniagaan anda di zaman ini.
Di sini saya senaraikan laman media sosial yang dapat membantu mempromosikan perniagaan anda.
  • Facebook – Facebook ialah laman yang paling kerap diguna pakai. Buat status mengenai perniagaan anda. tidak perlu terlau kerap mungkin dua kali sehari. Selebihnya muatkan status motivasi dan berinteraksi bersama kawan-kawan anda.
  • Instagram – Instagram sangat visual. Jadi perniagaan baju dan makanan manfaatkan instagram dengan entri terkini setiap hari.
  • Google + – Kebaikan menggunakan blogger ialah anda boleh menghubungkannya terus ke Google+. Kemaskini status dan entri blog sekerap mungkin. cadangan satu entri setiap hari.
  • YouTube – Laman video. bagus untuk mempromosikan produk anda. Tahu tak yang Youtube merupakan laman web carian kedua paing popular selepas google? Muat naiklah video sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Nak belajar cara nak buat Video? PM saya di FB:

Setelah anda dah pilih media sosial anda yang anda ingin gunakan, daftarlah sebagai ahli media sosial tersebut. Buat blog dan buat entri secara istikhamah dan berterusan. Buat kajian mengenai entri anda. PAstikan anda juga aktif di media sosial. Yang penting kena pantas jawab soalan pembaca dan pastikan onformasi anda itu tidak salah.
Selagi anda boleh menyusun aktiviti anda di internet, perniagaan dan pemasaran internet boleh dilakukan tanpa perlu membebankan anda. Ingat manfaatkan produk murah dan percuma dengan sebaik mungkin. Sekiranya perlu membeli, belilah produk yang menerangkan secara terperinci langkah-langkah yang anda perlu buat. Pastikan juga produk itu mempunyai khidmat sokongan selepas jualan. 
Selamat maju jaya.

Iklas,
Ahmad Shahrin

Pss: saya ada ak lancarkan satu produk yang dapat membantu orang baru yang tiada asas langsung dalam blog.


Ada dua versi, satu ebook dan satu versi video. Versi Ebook RM 25 dan Versi Video RM 50.
Saya nak buat promosi sebelum pelancaran. Siapa yang pre order sebelum pelancaran saya nak beri diskaun.

Ebook RM 15 sahaja. Manakala versi Video RM 45 sahaja + percuma Ebook.

Siapa nak boleh PM saya di FB:www.facebook.com.ahmadshahrin.manuar





Teknik Bisnes Online - Teknik meningkatkan trafik dan menarik trafik ke laman web dan blog (Tips no 3)

Kita sambung lagi siri teknis bisnes online dalam menadapatkan dan meningkatkan trafik ke blog atau laman web. Untuk tips menarik trafik yang ketiga ini saya nak berkongsikan tentang SEO iaitu search engine optimization atau dalam bahasa melayunya optimizasi enjin carian.

Apakah SEO ini? Secara ringkasnya, SEO ini merupakan suatu proses memilih kata kunci yang terbaik berkaitan dengan laman web atau blog anda. Ianya penting untuk menaikkan kedudukan blog anda di dalam enjin carian. Kenapakah SEO ini penting? Ianya akan membuatkan kedudukan blog anda di muka hadapan enjin carian apabila seseorang memasukkan kata kunci di laman web carian. SEO asas mengandungi sedikit pemngubahsuain kandungan perkataan di dalam kandungan artikel blog anda dan juga 'meta tags'. Kaedah SEO asas juga termasuk dengan proses pembinaan 'link' ataupun 'link building'.


Antara laman enjin carian yang popular ialah seperti google,yahoo,MSN search, Bing dan AOL.

Laman web carian seperti ini merahsiakan kaedah dan cara mereka menyenaraikan kedudukan sesuatu blog melalui kata kunci tertentu. Mereka menggunakan sejenis algoritma dalam menyusun kedudukan blog atau sesuatu perkara di enjin carian mereka.

Algoritma enjin carian ini sangat berbeza. Laman web yang berada di kedudukan pertama suatu enjin carian mungkin akan berada di kedudukan yang ke seratus pada suatu enjin carian yang lain. Laman web yang baru tidak semestinya'dihantar' ke laman web enjin carian untuk disenaraikan. Satu link yang ringkas do di laman web yang sudah berpengaruh mungkin akan memmbuatkan laman web enjin carian untuk melawat laman baru tersebut dan menyebarkan kandungan web tersebut. Tapi ianya mungkin akan memakan masa beberapa minggu ataupun beberapa bulan..

Satu perkara yang algoritma enjin carian cari ialah kekerapan dan lokasi kata kunci di dalam sesebuah laman web. Algoritma enjin carian itu kemudiannya akan akan membuat analisa bagaimana laman web itu terhubung dengan laman web lain di internet. Dengan mengenal pasti bagaimana laman web itu berhubung, enjin carian dapat memastikan apakah laman web tersebut jika kat kuncinya adalah sama di laman web asal tadi.

Sebenarnya ini memanga agak mengelirukan sedikit, terutamanya orang yang masih baru dengan SEO ini macam saya sendiri. Tetapi itulah sebabnya kita haru mengambil masa untuk mempelajari teknik SEO ini. Jangan risau, bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa. InsyaAllah nanti kita akan biasa dengan SEO ini.

Tetapi kalau anda kurang yakin dan tidak ada masa untuk melakukan kajian dan penyelidikan kata kunci, anda boleh sahaja mengupah individu ataupun syarikat tertentu untuk melkaukan SEO untuk anda. Anda harus memastikan anda mempunyai modal yang cukup kerana kebiasaannya upahnya agak tinggi sedikit.

Kalau macam saya, saya sarankan kita cuba dahulu sendiri. Sasaran terbaik kita ialah untuk memulakan perniagaan dengan modal seminima yang mungkn dan kita manfaatkan produk 'open source' iaitu produk percuma yang kita boleh dapati di internet dengan sebaik mungkin.

Selamat mencuba.

Ikhlas,
Ahmad Shahrin

Pengunguman

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin meminta maaf di atas kelewatan saya untuk menghantar hadiah kepada para pemenang peraduan DIari WAHD sebelum ini. Saya masih lagi dalam proses mengemas barang-barang kerana baru berpindah dan malangnya barang hadiah juga masih terdapat di dalam salah sebuah kotak yang masih belum lagi sempat untuk diperiksa.

Diharapkan para pemenang dapat bersabar dan saya akan cuba mencari hadiah anda dan menghantarnya secepat mungkin.

Saya memohon maaf sekali lagi di atas kesilapan dan masalah yang saya timbulkan ini.


Friday, August 8, 2014

Psikologi warna dalam teknik pemasaran



Rasanya masih ramai di antara kita yang masih dalam 'mood' dan 'mode' berhari raya. Rumah terbuka dan kuih raya pastinya menjadi agenda di bulan Syawal ini. Kalau berkesempatan jangan lupa untuk buat puasa sunat enam syawal bagi yang beragama Islam.

Sebut pasal raya ni pastilah kaum wanita sedikit beruntung, kerana boleh melaram baju raya ke pejabat pula. Bagi Kaum lelaki macam biasalah, kembali kepada rutin baju kerja. Isnin baju biru, selasa hijau, rabu putih dan minggu hadapannya tukar giliran sahaja. Baju raya lelaki biasanya baju melayu dan kemeja - T sahaja.

Tahun ni tema keluarga kami ialah warna emas. Macam mana dengan anda? Pastinya pilihan anda itu bersebab bukan.

Di sini saya nak kongsikan, para pakar pemasaran dan pengiklanan menggunakan psikologi warna dalam pempromosikan produk, mencipta logo dan perkara yang berkaitan dengan pemasaran mereka. Kadang-kala kita bukannya perlu sangat sesuatu produk tetapi terbeli disebabkan tertaik dengan warna dan cara produk itu dipersembahkan.

Sebagai contoh seperti gambar di atas, hijau merupakan warna ketenangan dan kuning optimistik. Jadi selepas ini bolehlah gunakan psikologi warna untuk menambat hati para pelanggan ya.

Selamat mencuba.

Tuesday, August 5, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di kesempatan ini saya, Ahmad Shahrin Bin Mohamad Anuar dan Keluarga kami, dari pihak Diari WAHD ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri dan Maaf Zahir Dan Batin.


Semoga kita berpeluang berjumpa ramadhan di tahun hadapan pula. Semoga Ramadhan kali ini telah berjaya mentarbiah dan mendidik kita menjadi insan yang lebih sempurna. Saya ingin memetik sedikit peringatan daripada kuliah ramdhan yang sempat saya sertai " Janganlah jadi hamba ramadhan tetati jadilah kita hamba Allah. Yakni kita bukan hanya beribadat atau memperbanyakkan ibadat hanya di bulan ramadhan, tetapi seharusnya kita sepatutnya sentiasa perlu beribadat kepada Allah kerana kita ini hambaNYA. Buatlah semuanya kerana Allah, dan bukan kerana selainnya". InsyaAllah sama-sama kita ambil manfaat.

Salam Idulfitri dari kami keluarga Diari WAHD.

Anda juga mungkin meminati